• ;
  • ;

CITRA INTELEK JILID 1 - 4 ARTIKEL PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 2025 (Jabatan Pengajian Melayu)

 




🧡Assalammualaikum dan Salam Sejahtera💜
📗 Penerbitan Karya📗
📚Jutaan tahniah diucapkan buat Jabatan Pengajian Melayu di atas kejayaan penerbitan karya bertajuk CITRA INTELEK JILID 1 - 4 ARTIKEL PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 2025 Penyelidikan Pendidikan Pemangkin Kecemerlangan Siswa Guru Madani pada 1 Februari 2026 yang lalu.
Karya yang diterbitkan dari Jilid 1 hingga Jilid 4 ini terdiri dalam dua bentuk iaitu, buku fizikal dan buku elektronik (ebook).
Ribuan terima kasih juga turut Kami ucapkan kepada para siswa guru dari Unit X1 hingga Unit X11 kerana bertungkus lumus dalam membina idea bagi penghasilan karya ini.
Kami doakan semoga semua staf dan para siswa guru yang terlibat dalam penerbitan karya ini sentiasa diiringi sukses di masa akan datang📚
🥳🥳🥳Terima kasih banyak-banyak! Ada rezeki kita kongsi karya lagi!😎😎😎




Kongsi:

KIT LaGU ( Cik Nur Sharafina binti Nadzri / Pelajar Unit X7 Jabatan Pengajian Melayu)

 



🌈Assalammualaikum dan Salam Mesra IPGKI🌈
📗Penerbitan Karya📗
Seluruh warga Pusat Sumber IPGKI ingin mengucapkan tahniah buat Cik Nur Sharafina binti Nadzri (Pelajar Unit X7 Jabatan Pengajian Melayu) di atas kejayaan beliau menerbitkan buku elektronik (ebook) yang berjudul KIT LaGU pada 23 Februari 2026 yang lalu.
Kami mengharapkan agar penerbitan karya ini menjadi pendorong kepada Cik Nur Sharafina untuk terus cemerlang dalam pelajaran ketika ini.
Kami juga mendoakan agar kejayaan ini menjadi pemangkin kepada Cik Nur Sharafina untuk terus mengorak langkah dalam melahirkan karya seterusnya.
🥳🥳🥳Terima kasih Cik Nur Sharafina! Semoga ada lagi karya tertera nama Cik Nur Sharafina selepas ini😁😁😁
Kongsi:

PEDAGOGI KEPELBAGAIAN BUDAYA

 





🌼 Assalammualaikum dan Salam Malaysia Madani 🌸
🎁 Penerimaan Sumbangan Buku🎁
🗓️24 Februari 2026🗓️
📖Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan Pengajian Siswazah (JPS) di atas sumbangan buku bertajuk Pedagogi Kepelbagaian Budaya kepada Pusat Sumber.
Tahniah juga diucapkan kerana Dr. Hamdiah adalah salah seorang penulis buku ini dan beliau berjaya menerbitkan buku ini bersama dua rakannya yang lain.
Kami doakan semoga Dr. Hamdiah terus cemerlang di dalam bidang yang diceburi. Buku ini akan kami jadikan sebagai koleksi untuk menambah ilmu para pengunjung yang datang ke Pusat Sumber📖

Kongsi:

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Peringkat IPGKI 2026

 













💐 Assalammualaikum dan Salam Malaysia Madani 🌹
📝Audit Dalaman Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Peringkat IPGKI 2026📝
🗒️24 Februari 2026🗒️
🕰️10.00 pagi sehingga 1.00 petang🕰️
🎀Terima kasih diucapkan kepada semua staf Pusat Sumber yang telah memberikan kerjasama dan perhatian dalam menjayakan audit ini.
Sekalung penghargaan juga turut dianugerahkan buat pasukan audit yang terlibat dalam memberikan sokongan kepada pihak Pusat Sumber sepanjang audit berlangsung.
Segala teguran dan perkongsian idea yang dicurahkan akan kami ambil kira sebagai motivasi untuk terus melangkah ke hadapan di masa akan datang 🎀



Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung