| Lawatan ke Perpustakaan Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta |
| Lawatan ke Perpustakaan Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta |
8 Disember 2021 - Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Pertukaran Hadiah Unit Perpustakaan telah diadakan secara ringkas tapi meriah.
Majlis ini diadakan sempena meraikan kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2021.
Semoga kerjasama berpasukan ini dikekalkan! Tahniah semua. Teruskan mengukir kejayaan!
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki
#membacavaksinminda
#perpustakaanipgikampusipoh
7 Disember 2021 - Majlis Penyampaian Anugerah Khas Perpustakaan dan
Hadiah anjuran Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 2021 telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPGKI. Turut hadir dalam majlis ini Timbalan Pengarah dan Ketua Unit Khidmat Pengurusan.
Majlis ini diadakan untuk menghargai pengorbanan staf perpustakaan yang sangat komited berkhidmat sepanjang tahun terutama dalam tempoh PKP 3.0 bagi memastikan pengguna perpustakaan sentiasa mendapat maklumat serta info bermanfaat daripada perpustakaan. Selain itu, bagi menghargai pengguna perpustakaan yang selalu memberi sokongan dengan menyertai setiap aktiviti anjuran perpustakaan penyampaian hadiah turut diadakan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan penerima hadiah pertandingan anjuran perpustakaan sepanjang tahun 2021.
Sekalung perhargaan dan terima kasih juga kepada semua yang menjayakan majlis ini.
#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
7 Disember 2021 - Mesyuarat AJK Perpustakaan Bil 2/2021 telah diadakan di Ruang Bacaan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh pada pukul 3.00 petang.
En. Mohammad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor mempengerusikan mesyuarat tersebut dan dihadiri seramai 14 AJK Perpustakaan.
Pelbagai isu, perkara dan program yang dibincangkan. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pengerusi juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#kitajagakit
#membacavaksinminda
7 Disember 2021 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku daripada Persatuan Puisi Cina Perak yang berjudul “Koleksi Puisi Edisi 24.”
Terima kasih kepada En. Yu Chee Han yang merupakan wakil persatuan ini untuk menyerahkan naskah ini kepada En. Mohammad Nurul Azmi bin Mat Nor @Ahmad Nor, Ketua Pusat Sumber IPG KI.
Semoga menjadi rujukan pengguna perpustakaan.
#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst