17 November 2021 - Tahniah kepada guru pelatih dan mentor bagi Unit X13, X14, X15 dan X16 seramai 59 orang kerana telah berjaya menyertai Bengkel Literasi Maklumat anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh secara dalam talian.
Bengkel Literasi Maklumat dan Media 2021 : Unit X13, X14, X15 dan X16
Semoga perkongsian maklumat berkaitan pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan IPGM dapat membantu dalam menyediakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Terima kasih kepada semua kakitangan Unit Perpustakaan yang sangat komited menjayakan bengkel ini. Tahniah semua!
1 Hari 1 Buku : Puisi Kokurikulum - Kembara Alam Sekitar
1 HARI : 1 BUKU
15 November 2021 - Petang ini #1hari1buku menampilkan buku yang baharu diterbitkan. Judul buku tersebut Puisi Kokurikulum : Kembara Alam Sekitar/ Dr. Hj. Noor Azmi bin Osman dan En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor Nurul Azmi Mat Nor
Dapatkan buku ini di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.. Jom baca.. ![]()
Anda ada buku menarik dari rak perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk dikongsi bersama? Hantarkan kepada kami melalui email perpustakaanipgki@gmail.com ![]()
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#Perpustakaanipgikampusipoh
#ipgkampusipoh
#1hari1buku
#reading
See less
Pelancaran Buku Puisi Kokurikulum Kembara Alam Sekitar : Tahniah Dr. Hj. Noor Azmi bin Osman dan En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor
12 November 2021 - Tahniah diucapkan kepada En. Mohamad Nurul Azmi Mat Nor Ketua Pusat Sumber IPGKI dan Dr. Hj. Noor Azmi bin Osman diatas pelancaran buku yang diadakan semasa Perhimpunan Bulan November 2021 IPG Kampus Ipoh.
Buku yang berjudul Puisi Kokurikulum: Kembara Alam Sekitar ini boleh didapatkan di Perpustakaan. Semoga penerbitan buku ini menjadi inspirasi semua warga kampus. Tahniah diucapkan.
#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
Tahniah En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor
12 November 2021 - Tahniah kepada Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh, En. Mohamad Nurul Azmi Mat Nor atas kenaikan pangkat.
Majlis penyampaian kenaikan pangkat ini diadakan di Perhimpunan Organisasi Bulan November 2021 di Dewan Seri Tanjung IPG Kampus Ipoh secara langsung di pautan https://youtu.be/EY7LolqXbnI
Seluruh warga Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh amat berbangga atas kejayaan ini.
#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
Tahniah Saudara Iman Khalis Khairan bin Badrul Nizam, Unit X9
11 November 2021 : Tahniah Saudara Iman Khalis Khairan bin Badrul Nizam, pelajar Unit X9 yang telah berjaya menjadi ahli u-Pustaka : u-Library di tempat pertama dalam Bengkel Literasi Maklumat dan Media bagi Unit X yang telah dilaksanakan pada 10 November yang lalu.
Terima kasih kepada Ketua Pusat Sumber, En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor kerana sudi menyampaikan hadiah sumbangan Perpustakaan Negara Malaysia.
Nantikan bengkel seterusnya untuk Unit X13, X14, X15 dan X16 pada 17 November 2021 nanti. Untuk dapatkan hadiah menarik ini.
#membacavaksinminda
#upustaka
Bengkel Literasi Maklumat 2021 : Unit X9, X10, X11
10 November 2021 - Tahniah kepada Guru Pelatih Unit X9, X10, X11 dan X12 seramai 83 orang kerana telah berjaya menyertai Bengkel Literasi Maklumat anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh secara dalam talian.
Semoga perkongsian maklumat berkaitan pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan IPGM dapat membantu dalam menyediakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Terima kasih kepada semua kakitangan Unit Perpustakaan yang sangat komited menjayakan bengkel ini. Tahniah semua!
#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
#pustaka2021







.png)