12 Januari 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Bil 1/2022 pada pukul 4.00 petang. Buat pertama kalinya mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin (Ketua Pusat Sumber), yang baharu dilantik.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), Pn. Sharmila binti Siron (Pembantu Pustakawan Kanan S22), Pn. Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan S22) dan Pn. Nazariah bt Mat Mizar (Pembantu Operasi).
Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang dirancang pada 2022 ini. Dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua Pegawai dan kakitangan Unit Perpustakaan diatas kecemerlangan yang telah dicipta selama ini. Semoga kecemerlangan ini diteruskan pada tahun ini walaupun mengalami kekurangan seorang kakitangan perpustakaan. Mesyuarat ini berakhir pada jam 5.45 petang.
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#membacavaksinminda
#makeadifference
Tiada ulasan:
Catat Ulasan