Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Bulan September 2025
JOHAN : Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh 2025
Pelantikan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) : Tahniah Pn. Nazariah bt Mat Mizar
07 Februari 2025 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh turut berasa gembira dan bangga atas pelantikan Pn. Nazariah bt Mat Mizar sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dalam Perhimpunan Organisasi Bulan Februari 2025 IPGM Kampus Ipoh.
Sebagai informasi, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan pegawai yang dilantik bagi menjalankan peranan yang digariskan dalam program pengupayaan kendiri, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam di bawah program pembimbing rakan sekerja.
Tahniah Pn. Nazariah Mizar 🥳🎊🎉🎉
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
#akrabipgki
#rakanpembimbingperkhidmatanawam
#pusatsumberipgmki
Tahniah : Ketua Pengarah PNM YBhg. Dato' Salasiah binti Abdul Wahab
Seluruh warga Pusat Sumber, IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada
YBhg. Dato' Salasiah binti Abdul Wahab,
Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia
atas pengurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak.
Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan ini adalah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Anugerah Khidmat Terpuji : Tahniah Pn. Nazariah bt Mat Mizar
21 Ogos 2024 (Rabu) - IPGM Kampus Ipoh telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023, bertempat di Dewan Seri Tanjung.
Unit Pusat Sumber berasa gembira dan bangga atas pencapaian Pn. Nazariah bt Mat Mizar sebagai penerima Anugerah Khidmat Terpuji.
Semoga moment indah ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada semua pegawai dan kakitangan khususnya di Unit Pusat Sumber.
Tahniah Naja Nazariah Mizar 🥳🎉🎊
We proud of you girl 🥳🎉..
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'"
#majlisanugerahperkhidmatancemerlang
#ipgmkampusipoh
#apc2023
Penyertaan Ketua Unit Perpustakaan Dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh
PENYERTAAN KETUA UNIT PERPUSTAKAAN SEBAGAI AHLI KUMPULAN SMART TEAM DALAM PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH 2023.
Tahniah kepada En. Hasri bin Abu, Ketua Unit Perpustakaan, atas kemenangan Johan Kategori Pensyarah (Pengurusan) Anugerah Emas dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan 2023 peringkat IPG Kampus Ipoh!
Pengiktirafan Anugerah Emas dalam pertandingan inovasi pendidikan adalah bukti kecemerlangan dalam memajukan pendidikan dan memberikan sumbangan yang penting kepada komuniti pendidikan. Semoga pencapaian ini akan mengilhami dan memberi dorongan kepada semua dalam komuniti IPG Kampus Ipoh untuk terus berusaha dan berkembang dalam bidang pendidikan.
Tahniah sekali lagi kepada En. Hasri bin Abu dan Smart Team atas pencapaian yang cemerlang ini!
'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'
#perpustakaanipgkampusipoh
#perpustakaanipgki
#libraryipgki
#selamatdatang
#libraryipgki2023
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
Anugerah Webmaster Aktif 2022 : Tahniah
22 Mac 2023 - Tahniah diucapkan kepada Pn. Nasimah bt Abdul Jal kerana telah menerima Anugerah Webmaster Aktif 2022.
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berasa bangga dan gembira diatas pencapaian ini. Semoga anugerah ini menjadi inspirasi untuk pencapaian yang lebih baik.
Sila Imbas pautan pantas yg di paparkan untuk melayari laman web kami bagi mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan aktiviti yang kami jalankan.
"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"
#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki
Tahniah : 3 Orang Kakitangan Perpustakaan Yang Telah Mewakili IPG Kampus Ipoh Dalam Karnival KAPAS 2023
TAHNIAH KEPADA 3 ORANG KAKITANGAN PERPUSTAKAAN YANG TELAH MEWAKILI IPG KAMPUS IPOH DALAM KARNIVAL KAPAS 2023.
27 hingga 30 Januari 2023, 3 orang kakitangan Perpustakaan telah berjaya mewakili IPG Kampus Ipoh dalam Karnival Permainan Antara Staf IPG (KAPAS) yang diadakan di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.
Keputusan keseluruhan, IPG Kampus Ipoh telah memenangi Johan Keseluruhan daripada 27 IPG Kampus yang bertanding dalam KAPAS 2023.
Tahniah.
Semoga semua peserta mendapat pengalaman yang berharga.
"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"
#perpustakaanipgkampusipoh
#perpustakaanipgki
#libraryipgki
#libraryipgki2023
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#KAPAS2023
Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang Peringkat IPG Kampus Ipoh Bagi Tahun 2021 : Tahniah Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsudin
The Ultimate Ramadhan Quiz : Tahniah Cik Nur Atikah bt Ishak
20 Mei 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Nur Atikah bt Ishak (pelajar Latihan Industri) kerana mendapat tempat ketiga dalam The Ultimate Ramadhan Quiz anjuran Highly Immersive Program IPG Kampus Ipoh. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh semasa Perhimpunan Pelajar Bagi Bulan Mei 2022 dan Majlis Santunan Budi bertempat di Dewan Seri Tanjung. Perhimpunan tersebut telah disiarkan secara langsung di platform youtube.
Tahniah kepada semua pemenang iaitu Pn. Besira Bibi , En. Mohamad Nurul Azmi Mat Nor , Tan Ai Lee, Ooi Soo Yuan, Cik Raguna Arumugam ![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki










.jpg)





.png)