• ;
  • ;

Tahniah Diatas Kenaikan Pangkat Pensyarah dan Pelantikan Perwakilan Pelajar Sesi 2021 - 2022

9 April - 2021 - Sempena Majlis Penerimaan Watikah Perlantikan Perwakilan Pelajar bagi sesi 2021-2022 dan Ihya Ramadan, Unit Perpustakaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua di atas kenaikan pangkat dan pelantikan menjadi perwakilan pelajar. Tahniah En. Hasnul Adli bin Ishak dipilih menjadi Yang DiPertua Jabatan Perwakilan Pelajar bagi sesi 2021-2022.


Selamat menyambut bulan Ramadhan yang tidak lama lagi menjelang tiba. ðŸ¥°ðŸ¥°ðŸ¥°
Kongsi:

Pemeriksaan Pelaksanaan EKSA di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

 


2 April 2021 - Timbalan Pengarah  dan Setiausaha Induk Jawatankusa EKSA IPG Kampus Ipoh telah mengadakan pemeriksaan EKSA yang menjadi amalan di Unit Perpustakaan. 

Untuk makluman, Ketua Unit Perpustakaan adalah Ketua Zon Ebony dan merupakan kawasan jagaan EKSA paling luas meliputi bangunan blok Perpustakaan, ULP, Dewan Seri Tanjung, Pondok Jaga dan juga di Surau PIAH.

Syabas diucapkan kepada semua ahli kumpulan Zon Ebony kerana berjaya melaksanakan EKSA dengan baik. Semoga menjadi budaya dan amalan bersama. 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#perpustakaanipgikampusipoh

#perpustakaanipgki

#perpustakaannegaramalaysia

Kongsi:

Penyampaian Hadiah Pertandingan Foto Hari Kebangsaan

 


2 April 2021 - Tahniah kepada Pn.
Nisya Mazlan
dan Pn.
Mastura Karimuddin
kerana berjaya dalam Pertandingan Foto Kebangsaan anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
Terima kasih kerana sentiasa menyokong setiap aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak perpustakaan.
Kongsi:

Penyampaian Hadiah Pertandingan Teka Bilangan Muka Surat Buku




2 April 2021 - Tahniah kepada Cik Noor Azli (Kategori Staf) dan Puan Yip Yoong Peng (Kategori Pensyarah & Pegawai Pengurusan) kerana berjaya dalam Pertandingan Teka Bilangan Muka Surat Buku anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Terima kasih kerana sentiasa menyokong setiap aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak perpustakaan.

#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgikampusipoh
#perpustakaanipgki 
#IPGKampusIpoh
#membacavaksinminda 
#upustaka 
#perpustakaannegaramalaysia
Kongsi:

Pemberian Kurma Daripada En. Ng Swee Huat : Terima Kasih

 

1 April 2021 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh amat berbesar hati menerima pemberian kurma sempena menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi oleh En. Ng Swee Huat dari Pensyarah di Unit Pengajian Bahasa Cina. Semoga ikatan ukhuwah berbilang bangsa di institusi ini akan berkekalan dan tetap utuh.

Terima kasih dan semoga dimurahkan rezeki selalu.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgikampusipoh
#perpustakaanipgki
#IPGKampusIpoh
#membacavaksinminda
#upustaka
#perpustakaannegaramalaysia

Kongsi:

Selamat Ulangtahun Ke-10 u-Pustaka

 





Selamat ulangtahun ke-10 u-Pustaka. Sila klik untuk Daftar u-Pustaka
Kongsi:

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh Sebagai Lokasi Strategik

 

30 Mac 2021 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berasa amat bertuah kerana En. Muhamad Firdaus bin Mohamad memilih ruang bacaan Perpustaaan IPG Kampus Ipoh sebagai lokasi strategik untuk merakam gambar buku terbitan IPGM berjudul “My Doctoral Journey 3”.
Beliau turut berkongsi idea dan teknik untuk merakam gambar buku yang berkualiti bersama kakitangan perpustakaan.
Sama-samalah kita nantikan hasil kualiti gambar beliau dan buku terbaharu terbitan IPGM yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Tahniah semua.
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung