• ;
  • ;

Selamat Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak

DIRGAHAYU TUANKU

Selamat Menyambut Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Semoga dirahmati dan diberkati Allah SWT.
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah daripada warga kerja Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Daulat Tuanku 🥰
#daulattuanku
#harikeputeraansultannegeriperak
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

Kongsi:

Selamat Hari Deepavali

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu khususnya warga IPG Kampus Ipoh walau di mana anda berada 🥰🥰🥰
#staysafeandhealthy everyone

Selamat bercuti 😍 

#HappyDeepavali 
#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst 
#makeadifference 
#librarylife
Kongsi:

Menerima Cenderahati Daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

 


3 November 2021 - Terima kasih Puan Farahanum Syuhaili bt Ab Malek Zaki dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak kerana sudi menerima kunjungan kami untuk mengambil hadiah untuk peserta Bengkel Literasi Media dan Maklumat yang telah berlangsung pada 30 September 2021 yang lalu.

Cenderahati ini adalah sumbangan dari Perbadanan Perpustakaan Awam kepada peserta bengkel yang berjaya dalam kuiz yang telah dianjurkan.

Terima kasih sekali lagi.

#perpustakaanipgikampusipoh

#membacavaksinminda

#upustaka

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

Kongsi:

Persiapan Peperiksaan MUET di dalam Perpustakaan.



Persiapan Peperiksaan MUET di dalam perpustakaan.


Untuk makluman pada 8 hingga 10 November 2021 Perpustakaan IPG Kampus Ipoh akan digunakan untuk pelajar yang akan mengambil Peperiksaan MUET. Pengguna perpustakaan diminta menggunakan ruang terhad di perpustakaan atau menggunakan perpustakaan maya sebagai platform lain untuk rujukan.


Sekian, harap maklum dan terima kasih.


#membacavaksinminda

#perpustakaanipgikampusipoh

#upustaka

Kongsi:

Kunjungan YBrs. Dr. Rosli bin Yacob, Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

 


2 November 2021 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati menerima kunjungan YBrs. Dr. Rosli bin Yacob, Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta YBrs. Dr. Yahya bin Osman Pengarah IPG Kampus Ipoh, En. Mohd Khadri Fadzil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit ke Unit Perpustakaan bagi memantau SOP yang telah dilaksanakan sempena Pengokperasian Semula Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh pada 9 November 2021.


Tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan serta Pelajar Latihan Industri Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang bekerjasama memastikan pelaksanaan pemantauan ini berjalan dengan lancar. 


#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

Kongsi:

Sumbangan Bahan Bacaan dan Cenderahati Daripada PNM

 


1 November 2021 : Terima kasih kepada Perpustakaan Negara Malaysia kerana sudi menyumbangkan bahan bacaan dan cenderahati untuk program galakan membaca yang telah dan akan dianjurkan oleh Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. 


Semoga bahan ini bermanfaat untuk semua. 


#membacavaksinminda

#leadingfuturemodelteacher

#perpustakaanipgikampusipoh

Kongsi:

e-Buletin UPIPGKI Bil. 3/2021

 



1 November 2021 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berjaya menerbitkan e-Buletin UPIPGKI Bil. 3/2021 dengan jayanya. En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor merakamkan ucapan tahniah kepada kakitangan Perpustakaan yang komited menerbitkan e-buletin ini. 

e-Buletin UPIPGKI Bil. 3 /2021



Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung