• ;
  • ;

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

 

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐋 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 1445 H/ 2023


🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋


12 Rabiulawal 1445H / 28 September 2023


💚Lahirnya Kekasih Allah SWT, Muhammad bin Abdullah..💚


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.


Semoga kita memperolehi syafaat daripada Baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak.


#leadingfuturemodelteacher

#ipgkigoglobal

#ipgkithefirst

#makeadiffrence

Kongsi:

Pertandingan Persona Merdeka Bersama Prasekolah Seri Mawar

 


PERTANDINGAN PERSONA MERDEKA BERSAMA PRASEKOLAH IPGKI


20 September 2023 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berjaya mengadakan Pertandingan Persona Merdeka bersama adik-adik Prasekolah Seri Mawar, IPG kampus Ipoh. 


Unit Perpustakaan merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan atas kerjasama dalam menjayakan program ini. 


Turut hadir, En. Ahmad Jalalulail bin Abdul Manab, (Ketua Unit Prasekolah), En. Hasri bin Abu (Ketua Unit Perpustakaan), Pn. Mastura binti Karimuddin (Pensyarah JIP) Cik Jami’ah binti Ismail (Pegawai Pengurusan UPP) Cikgu Norzety binti Abdul Aziz (Guru Prasekolah), dan semua kakitangan Unit Perpustakaan IPG kampus Ipoh.


Pertandingan Persona Merdeka memperlihatkan adik-adik Prasekolah Seri Mawar memperagakan busana bertemakan kemerdekaan Malaysia, tradisional, kebudayaan dan etnik Malaysia sempena minggu kebangsaan. Acara seperti ini boleh memperkukuhkan rasa cinta kepada tanah air dan penghargaan terhadap kekayaan budaya Malaysia. 


Tahniah kepada semua adik-adik Prasekolah Seri Mawar! Penyampaian cenderahati kepada adik-adik Prasekolah Seri Mawar telah disampaikan oleh juri pertandingan. Cenderahati ini tidak hanya memberikan penghargaan kepada peserta, tetapi juga memupuk semangat mereka dan memberikan dorongan positif. Semoga adik-adik Prasekolah Seri Mawar mendapat pengalaman yang gembira dan semoga semangat merdeka dan cinta kepada Malaysia terus berkobar dalam hati kita semua.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#pelajarlatihanindustri

#personamerdeka2023

#prasekolahserimawar

Kongsi:

Selamat Datang : Dr. Yusminah bt Mohd Yusof, Pengarah IPG Kampus Ipoh


SELAMAT DATANG PENGARAH IPG KAMPUS IPOH Dr. YUSMINAH BINTI MOHD YUSOF.


Dengan sukacitanya, kami ingin mengumumkan kedatangan Dr. Yusminah binti Mohd Yusof sebagai Pengarah Baharu IPGKI. Beliau telah memulakan tugasnya dengan kunjungan pertamanya ke Perpustakaan untuk meninjau persekitaran.


Kedatangan Dr. Yusminah membawa harapan baru dan semangat kepada komuniti IPGKI, khususnya dalam pengembangan dan pengukuhan peranan penting Perpustakaan IPGKI sebagai pusat pengetahuan dan rujukan utama. Kunjungan pertama ini menjadi langkah awal yang penting untuk memahami lebih mendalam tentang perpustakaan, sumber daya yang ada, dan keperluan pengguna.


Kami mengucapkan selamat datang kepada Dr. Yusminah dan berharap beliau akan membawa perubahan yang bermakna serta membantu perpustakaan terus berkembang untuk manfaat semua. Semoga pengarah baru ini berjaya dalam tugas barunya.


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#kunjunganpengarahIPGKI






 

Kongsi:

Selamat Menyambut Hari Malaysia

 


Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua warga IPG Kampus Ipoh walau di mana pun berada. 

Kongsi:

Top Borrower Bagi Bulan Ogos 2023




 🎉🎉TOP BORROWER OGOS 2023🎉🎉


Tahniah diucapkan kepada semua ‘Top Borrower Of The Month’.


🎁Hadiah misteri bagi pemenang yang diumumkan boleh dituntut di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh🎁


📚JOM PINJAM BUKU @ PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH.📚


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#Topborrower2023

#mohpinjambuku

Kongsi:

Hebahan : Tarikh Tutup Pertandingan Foto Kreatif Merdeka dan Pertandingan Poster Digital Merdeka

 


📢PERTANDINGAN POSTER DIGITAL MERDEKA & PERTANDINGAN FOTO KREATIF MERDEKA TARIKH TUTUP PENYERTAAN TELAH DILANJUTKAN PADA 8 SEPTEMBER 2023.


🔖PENYERTAAN_PERCUMA !!!


🎁SIJIL PENYERTAAN & HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!!


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#libraryipgki2023

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#jejakwarisankemerdekaanipgki2023

Kongsi:

Penyertaan Ketua Unit Perpustakaan Dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh

 

PENYERTAAN KETUA UNIT PERPUSTAKAAN SEBAGAI AHLI KUMPULAN SMART TEAM DALAM PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH 2023.


Tahniah kepada En. Hasri bin Abu, Ketua Unit Perpustakaan, atas kemenangan Johan Kategori Pensyarah (Pengurusan) Anugerah Emas dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan 2023 peringkat IPG Kampus Ipoh! 


Pengiktirafan Anugerah Emas dalam pertandingan inovasi pendidikan adalah bukti kecemerlangan dalam memajukan pendidikan dan memberikan sumbangan yang penting kepada komuniti pendidikan. Semoga pencapaian ini akan mengilhami dan memberi dorongan kepada semua dalam komuniti IPG Kampus Ipoh untuk terus berusaha dan berkembang dalam bidang pendidikan.


Tahniah sekali lagi kepada En. Hasri bin Abu dan Smart Team atas pencapaian yang cemerlang ini!


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa' 


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#selamatdatang

#libraryipgki2023

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung