• ;
  • ;

TAHNIAH PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH




23 Okt 2026 - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh atas kejayaan menerima Pengiktirafan 4 Bintang dalam Penarafan Bintang Perpustakaan 2026 daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Pengiktirafan yang diberikan bagi tempoh tiga (3) tahun mulai tarikh surat pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian membanggakan serta bukti komitmen berterusan Perpustakaan dalam memastikan kecemerlangan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap serta berorientasikan keperluan pengguna.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga Perpustakaan IPG Kampus Ipoh atas dedikasi, usaha dan komitmen yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya ilmu, memperkasa perkhidmatan perpustakaan dan melahirkan warga pendidik yang berilmu serta berintelektual tinggi.
📚 Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa!
Kongsi:

PAMERAN DAN JUALAN BUKU OLEH POPULAR BOOK SDN. BHD. SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2026

















PAMERAN DAN JUALAN BUKU OLEH POPULAR BOOK SDN. BHD. SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2026

Perhatian kepada seluruh warga IPG Kampus Ipoh!
20 Okt 2026 - Pameran dan Jualan Buku oleh Popular Book Sdn. Bhd. sedang berlangsung bagi memberi peluang kepada warga kampus mendapatkan pelbagai pilihan bahan bacaan dan buku untuk menambah ilmu, memperluas pengetahuan serta menyemarakkan budaya membaca.
📅 Tarikh: 19 – 21 Oktober 2026
📍 Tempat: Foyer Bangunan Budiman, IPG Kampus Ipoh
Warga IPG Kampus Ipoh dijemput hadir untuk mengunjungi pameran ini dan meneroka pelbagai pilihan buku yang menarik. Jadikan peluang ini sebagai langkah untuk memperkaya ilmu pengetahuan serta memupuk minat membaca dalam kehidupan seharian.
Ayuh, rebut peluang ini dan semarakkan budaya membaca! 📚
Perpustakaan IPG Kampus
"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa".
Kongsi:

TAKLIMAT PERPUSTAKAAN BAGI PELAJAR PISP AMBILAN OGOS 2026 – JULAI 2028








TAKLIMAT PERPUSTAKAAN BAGI PELAJAR PISP AMBILAN OGOS 2026 – JULAI 2028

📍 Lokasi: Perpustakaan, IPG Kampus Ipoh

16 Okt 2026 - Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Taklimat Perpustakaan khusus untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISP) Ambilan Ogos 2026 – Julai 2028.

Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan, perkhidmatan, koleksi bahan rujukan serta akses kepada sumber maklumat yang disediakan oleh perpustakaan bagi menyokong proses pembelajaran sepanjang tempoh pengajian.
Melalui taklimat ini, para pelajar diharapkan dapat memanfaatkan kemudahan perpustakaan secara optimum, menggunakan sumber maklumat dengan berkesan serta membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.
Semoga Perpustakaan IPG Kampus Ipoh terus menjadi pusat kecemerlangan ilmu dan sumber inspirasi kepada bakal pendidik dalam melakar kejayaan akademik.
Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa.
Kongsi:

MAJLIS SANTUNAN BUDI DAN PELANCARAN BUKU KETUA UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH









MAJLIS SANTUNAN BUDI DAN PELANCARAN BUKU KETUA UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH. 

21 Ogos 2026 - IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Majlis Santunan Budi dan Pelancaran Buku sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan ilmu, dedikasi dan komitmen 4 orang Pensyarah IPG kampus Ipoh Dr. Siti Hayati, Tn. Haji Amir, En. Zaini dan En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar, Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menghargai jasa dan bakti beliau, malah turut meraikan penerbitan buku sebagai satu sumbangan bermakna dalam memperkaya khazanah ilmu serta menyemarakkan budaya membaca dan penulisan dalam kalangan warga pendidik.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan sumbangan yang dicurahkan terus menjadi inspirasi kepada warga IPG Kampus Ipoh, khususnya dalam memperkasakan budaya ilmu, memperkukuh profesionalisme dan melahirkan generasi pendidik yang berilmu serta berwawasan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan. Semoga usaha murni ini terus mekar dan meninggalkan legasi yang bermakna.
Budi Disanjung, Jasa Dikenang, Ilmu Ditinggalkan Menjadi Warisan.
Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa.
Kongsi:

TAKLIMAT PERPUSTAKAAN PELAJAR PISP UNIT DS 2026-2028



🎓 TAKLIMAT PERPUSTAKAAN PELAJAR PISP UNIT DS 🎓
📅 15 Ogos 2026 | Sabtu
📍 IPG Kampus Ipoh

15 Ogos 2026 - Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISP), Unit DS bagi sesi 2026–2028.

Selamat datang dan tahniah kepada semua pelajar yang bakal memulakan perjalanan baharu dalam dunia pendidikan sarjana. Semoga langkah pertama ini menjadi permulaan yang bermakna untuk menimba ilmu, membina sahsiah dan mengembangkan potensi diri sebagai pendidik yang berkualiti, berintegriti dan berwibawa.
Semoga seluruh pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus serta memanfaatkan setiap peluang pembelajaran sepanjang tempoh pengajian.
Selamat datang ke IPG Kampus Ipoh! Semoga terus melakar kecemerlangan dan menjadi pendidik yang memberi inspirasi kepada generasi akan datang.
Kongsi:

PERTANDINGAN MENULIS ESEI DAN PERTANDINGAN MENULIS ULASAN BUKU PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 2026

 




🏵️Assalammualaikum dan Salam Perpaduan 🏵️
🖋️📖Jom sertai Pertandingan Menulis Esei dan Pertandingan Menulis Ulasan Buku anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia📚
🖋️📖Sila imbas QR code yang tertera pada poster untuk mendapatkan borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan📚
🥳🎁Moh sertai sekarang! Hadiah menarik menanti anda. Semoga berjaya!🎉🎀

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung