• ;
  • ;

Bengkel Penggunaan Pangkalan Data IPGM dan KPM

21 Februari 2022 - Tahniah warga kerja Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana mengikuti Bengkel Penggunaan Pangkalan Data IPGM dan KPM anjuran Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ilmu Khas secara dalan talian. Bengkel disampaikan oleh En. Yazid bin Ibrahim, Perpustakaan Negara Malaysia.

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
Kongsi:

Sumbangan Buku/Terbitan Bersiri 2022 : Terima Kasih Cik Norfarahani bt Mad Dahari (Unit T4)

18 Februari 2022 - Terima kasih diucapkan kepada Cik Norfarahani bt Mad Dahari (Unit T4) kerana menyumbangkan 3 buah buku koleksi peribadi beliau untuk dijadikan sebagai bahan bacaan dan rujukan di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Moga sumbangan buku ini memberi manafaat kepada semua pengguna Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
Kongsi:

Kursus Pengurusan Laman Web untuk Webmaster Jabatan/Unit dan JPP

 

Oleh ; Nasimah

16 Februari 2022 - Tahniah Pn. Nasimah bt Abdul Jal kerana telah menghadiri Kursus Pengurusan Laman Web untuk Webmaster Jabatan/Unit dan JPP dengan jayanya. Kursus ini anjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Laman Web dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPG Kampus Ipoh. Kursus ini juga di adakan di Makmal Bestari, IPG Kampus Ipoh dan disampaikan oleh En. Mohd Zaki bin Jamaluddin serta dihadiri seramai 16 orang pensyarah dan kakitangan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi pengurusan laman web di setiap jabatan dan unit.

Layari portal Perpustakaan di pautan ini http://pustaka.ipgki.my/?m=1

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki

Kongsi:

Tamat Latihan : Tahniah Kepada Pelajar Latihan Industri di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Oleh; Nasimah bt Abdul Jal 

11 Februari 2022 - Meraikan hari terakhir pelajar Latihan Industri (LI) di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan ucapan tahniah kepada 4 orang pelajar LI diatas kesungguhan, komitmen dan kerjasama sepanjang menjalani tempoh latihan di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Turut hadir, mantan Ketua Unit Perpustakaan En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor@Ahmad Nor. Diharapkan pembelajaran dan pengalaman di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dapat dimanafaatkan oleh pelajar LI untuk masa akan datang.

Tahniah dan terima kasih kepada Cik Nurul Izzaty Izlyn bt Kamaruddin, Cik Insyirah Ahmad Zulkhairi, Cik Muhainie bt Abdul Kadir dan Cik Nur Syafiqah  Mohd Sabri. Moga maju jaya dalam pengajian dan seterusnya di alam pekerjaan kelak.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki


Kongsi:

Sumbangan Buku/Terbitan Bersiri 2022 : Terima Kasih Unit Pengajian Tamil

9 Februari 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin, (Ketua Unit, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh) berbesar hati menerima sumbangan penerbitan Jurnal Pendidikan Bahasa 2021 daripada Unit Pengajian Tamil (UPT), Jabatan Bahasa IPG Kampus Ipoh. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Dr. Palani  a/l Krishnasamy dan Dr. Arulnathan a/l Visurasam.
Terima kasih UPT diatas sumbangan jurnal yang bermanafaat kepada pengguna Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki


Kongsi:

Pameran Bertema Jabatan/ Unit 2022 : Bersama Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Ipoh


Oleh ; Nasimah bt Abdul Jal


8 Februari 2022 - Pameran Bertema Jabatan/Unit bagi tahun 2022 diserikan lagi oleh pameran daripada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) IPG Kampus Ipoh. Pameran ini bertemakan  'Penyelidikan dan Inovasi Mencetuskan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan".

Dalam pameran ini JPPI membawa kita kepada pencapaian dalam penyelidikan dan inovasi yang telah disertai. Antaranya ialah Sumbangan Konsultasi Sebagai Hakim dan Penceramah Pertandingan Inovasi dan Kajian Penyelidikan di peringkat kebangsaan, negeri dan IPG. Selain itu, turut dipamerkan ialah Sijil-Sijil Pemenang Pertandingan Inovasi dan Penyelidikan, penerbitan Jurnal Penyelidikan (ISSN : 2229-8495) dan Pelan Strategik IPG Kampus Ipoh 2021-2025 (ISBN 9789670902937), Dokumentasi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) (Anugerah KPM) serta banting program anjuran JPPI. Tahniah diatas pencapaian JPPI.

Semua warga kampus dialu-alukan berkunjung ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk melihat sendiri pameran ini. Semoga para pengunjung mendapat input yang positif dari pameran tersebut.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
Kongsi:

Top Borrower Januari 2022 : Cik Tan Wen Ooi



Oleh : Nasimah bt Abdul Jal
Gambar : Nazariah bt Mat Mizar


Tahniah diucapkan kepada Cik Tan Wen Ooi ( Pensyarah Akademik, Unit Pengajian Cina) kerana terpilih menjadi Top Borrower bagi bulan Januari 2022 👏👏👏

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung