8 Mac 2021 - Bermula hari ini Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menyediakan surat khabar sebagai bahan bacaan yang terkini. Surat khabar tersebut adalah Berita Harian, The New Straits Times, The Star, Sin Chiew dan Tamil Nanban. Diharapkan perkhidmatan ini dapat dimanafaatkan dalam kalangan warga IPG Kampus Ipoh. Buat warga IPG Kampus Ipoh , jemputlah datang ke Perpustakaan dengan mematuhi SOP.
Sumbangan Jurnal Praktikum Jilid 1/2021 : Terima Kasih Jabatan Kecemerlangan Akademik
Bengkel Ilustrasi dan Reka Letak Buku 2021
4 Mac 2021 - Tahniah kepada Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan dan Latihan kerana telah menjayakan Bengkel Ilustrasi dan Reka Letak Buku.
Sumbangan Buku 2021 : Terima kasih Pn. Norhani Bebe bt Alta Miah
22 Februari 2021 - Terima kasih kepada Pn. Norhani Bebe bt Alta Miah kerana menyumbangkan 4 buah buku yang memuatkan karya beliau. Sumbangan tersebut telah diterima oleh Pn. Nasimah bt Abdul Jal bagi mewakili En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @Ahmad Nor, Ketua Unit Pusat Sumber. Buku-buku tersebut berjudul Antologi 43 Kisah COVID-19 : Keranamu Corona, Antologi Suara Dari Laman Juang, Antologi Anekdot Suara Dari Laman Orang Terbuang dan Sepilihan Pusi : Politik, Bahasa dan Isu Semasa. Tahniah Pn. Norhani Bebe
moga jadi ikutan kepada masyarakat untuk berkarya, khususnya dalam kalangan warga IPG Kampus Ipoh.
Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2021
Semoga kemakmuran dikongsi bersama.
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan selamat
menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua warga IPG Kampus Ipoh yang berbangsa
Cina.
Amalkan norma baharu & Patuhi SOP demi memutuskan
rangkaian penularan covid-19 ini walau di mana kita berada.
Bersama hentikan rantaian Covid. Sayangi diri dan keluarga.
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#Perpustakaanipgikampusipoh
#perpustakaanipgki
#ipgkampusipoh
1 Hari 1 Buku : Buku Pelan Strategik Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 2021-2025
1 Hari 1 Buku : Haji Meor Zahidi Tahir - Sifu Pendidikan Muzik
06 Februari 2021 - Koleksi buku di rak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh .
Info menarik : Buku ini berkisarkan pengalaman beliau sebagai guru dan pensyarah muzik d IPG. Di dlm buku ini turut diselitkan pautan pantas persembahan muzik beliau dgn guru2 pelatih sepanjang perkhidmatan beliau.
Dapatkan buku ini Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.. Jom baca..
Anda ada buku menarik dari rak perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk dikongsi bersama? Hubungi kami
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#Perpustakaanipgikampusipoh
#perpustakaanipgki
#ipgkampusipoh
#membacavaksinminda
#upustaka















.png)