• ;
  • ;

Hebahan : Bengkel Live Streaming & Penerbitan Video Kamera Berbilang

 




Hebahan : πŸŽ₯✨ *BENGKEL LIVE STREAMING & PENERBITAN VIDEO KAMERA BERBILANG* ✨πŸŽ₯

Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPGM Kampus Ipoh akan menganjurkan satu bengkel penuh informasi dan kemahiran teknikal seperti ketetapan berikut :

πŸ“… Tarikh: 29 – 30 April 2025

πŸ•£ Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang*l

πŸ“ Tempat: SSTP Tasek, JPN Perak

Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik dan kaedah penstriman langsung (live streaming) serta penerbitan video menggunakan kamera berbilang sudut, sejajar dengan keperluan era digital masa kini.


Jom ikuti perkembangan kami dan nantikan hasil rakaman hebat daripada bengkel ini! πŸ’‘πŸ“Ή


πŸ“šMembaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa✒️

Kongsi:

Selamat Bersara Pn. Salina binti Mokhtaram

 


25 April 2025 (Jumaat) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh mengucapkan selamat bersara kepada Pn. Salina binti Mokhtaram. Terima kasih atas semua bantuan yang diberikan kepada Unit Pusat Sumber. Moga Pn. Salina sentiasa sihat dan gembira melalui hari-hari persaraan.


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa”


#retirement

Kongsi:

Selamat Bersara : Puan Salina binti Mokhtaram



25 April 2025 (Jumaat) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh mengucapkan selamat bersara kepada Pn. Salina binti Mokhtaram. Terima kasih atas semua bantuan yang diberikan kepada Unit Pusat Sumber. Moga Pn. Salina sentiasa sihat dan gembira melalui hari-hari persaraan.

“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa”
Kongsi:

Hebahan : Snap & Share Jom Baca Bersama 10 Minit “Nikmati Saat Ini”



πŸ“š✨ *JOM BACA BERSAMA 10 MINIT* ✨πŸ“š

"Nikmati Saat Ini"

πŸ“… Tarikh: 23 April 2025 (Rabu)

⏰ Masa: 11.00 – 11.10 pagi

πŸ“ Lokasi: Di mana anda berada!

Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh mengajak semua warga kampus untuk menyertai kempen membaca selama 10 minit secara serentak sempena Jom Baca Bersama 10 Minit 2025!

πŸ“Έ *SNAP & SHARE!*

Ambil gambar kreatif anda sedang membaca buku atau e-buku kegemaran, kemudian imbas QR Code atau klik pautan berikut untuk hantar penyertaan anda:

πŸ”— https://forms.gle/nkaJMkVnjMrR5i6G9

🎁 *Cenderamata menarik menanti peserta bertuah!*

πŸ“Œ Terbuka kepada semua warga IPGM Kampus Ipoh sahaja.

πŸ“Œ Gambar kreatif yang dihantar akan menjadi hak milik Perpustakaan IPGMKI dan boleh disiarkan dalam mana-mana penerbitan.

πŸ“Œ Penyertaan anda akan dimuat naik ke media sosial rasmi Pusat Sumber IPGMKI.

Mari bersama kita pupuk budaya membaca! πŸ“–πŸ’–

#JomBacaBersama2025 #PusatSumberIPGMKI #10MinitBersamaBuku

Kongsi:

Penyerahan dan Sumbangan Penerbitan IPGM Kampus Ipoh



18 April 2025 (Jumaat) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Siti Hayati binti Mohd Yusoff (pensyarah IPGMKI)  dan Pn. Ros Anita Kartini bt Mohamed (mantan pensyarah IPGMKI) kerana terlibat secara langsung dalam menghasilkan buku dibawah penerbitan IPGM Kampus Ipoh. 


Buku tersebut berjudul masing-masing "Manual Modul Pembelajaran Kendiri Penggunaan Asas Seni Digital Dalam Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah” (ISBN :978-967-2863-91-5) dan "Kompilasi Catatan Kembara : Sebuah Travelog” (ISBN : 978-967-2863-80-9)


Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh juga mengucapkan terima kasih kerana sumbangan buku tersebut sebagai bahan bacaan dan rujukan di pusat sumber. 

 

#pusatsumberipgmki

#penerbitanipgmki

#penyerahanpenerbitan

#pnm

Kongsi:

Hebahan : JOM BACA BERSAMA 10 MINIT "Nikmati Saat Ini"

 


Hebahan : JOM BACA BERSAMA 10 MINIT
"Nikmati Saat Ini"
Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh menyeru seluruh warga IPGMKI untuk menyertai program Jom Baca Bersama 10 Minit sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
πŸ—“️ Tarikh: 23 April 2025 (Rabu)
πŸ•š Masa: 11.00 – 11.10 pagi
πŸ“ Lokasi: Di mana sahaja anda berada!
Mari kita ambil masa selama 10 minit untuk menikmati saat ini dengan membaca apa sahaja bahan bacaan pilihan anda — buku, majalah, artikel atau apa-apa yang memberi ilmu dan inspirasi. 🌟
πŸ“Έ Sebagai tanda sokongan, kongsikan gambar anda sedang membaca kepada kami!
🎁 Cenderamata menanti peserta bertuah!


Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung