Aluan Ketua Unit

 






Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Selamat datang ke portal Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. 

Tujuan portal perpustakaan ini dibangunkan adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan kemudahan, perkhidmatan, operasi dan maklumat asas lain yang berkaitan dengan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh terus komited dalam merealisasikan aspirasi IPG Kampus Ipoh dalam menyokong kesarjanaan dan tradisi ilmu dengan memelihara serta memperkaya pelbagai koleksi yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh juga mengutamakan keperluan pengguna melalui penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. Melalui kepakaran warga kerja perpustakaan, penambahbaikan proses kerja dilaksanakan secara berterusan dengan mengambil kira maklum balas pengguna bagi menyokong keperluan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan koleksi yang mampan sangat dititik beratkan di samping penyediaan kemudahan yang selesa dan praktikal kepada pengguna.

Justeru itu, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh sentiasa memperkemas mutu perkhidmatan kepada pelanggan dengan menyediakan maklumat terkini yang menepati keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan agar mampu berdaya saing dalam arus global yang semakin kompetitif. 

Sekian, terima kasih.

En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar
Ketua Unit
Perpustakaan IPG Kampus Ipoh





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung