• ;
  • ;

Sumbangan Bahan Bacaan dan Cenderahati Daripada PNM

 


1 November 2021 : Terima kasih kepada Perpustakaan Negara Malaysia kerana sudi menyumbangkan bahan bacaan dan cenderahati untuk program galakan membaca yang telah dan akan dianjurkan oleh Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. 


Semoga bahan ini bermanfaat untuk semua. 


#membacavaksinminda

#leadingfuturemodelteacher

#perpustakaanipgikampusipoh

Kongsi:

e-Buletin UPIPGKI Bil. 3/2021

 



1 November 2021 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berjaya menerbitkan e-Buletin UPIPGKI Bil. 3/2021 dengan jayanya. En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor merakamkan ucapan tahniah kepada kakitangan Perpustakaan yang komited menerbitkan e-buletin ini. 

e-Buletin UPIPGKI Bil. 3 /2021



Kongsi:

Seminar Kebangsaan Pembantu Pustakawan 2021

 


27 - 28 Oktober 2021 - Pn. Sharmila bt Siron dan Pn. Nasimah bt Abdul Jal kerana telah menghadiri Seminar Kebangsaan Pembantu Pustakawan 2021 yang dianjurkan oleh Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Seminar tersebut diadakan secara maya melalui platform Webex.


#skpp2021

#ipgm

#perpustakaanipgki

#makeadifference

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#seminarkebangsaan

Kongsi:

Kunjungan Tuan Ahmad Hisham Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Balai, Balai Bomba Dan Penyelamat Ipoh ke Perpustakaan

25 Oktober 2021 : Pihak perpustakaan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada  Tuan Ahmad Hisham Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Balai, Balai Bomba Dan Penyelamat Ipoh kerana sudi mengunjungi perpustakaan selepas menghadiri Mesyuarat JK Pengurusan Bencana Bil. 1/2021 di Bilik Dahlia IPG Kampus Ipoh. Beliau turut berkongsi pengalaman dan secara tidak langsung memberi khidmat nasihat kepada kami untuk bersiap siaga menerima kehadiran pelajar baharu ke perpustakaan bermula 6 November 2021. 

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#Putuskanrangkaiancovid

Kongsi:

Sumbangan Buku/Terbitan Bersiri 2021 : Terima Kasih Cik Noor Hasiah bt Sulaiman

22 Oktober 2021 - En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor Nurul Azmi Mat Nor  berbesar hati menerima sumbangan buku daripada Cik Noor Hasiah bt Sulaiman yang memuatkan karya beliau berjudul 'Menyulam Harapan' dalam buku 'Legasi Abah 10 : Lelaki Tawanan Rindu'. Buku tersebut menambah koleksi Perpustakaan IPG Kampus Ipoh  sebagai bahan bacaan di Perpustakaan. Moga sumbangan beliau ini memberi inspirasi kepada kita semua.

Terima kasih Cik 🥰🥰
Kongsi:

eBuletin UPIPGKI Bil.1/2021 dan eBuletin UPIPGKI Bil.2/2021

 

Alhamdulillah eBuletin UPIPGKI telah diterbitkan. En . Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor merakamkan ucapan tahniah kepada staff Perpustakaan IPG Kampus Ipoh di atas usaha menyiapkan eBuletin UPIPGKI ini. Berikut adalah pautannya :





Nantikan eBuletin UPIPGKI Bil. 3/2021 akan datang........


#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst 
#makeadifference 
#perpustakaanipgki 
#ebuletinipgki
Kongsi:

Sumbangan Buku 2021 : Terima Kasih Dr. Dwi Puteh bt Ahmad

20 Oktober 2021 - Tahniah dan terima kasih kepada Dr. Dwi Puteh binti Ahmad bekas pensyarah IPG Kampus Ipoh kerana sudi menyumbangkan buku koleksi beliau. 

Bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, beliau berjaya menerbitkan dua naskah buku yang berjudul Nasi Lemak Sambal Bilis dan Lelaki Anugerah Terindah. 
Warga maya yang berminat boleh dapatkan buku ini dengan menghubungi beliau sendiri. 

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki
#upustaka
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung