• ;
  • ;
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat. Papar semua catatan

Perbincangan Bantuan Pemasangan Sistem Pengurusan Perpustakaan Bersama Bahagian Teknologi Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia

 




20 November 2024 - Unit Pusat Sumber telah menghadiri Perbincangan Bantuan Pemasangan Sistem Pengurusan Perpustakaan bersama Bahagian Teknologi Maklumat, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).  Diharap, perbincangan tersebut dapat memberi input yang positif dalam menambahbaik perkhidmatan Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh di masa akan datang. 

Ketua Unit Pusat Sumber, En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar merakamkan ucapan setinggi -tinggi terima kasih kepada pihak PNM di atas perkongsian ilmu, khidmat nasihat yang diberikan dan lawatan ke bahagian-bahagian yang lain. Semoga ukhwah yang baik ini dapat dikekalkan dan menjadi penyuntik semangat untuk terus memberi perkhidmatan yang baik kepada pengunjung pusat sumber.


"Membaca Sentiasa,  Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgki

#perpustakaannegaramalaysia









Kongsi:

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 1/2024

21 Mei 2024 - Unit Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 1/2024. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan serta membuat perancangan aktiviti Unit Perpustakaan bagi memantapkan lagi pengurusan serta perkhidmatan Perpustakaan. 

Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#leadingfuturemodelteacher

#ipgmkithefirst

#makeadifference

#perpustakaanipgmkampusipoh



Kongsi:

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 3/2022

8 Jun 2022 - Unit Perpustakaan telah mengadakan Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 3/2022 di Bilik Akses, Perpustakaan. Mesyuarat ini membincangkan strategi tugas semasa dalam kalangan staf dan pelajar latihan industri di Perpustakaan.  Diharapkan perbincangan ini dapat menambahbaik sistem pengurusan di Perpustakaan.

#perpustakaanipgki
#ipgkithefirst
#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference


Kongsi:

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil.2/2022

25 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil.2/2022 dan dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan). Mesyuarat tersebut diadakan di Bilik Diskusi, Unit Perpustakaan. Dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan. Semoga semua yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

'Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
Kongsi:

Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil. 1/2022

 


24 Januari 2022 - Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil. 1/2022 telah diadakan di Perpustakaan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin dan dihadiri seramai 15 orang pensyarah. Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Semoga apa yang yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
Kongsi:

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 1/2022

12 Januari 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Bil 1/2022 pada pukul 4.00 petang. Buat pertama kalinya mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin (Ketua Pusat Sumber), yang baharu dilantik.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), Pn. Sharmila binti Siron (Pembantu Pustakawan Kanan S22), Pn. Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan S22) dan Pn. Nazariah bt Mat Mizar (Pembantu Operasi).

Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang dirancang pada 2022 ini. Dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua Pegawai dan kakitangan Unit Perpustakaan diatas kecemerlangan yang telah dicipta selama ini. Semoga kecemerlangan ini diteruskan pada tahun ini walaupun mengalami kekurangan seorang kakitangan perpustakaan. Mesyuarat ini berakhir pada jam 5.45 petang. 

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#membacavaksinminda
#makeadifference
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung