• ;
  • ;

Kemahiran Mencari Maklumat dan Perpustakaan Digital

 


Perpustakaan IPG kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Yazid bin Ibrahim , Pustakawan di Bahagian Rangkaian Sistem Perpustakaan, Perpustakaan Negara Malaysia di atas kesudian beliau berkongsi bahan Kemahiran Mencari Maklumat dan Perpustakaan Digital . Moga kita semua dapat manafaat.







Kongsi:

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku

7 Jun 2021 - Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda bagi tahun 2021. Semoga Baginda Tuanku sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Illahi serta dilanjutkan usia yang sihat walafiat...aaminn..

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.

#YDPA 
#harikeputeraan 
#leadingfuturemodelteacher #ipgkithefirst #makeadifference #Perpustakaanipgikampusipoh #perpustakaanipgki #ipgkampusipoh #membacavaksinminda #perpustakaannegaramalaysia 
 #upustaka
Kongsi:

Majlis Bacaan Yassin Sempena Hari Pustakawan Malaysia

6 Jun 2021 - Tahniah kepada semua pustakawan yang menghadiri Majlis Bacaan Yassin sempena Hari Pustakawan Malaysia anjuran Pustakawan dan Penolong Pustakawan Perpustakaan Negara Malaysia “Budge 2004”.

Majlis ini diadakan secara dalam talian pada jam 5.00 petang tadi.

Turut hadir Pn. Sabariah Khairuddin, Pustakawan IPG Kampus Ipoh. Semoga Majlis Bacaan Yassin ini dirahmati oleh Allah. Amin.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

"Thriving for The Nation" is the theme for Hari Pustakawan 2021. 

#HariPustakawan
#Thrivingforthenation
#LibraryInMyHeart
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
Kongsi:

Selamat Hari Pustakawan Malaysia 2021


6 Jun 2021 - Selamat Hari Pustakawan Malaysia buat semua Pegawai dan Kakitangan  Perpustakaan di seluruh negara.. Perpustakaan akademik, khusus, institusi, desa dan awam 
Syabas .👏👏👏🎉🎉💃💃
Teruslah berkhidmat kepada masyarakat walau di mana anda bertugas. Bersama membina masyarakat yang rajin membaca 🥰
Mari terus berusaha menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. 💪💪💪

Buat team di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh En. Mohamad Nurul Azmi bin Ahmad Nor, Pn. Sabariah Khairuddin, Pn. Nasimah Abdul Jal, Pn. Asrofah Anuas, Pn. Nazariah Mat Mizar , En. Mustafa bin Isram, dan En. Roslan bin Lem..terima kasih sentiasa berkerjasama 🥰 Selamat Hari Pustakawan ..bukan hanya sebab tugas moga ukhwah sesama kita sentiasa baik dan mesra 🥰. 

#staysafeeveryone  
#bangsamembacabangsaberjaya 
#leadingfuturemodelteacher #ipgkithefirst #makeadifference #Perpustakaanipgikampusipoh #perpustakaanipgki #ipgkampusipoh #membacavaksinminda #perpustakaannegaramalaysia 
 #upustaka
Kongsi:

Taklimat Perpustakaan Kepada Pelajar Baharu Ambilan Jun 2021 Untuk Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4 Jun 2021 - Tahniah kepada Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana telah menjayakan Taklimat Perpustakaan kepada Pelajar Baharu Ambilan Jun 2021 untuk Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). 

Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Unit Perpustakaan En. Nurul Azmi Mat Nor dan Pustakawan, Pn. Saba Khairuddin secara dalam talian. 

Semoga taklimat ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#BeTheFirst
#makeadifference
#perpustakaanipgkampusipoh
#membacavaksinminda
#IPGKampusIpoh
Kongsi:

Mesyuarat Gerakan Membaca IPGM

3 Jun 2021 - En. Mohamad Nurul Azmi bin Ahmad Nor (Ketua Unit Perpustakaan IPGK Ipoh) telah menyertai Mesyuarat Gerakan Membaca IPGM menerusi maya Google Meet. Mesyuarat ini disertai oleh semua Ketua Unit Perpustakaan IPG dari seluruh negeri. Diharap apa yang dibincangkan dan  dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

#leadingfuturemodelteacher #ipgkithefirst #makeadifference  #perpustakaanipgki #ipgkampusipoh #membacavaksinminda #perpustakaannegaramalaysia 
 #upustaka
Kongsi:

1 Hari 1 Buku : Antologi 33 Surat Terpilih - Warkah Untukmu Bonda

 



*1 HARI : 1 BUKU*
3 Jun 2021 - Koleksi buku di rak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh .
Info menarik : Buku ini menghimpunkan 33 surat terpilih luahan peribadi 33 orang penulis secara eksklusif yang merupakan sebuah dedikasi anak untuk ibu. Intipatinya, ibu adalah tunggak kekuatan sesebuah keluarga dan tulang belakang yang membantu dalam membina keluarga berjaya. Pembaca juga berpeluang menghayati karya daripada Dr. Yahya Osman (Pengarah IPG Kampus Ipoh) , Pn. Norhani Bebe bt Alta Miah (Pensyarah IPG Ipoh Kampus Ipoh) dan Cik Nur Azah bt Ahmad (Pensyarah IPG Kampus Ipoh).
Dapatkan buku ini Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.. Jom baca.. 🤩
Anda ada buku menarik dari rak perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk dikongsi bersama? Hantarkan kepada kami melalui email perpustakaanipgki@gmail.com 🤗
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung