• ;
  • ;

Taklimat Pengisian Kajian Keperluan Latihan (KKL SPLKPM)

 




Taklimat mengenai cara pengisian Kajian Keperluan Latihan (KKL SPLKPM) bagi Perkhidmatan Guru, iaitu Pensyarah IPG Kampus, dan juga Pegawai Pengurusan, IPG Kampus.

Kongsi:

Program Bicara Buku Atas Talian 2021 Bersama En Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor@Ahmad Nor

 




23 Jun 2021. Alhamdulillah.... Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berjaya meneruskan Program Bicara Buku Dalam Talian (maya) untuk pengisian program sepanjang PKP 3.0. 


Terima kasih diucapkan kepada En. Mohammad Nurul Azmi Mat Nor bin Mat Nor @ Ahmad Nor, Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh bagi permbukaan program pada hari ini. Nantikan kemunculan beberapa lagi peserta yang berminat untuk berkongsi pembacaan mereka.

Semoga program ini menjadi platform kepada pensyarah dan guru pelatih untuk berkongsi idea, cerita dan pengalaman tentang buku yang dibaca dan juga yang ditulis sendiri oleh mereka. Semoga lebih ramai lagi pembaca dan penulis buku yang muncul di platform ini. Hantarkan penyertaan ke perpustakaanipgki@gmail.com / library@ipgmipoh.edu.my.

#bicarabukudalamtalianperpustakaanipgki2021
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#Perpustakaanipgikampusipoh
#kitaJagaKita
#IPGKIjombaca
#juststayathome
#perintahkawalanpergerakan3.0
#bacabukudirumah
Kongsi:

Koleksi Artikel Penyelidikan 2021 Bagi Pelajar Unit S



23 Jun 2021 - Tahniah kepada Unit Pengajian Cina di Jabatan Bahasa IPG Kampus Ipoh kerana telah berjaya menerbitkan Koleksi Artikel Penyelidikan 2021 bagi Pelajar Unit S. 

Koleksi ini mempunyai nombor e-ISBN tersendiri dan dihasilkan dalam tempoh PKP 3.0. 

Klik disini untuk bacaan dan rujukan semua :






#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#Perpustakaanipgikampusipoh
#perpustakaanipgki
#kitaJagaKita
#IPGKIjombaca
Kongsi:

Mesyuarat Ketua Pusat Sumber dan Mesyuarat Pustakawan

Mesyuarat Ketua Pusat Sumber dan Mesyuarat Pustakawan telah diadakan pada 17 Jun dan 22 Jun 2021 secara dalam talian bersama Pustakawan IPGM di Cyberjaya.

Tahniah kepada Ketua Pusat Sumber dan Pustakawan kerana telah menghadiri mesyuarat ini.

Antara perkara yang dibincangkan ialah Perpustakaan Hybrid yang akan diwujudkan dimana sebuah repositori maklumat yang lebih mesra pengguna akan dibangunkan, Perisian Antiplagiat akan dibekalkan kepada semua kampus dan perbincangan idea-idea baharu untuk kemudahan para pengguna perpustakaan di masa akan datang.

Semoga sesi Bual Bicara ini dapat direalisasikan untuk pembangunan perpustakaan pendidikan bertaraf antarabangsa.

#perpustakaanipgkampusipoh 
#upustakapemacunegaramembaca
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
Kongsi:

Taman Berkarya Siri 1/2021 ( eISSN 2710-6683)


21 Jun 2021 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan Ipgki telah berjaya menerbitkan Taman Berkarya Siri 1/2021 dengan jayanya.  

Penerbitan ini menghimpunkan sumbangan karya Pensyarah dan guru pelatih IPG Kampus Ipoh. 

Kepada pengguna maya yang berminat untuk ikut serta penerbitan untuk siri seterusnya boleh emelkan ke Hantar Karya

Untuk rekod, penerbitan ini telah mendapat no e-issn sejak tahun 2019 dan sentiasa menjadi rujukan para pengguna kami.

Terima kasih dan syabas kepada semua penyumbang karya. Semoga dapat memenuhi masa terluang ini dengan membaca e-bulletin ini.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
#makeadifference
Kongsi:

1 Hari 1 Buku : Panduan Pengacaraan Majlis dan Pengurusan Majlis Rasmi

21 Jun 2021 - Koleksi buku di rak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh . 

Info menarik : Buku ini hasil tulisan pensyarah IPG Kampus Ipoh Dr. DrHj Mohd Razak Nordin . Buku beliau ini dilengkapi teks sebagai pengacara majlis.

Dapatkan buku ini Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.. Jom baca.. 🤓

Anda ada buku menarik dari rak perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk dikongsi bersama? Hantarkan kepada kami melalui email perpustakaanipgki@gmail.com  🤗

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#Perpustakaanipgikampusipoh
#ipgkampusipoh
#1hari1buku
#reading
Kongsi:

Selamat Datang : Pn. Sharmila bt Siron

14 Jun 2021 - Selamat datang kepada Pn. Sharmila bt Siron (Pembantu Pustakawan S22) yang mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas En. David a/l Rayappan bersara. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh sangat mengalu-alukan kehadiran beliau bagi memantapkan lagi pengurusan Perpustakaan.
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung