Audit Dalaman Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Peringkat IPGKI 2026
Audit Dalaman Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan EOMS 21001 : 2018
25 hingga 27 Februari 2025 - Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah menjalankan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) 21001:2018, Bilangan 1 Tahun 2025. Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh tetap komited dalam menambahbaik pengurusan dan perkhidmatan pusat sumber dari masa ke semasa.
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
#pusatsumberipgki
#auditeoms2025
Laporan Keseluruhan Audit Dalaman ISO21001:2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Tahun 2024
LAPORAN KESELURUHAN AUDIT DALAMAN ISO21001:2018 SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN (EOMS) TAHUN 2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH.
Tahniah kepada Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh atas pencapaian yang baik dalam Pembentangan Laporan Keseluruhan Audit Dalaman ISO21001:2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Tahun 2024. Empat kekuatan yang diperoleh menunjukkan kesungguhan dan usaha yang telah dilakukan oleh unit perpustakaan.
1. Urusan peminjaman buku telah menggunakan Sistem Sirkulasi App
2. Urusan penggunaan pencarian buku melalui OPAC
3. Urusan penyebaran maklumat dengan menggunakan QR Code dan media social (Facebook). Facebook Perpustakaan sangat aktif
4. Urusan pendaftaran masuk pengguna perpustakaan
Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan pencapaian Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh dalam mematuhi piawaian ISO21001:2018, malah menunjukkan komitmen terhadap penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan perkhidmatan kepada pengguna.
Semoga perpustakaan akan terus bersinar dan terus memberi manfaat yang besar kepada pengguna.
#eoms2024
#perpustakaanipgmki
#perpustakaanipgmki2024
Audit Dalaman ISO21001:2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Tahun 2024
AUDIT DALAMAN ISO21001:2018 SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN (EOMS) TAHUN 2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH.
19 Februari 2024 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah melalui Audit Dalaman ISO21001:2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Tahun 2024 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh. Juruaudit adalah En. Shaddin bin Sabri, En. Azlan bin Lin, Dr. Hjh Nor Aziah binti Abdul Aziz dan Cik Nur Aziemah binti Md Yusop.
Tahniah En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar, Ketua Pusat Sumber, Pn Nazariah binti Mat Mizar dan En. Mohammad Syafree bin Mohd Danial kerana dapat mempersembahkan dokumentasi dengan baik.
Moga selepas ini Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan menjadi lebih baik.
#perpustakaanipgmki
#perpustakaanipgmki2024
#AuditDalamanISO21001
#EOMS2024
Pembentangan Laporan dan Majlis Perasmian Penutupan Audit Dalaman MS ISO 21001 : 2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Bil 1/2023 IPG Kampus Ipoh : Tahniah Perpustakaan
16 Febuari 2023 - Pembentangan Laporan dan Majlis Perasmian Penutupan Audit Dalaman MS ISO 21001 : 2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Bil 1/2023 IPG Kampus Ipoh telah diadakan di Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh.
Dalam pembentangan laporan tersebut, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah memperoleh kekuatan dalam Pengurusan Sumber.
Keberhasilan ini menunjukkan komitmen Perpustakaan dalam membina sistem sirkulasi bagi kemudahan pengguna.
Semoga Perpustakaan IPG Kampus Ipoh terus cemerlang dan memberikan manfaat yang besar bagi pengguna Perpustakaan.
"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"
#perpustakaanipgkampusipoh
#perpustakaanipgki
#libraryipgki
#libraryipgki2023
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#AuditDalamanMSISO21001
#EOMSBil12023
Audit Dalaman MS ISO 21001 : 2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Bil 1/2023
14 Febuari 2023 : Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah melalui Audit Dalaman MS ISO 21001 : 2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Bil 1/2023 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Juru audit kali ini ialah En. Shaddin bin Sabri dan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak. Tahniah En. Hasri bin Abu, Ketua Pusat Sumber dan semua kakitangan Perpustakaan dapat mempersembahkan dokumentasi dengan baik.
Moga selepas ini Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan menjadi lebih baik.
#perpustakaanipgkampusipoh
#perpustakaanipgki
#libraryipgki
#libraryipgki2023
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#AuditDalamanMSISO21001
#EOMSBil12023
















.png)