• ;
  • ;

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin


 Kuih dihidang aneka rasa,

Dinikmati bersama sanak saudara.

Buku dan ilmu tetap berharga,

Walau beraya jangan dilupa.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Maaf Zahir dan Batin 


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"



Kongsi:

Program World #QuranHour Peringkat IPGM Kampus Ipoh

 


25 Mac 2025 (Selasa) - Dengan kerjasama Jawatan kuasa Penghayatan Islam IPGMKI, Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah menganjurkan Program World #QuranHour Peringkat IPGM Kampus Ipoh dengan jayanya. Program tersebut juga di siarkan secara langsung menerusi YouTube rasmi IPGM Kampus  Ipoh. 


Sesi tadabbur Surah Al-Saff telah disampaikan oleh Dr.Rizalman bin Muhammad dan Dr. Nornajwa binti Ghazali manakala Tuan Haji Mohd Nizam bin Mohd Tejeri selaku moderator. 

Seramai 67 orang pensyarah dan pelajar yang hadir.


Moga program ini dapat memberi manfaat dunia dan akhirat kepada semua yang hadir serta yang mengikuti siaran langsung  menerusi YouTube. Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar dan kakitangan yang terlibat sepanjang program ini berlangsung.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#quranhour2025

#jkpenghayatanislamipgmki

#pusatsumberipgmki













Kongsi:

Hebahan : PROGRAM WORLD #QURANHOUR PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH - TADABBUR SURAH AL-SAFF


 Hebahan :  WORLD #QuranHour PERINGKAT IPGK IPOH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Unit Pusat Sumber dan Jawatankuasa Penghayatan Islam IPG Kampus Ipoh dengan sukacitanya menjemput seluruh warga IPGK Ipoh untuk bersama-sama menyertai World #QuranHour, sebuah program penghayatan Al-Quran yang penuh keberkatan.

📌 *Tadabbur Surah Al-Saff*
📅 *Tarikh: 25 Mac 2025 (Selasa) / 24 Ramadan 1446H*
🕚 *Masa: 11.45 pagi*
📍 *Lokasi: Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh*
✅ *SPLKPM disediakan*

Ikuti kami di sini  https://youtube.com/live/3mMIIvH0sQQ?feature=share

Jom kita luangkan masa untuk mendalami keindahan dan makna Surah Al-Saff serta mengambil ibrah daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga program ini membawa manfaat dan keberkatan kepada kita semua.

📢 Kehadiran anda amat dialu-alukan!

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"

#QuranHour 
#pusatsumberipgmki 
#IPGKampusIpoh
Kongsi:

Penyerahan Penerbitan Bahan Digital IPG Kampus Ipoh : Perkembangan Ilmu Pengetahuan dan Persuratan Budaya Melayu Selepas Kedatangan Islam

 

10 Mac 2025 (Isnin) - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar  Azim Afif bin Dzulfikri, Goh Chen Xi, Kiirthika a/p Jaya dan Siti Aisyah binti Mohd Salleh kerana berjaya menerbitkan ebook yang berjudul Perkembangan Ilmu Pengetahuan dan Persuratan Budaya Melayu Selepas Kedatangan Islam, eISBN 978-967-2863-83-0 di bawah penerbitan institusi ini.


Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh juga mengucapkan terima kasih kerana sumbangan buku tersebut sebagai bahan bacaan dan 

rujukan di pusat sumber melalui pautan 👇


https://pustaka-ipgki.blogspot.com/p/koleksi-ebook-ipgki.html


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki

#penerbitanbuku2024

Kongsi:

Penyerahan & Sumbangan Penerbitan IPG Kampus Ipoh : Antologi Anekdot Ngosek



06 Mac 2025 (Khamis) - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada Pn. Ros Anita Kartini binti Mohamed  (mantan Pensyarah IPGKI) dan semua penulis yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan buku dibawah penerbitan IPG Kampus Ipoh. Buku tersebut berjudul  "Antologi Anekdot Ngosek"   
( ISBN 978-967-2863-77-9)

Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh juga mengucapkan terima kasih kerana sumbangan buku tersebut sebagai bahan bacaan dan 
rujukan di pusat sumber.  Serahan penerbitan dan sumbangan  telah diwakili oleh En. Amir bin Hassan.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"

#pusatsumberipgmki
#penerbitanbuku2024
Kongsi:

Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan 1446H


1 Mac 2025 - Marhaban ya Ramadan! Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua. Mari kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam 🥰 


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#Ramadanyakareen

#pusatsumberipgki

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung