• ;
  • ;

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H

27 Jun 2025

Semoga tahun baru hijrah ini membawa seribu keberkatan, membuka lembaran kehidupan yang lebih baik, memperkukuh keimanan serta mempererat ukhwah antara kita. Marilah kita berhijrah ke arah yang lebih positif dalam segala aspek kehidupan – dari segi akhlak, amal, dan ibadah.

“Hijrah bukan hanya perubahan tempat, tetapi perubahan sikap, niat dan amal menuju redha Allah.”


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “


#maalhijrah

#pusatsumberipgmki


 

Kongsi:

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran : Pn Nasimah

 

🎉 Happy Birthday, Pn. Nasimah! 🎉

Semoga hari lahir ini membawa sejuta kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup Pn. Nasimah.

Didoakan agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati, dan rezeki yang melimpah ruah….aaminnn


Kongsi:

Meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran : En. Syafree & Pn. Nasimah

16 Jun 2025 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran buat En. Mohammad Syafree (14 Jun 2025) dan Pn. Nasimah (17 Jun 2025) 

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran…semoga hari ulang tahun ini En. Syafree dan Puan Nasimah lalui dengan penuh bermakna dan mendapat keberkatan. Semoga hari istimewa ini membawa kegembiraan yang tidak terhingga, kesihatan yang berpanjangan, dan kejayaan dalam segala yang diusahakan.

Semoga En. Syafree dan Pn. Nasimah dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, serta dipermudahkan segala urusan. Teruskan menjadi insan yang memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan agama.

Selamat Hari Ulang Tahun! 🎂

“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “

#pusatsumberipgmki

#birthday


 

Kongsi:

Selamat Hari Ulang Tahun : En. Muhammad Syafree

 


Selamat Hari Ulang Tahun 🎂🥳🥳🥳

Happy birthday to you Syafree 🎂🥳🥳! Semoga dipanjangkan umur,  selalu dilindungi Allah SWT, diberikan rezeki yang luas, dan dipenuhi dengan kebahagiaan. Semoga semua harapan dan impian menjadi kenyataan. aaminn….

“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “

#birthdayman

#pusatsumberipgmki

Kongsi:

Sumbangan Buku 2025 : Terima Kasih Cik Zety

 


11 Jun 2025 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Norzety binti Abdul Aziz kerana telah menyumbangkan 5 buah buku yang berjudul “Kisah Benar : Unseen Writer - Kreativiti Padu, Duit Menggebu"

Sumbangan buku ini bukan sekadar pemberian fizikal tetapi satu perlaburan ilmu yang amat besar nilainya. Semoga sumbangan buku ini dimanafaatkan sepenuhnya oleh para pengunjung.


Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa 


#sumbanganbuku

#pusatsumberipgmki

Kongsi:

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1446 H

 




07 Jun 2025 / 10 Zulhijjah 1446 H - Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi ia adalah simbol ketaatan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah. Ia mengingatkan kita akan nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kasih sayang yang mendalam dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.

Semoga semangat berkorban ini dapat kita terjemahkan dalam kehidupan seharian, sama ada dalam bentuk masa, tenaga, harta, mahupun perasaan – demi kebaikan bersama dan kesejahteraan masyarakat.

Kepada yang menunaikan ibadah korban, semoga segala amalan diterima Allah SWT sebagai ibadah yang ikhlas. Kepada seluruh warga IPGM Kampus Ipoh, Unit Pusat Sumber mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kita terus diberkati dan dirahmati oleh-Nya, serta diberikan kekuatan untuk terus berbakti dalam apa jua lapangan yang kita ceburi.

#pusatsumberipgmki

#harirayaaidiladha


Kongsi:

Selamat Hari Pustakawan Malaysia 2025

 


06 Jun 2025 - Pustakawan dan Pembantu Pustakawan bukan sekadar penjaga buku, tetapi mereka ialah penjaga ilmu, pemudah cara pembelajaran, dan penggerak utama dalam membentuk masyarakat berpengetahuan. Di sebalik rak-rak buku dan sistem pengkatalogan, tersembunyi semangat dedikasi dan usaha gigih dalam memastikan maklumat yang betul sampai kepada pengguna pada masa yang tepat.

Dalam era digital ini, peranan pustakawan semakin berkembang — dari pengurusan sumber fizikal kepada maklumat elektronik, literasi maklumat, dan bimbingan pengguna dalam meneroka dunia ilmu yang luas.

Justeru, marilah kita sama-sama menghargai jasa dan peranan pustakawan dan pembantu pustakawan yang menjadi tulang belakang kepada perkembangan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.

Selamat Hari Pustakawan. Teruskan menyinari dunia dengan cahaya ilmu.

khususnya kepada en. Hisyamuddin  serta Pn. Sharmila & Pn. Nasimah 

Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa

#selamatharipustakawan

#pusatsumberipgmki

Kongsi:

Sumbangan Buku : Terima Kasih PPANPk

 

04 Jun 2025 - Unit Pusat Sumber Ipgm Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak atas sumbangan buku yang diberikan.

Sumbangan ini amat besar maknanya kepada Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh, khususnya dalam usaha memperkasa budaya membaca serta menyediakan sumber rujukan yang lebih meluas kepada pengguna Pusat Sumber.

“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa”

#sumbanganbuku

#PPANPk

#pusatsumberipgmki

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung