• ;
  • ;

Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber : Siri 1 - Kenali Buku Kita

 

6 Oktober 2021 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar latihan industri dan kakitangan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana berjaya melaksanakan sesi bengkel kali ini. 

Semoga sesi perkongsian ini dapat digunakan oleh Pengawas Pusat Sumber di perpustakaan. Jumpa lagi minggu hadapan dengan tema sayangi buku kita. 

#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst

#perpustakaanipgikampusipoh

#upustaka












Kongsi:

Hebahan : Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh buat julung kalinya akan mengadakan Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber SK Seri Ampang setiap hari Rabu sepanjang Oktober 2021 secara dalam talian.

Bengkel ini akan diadakan sebanyak 3 siri. 


Siri 1 : 6 Oktober 2021 (Rabu)

Tema : Kenali Buku Kita


Siri 2 : 13 Oktober 2021 (Rabu)

Tema : Sayangi Buku Kita


Siri 3 : 20 Oktober 2021 (Rabu)

Tema : Rawat Buku Kita


Semoga bermanfaat untuk semua.


#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst

#perpustakaanipgikampusipoh

#makeadifference

Kongsi:

Mesyuarat Penyelarasan bagi Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber SK Seri Ampang

5 Oktober 2021 - Mesyuarat penyelarasan bagi Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber Seri Ampang, Ipoh telah diadakan secara dalam talian bersama Guru GPM, Pn. Noraizatul Husna. 

Bengkel ini dijangka akan dilaksanakan sebanyak 3 siri, setiap Rabu sepanjang Oktober ini pada pukul 10 pagi. Semoga memberi manfaat kepada semua. 

#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst#

perpustakaanipgikampusipoh




Kongsi:

Perhimpunan Organisasi Bulan Oktober 2021

1 Oktober 2021 - Sebuah lagi lembaran baharu tercipta apabila Unit Perpustakaan dan Unit Khidmat Pengurusan telah berjaya menganjurkan Perhimpunan Organisasi Bulan Oktober 2021 dengan kerjasama Jawatankuasa Perhimpunan dan Perayaan Khas IPG Kampus Ipoh.

Tahniah kepada semua kakitangan Perpustakaan dan Khidmat Pengurusan yang telah bertungkus lumus memastikan program ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Usaha sama jalinan ini amat bermakna demi menaikkan nama organisasi.

Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama memberi sokongan dengan menekan butang subscrib, dari 77 subscribers YouTube Perpustakaan kini telah mencapai hampir 300 subcribers!!!

Jom saksikan video Perhimpunan Organisasi Bulan Oktober 2021 IPG Kampus Ipoh kerjasama dengan Unit Khidmat Pengurusan di YouTube Perpustakaan IPG Kampus Ipoh


#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#perpustakaanipgikampusipoh
#ipgkithefirst
#makeadifference
Kongsi:

Bengkel Literasi Maklumat dan Media 2021


30 September 2021 - Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Bengkel Literasi Maklumat dan Media 2021 pada hari ini. 

Terima kasih kepada Tuan Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh, En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman kerana sudi merasmikan bengkel ini. 

Tahniah kepada Pn. Farahanum Shuhaily Ab Malek Zaki, Ketua Unit Gerakan Literasi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak atas kesudian menjadi penceramah pada kali ini. 

Terima kasih kepada 48 orang peserta dalam kalangan warga IPG Kampus Ipoh yang terpilih dan warga maya yang turut berminat menyertai kami secara dalam talian. 
Tahniah juga diucapkan kepada peserta yang menang dalam pertandingan kuiz dalam program ini:

1. Pn. Nazariah binti Mat Mizar
2. Cik Qistina Syazana Binti Mohd Saini
3. En. Abu bin Kassim 

Hadiah boleh dituntut di Unit Perpustakaan. Terima kasih.
Jumpa lagi di program akan datang. ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

#upustaka
#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
#bengkelliterasimaklumatdanmedia

Kongsi:

Hebahan : Bengkel Literasi Maklumat dan Media 2021


BENGKEL LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA 2021๐Ÿ“š
  
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh akan mengadakan bengkel seperti ketetapan berikut:

Tarikh ๐Ÿ“… : 30 September 2021 
Hari. : Khamis
Masa ⏰ : 9.00 pagi
  
๐ŸŽ™Panel Jemputan๐ŸŽ™ 

๐Ÿง•๐Ÿป Pn. Farahanum Shuhaily Ab Malek Zaki 
Ketua Unit Gerakan Literasi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

๐Ÿ•นModerator๐Ÿ•น

๐Ÿ‘จ๐Ÿป‍๐ŸซEn. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor 
Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh
 
๐Ÿ–ฅ Platform : Google Meet (rujuk saluran rasmi)

Semua peserta yang terpilih dikehendaki menggunakan latar belakang yang dikepilkan ini. 

Untuk pengetahuan, semua peserta akan diberikan sijil dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan hadiah bagi pemenang kuiz turut disediakan.

Kepada warga IPG Kampus Ipoh yang berminat untuk menyertai bengkel ini turut dijemput hadir. 

Sekian, terima kasih.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
Kongsi:

Hebahan Perkhidmatan Permohonan ISBN/eISBN/ISSN/eISSN



Pemohon hendaklah seorang pensyarah ataupun kakitangan di IPG Kampus Ipoh sahaja.

Mulai Januari 2021, Perpustakaan Negara Malaysia telah menambah baik perkhidmatan Permohonan ISBN/ISSN ini melalui melalui Depositori PNM  

Oleh itu di peringkat institusi, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menyediakan perkhidmatan tersebut  pautan di bawah ini :

http://pustaka.ipgki.my/p/perkhidmatan-permohonan.html

Cara permohonan dalam klip video ini :




#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgikampusipoh
#perpustakaanipgki
#IPGKampusIpoh
#membacavaksinminda
#upustaka
#perpustakaannegaramalaysia
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung