Koleksi Perpustakaan

 

Pengkelasan Koleksi Perpustakaan


Koleksi bahan di Perpustakaan IPGKI dikelaskan mengikut pengkelasan Dewey Decimal Classification (DDC). Berikut adalah pengkelasan bahan mengikut Dewey Decimal System (DDC) mengikut subjek:




Koleksi Arkib
Merupakan koleksi khas yang merangkumi bahan terbitan IPG, karya kakitangan akademik, kertas soalan dan lain-lain bahan seperti keratan akhbar dan sebagainya. Koleksi ini dilabel dengan mengikut jenis bahan dan tidak boleh dipinjam keluar melainkan untuk kegunaan aktiviti rasmi IPG sahaja.

Koleksi Am
Merangkumi bahan dari pelbagai bidang/bahan ini boleh diakses melalui rak terbuka bagi tujuan pinjaman. Jumlah pinjaman adalah berdasarkan kelayakan pengguna mengikut kategori.

Koleksi Rujukan
Merupakan koleksi bahan rujukan seperti ensiklopedia, kamus, almanak, bibliografi, indeks, abstrak dan lain-lain. Bahan dalam koleksi ini diberi tanda "RUJ" dan hanya untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja.

Koleksi Redspot
Terdiri daripada bahan rujukan yang disyorkan oleh pensyarah bagi pinjaman jangka pendek (1 hari sahaja). Pensyarah akan memaklumkan perpustakaan dari masa ke masa judul-judul bahan yang perlu ditempatkan di koleksi ini bagi bidang masing - masing. Pensyarah boleh mencadangkan judul bahan pada setiap semester dengan melengkapkan Borang Cadangan Pesanan Buku. Buku -buku ini adalah buku yang popular dan bilangannya agak terhad di perpustakaan.

Koleksi Arkib
Merupakan koleksi khas yang merangkumi bahan terbitan IPG, karya kakitangan akademik, kertas soalan dan lain-lain bahan seperti keratan akhbar dan sebagainya. Koleksi ini dilabel dengan mengikut jenis bahan dan tidak boleh dipinjam keluar melainkan untuk kegunaan aktiviti rasmi IPG sahaja

Koleksi Terbitan Bersiri
Menempatkan jurnal, majalah, dan lain-lain bahan bersiri (dalam dan luar negara) termasuk surat khabar tempatan. Koleksi ini dibahagikan kepada beberapa kategori.

Jurnal Kini
Merupakan jurnal keluaran terbaru dan semasa. Koleksi ini ditempatkan di bilik RedSpot dan disusun mengikut jenis bahan. Pengguna perlu berurusan di kaunter bilik RedSpot untuk merujuk bahan ini.

Jurnal Kebelakangan
Merupakan jurnal keluaran tahun-tahun terdahulu. Ia disusun mengikut nombor panggilan dan pengguna boleh terus merujuk di rak dalam bilik RedSpot.

Majalah
Merupakan majalah berbentuk rekreasi yang sering dirujuk oleh pengguna. Koleksi ini ditempatkan di sudut suratkhabar dan majalah. Pengguna perlu berurusan di kaunter bilik RedSpot untuk rujukan bagi majalah berjilid.

Surat Khabar
Merupakan surat khabar semasa dan kebelakangan. Surat khabar semasa boleh dirujuk terus di sudut majalah dan suratkhabar, manakala untuk merujuk suratkhabar kebelakangan pengguna perlulah berhubung dengan kakitangan yang bertugas di bilik RedSpot.

Prospektus IPG
Menempatkan prospektus IPG dan universiti tempatan. Prospektus ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.

Koleksi Perdana
Merupakan sumber rujukan kepada sejarah pemerintahan, idea, pemikiran Perdana Menteri Malaysia dahulu dan kini. Koleksi ini juga merupakan bahan penyelidikan kepada tenaga pengajar dan para pelajar.

Koleksi Penyelidikan (Tesis)
Merupakan hasil penyelidikan kakitangan akademik dan bukan akademik IPG serta tesis para pelajar. Koleksi ini hanya untuk rujuakn di dalam perpustakaan sahaja dan pengguna dilarang membuat salinan. Koleksi ini ditempatkan di Bilik RedSpot.

Koleksi CD-ROM
Merupakan koleksi yang merangkumi bahan multimedia seperti CD dan carta. Pengguna perlu berurusan dengan kakitangan di kaunter untuk menggunakan bahan ini. Bahan ini ditempatkan di dalam Bilik Akses.

Koleksi Kanak-Kanak
Merupakan koleksi yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Koleksi ini lebih tertumpu kepada bahan-bahan fiksyen dan koleksi ini ditempatkan di Rak Kanak-Kanak. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung