• ;
  • ;

Pameran Bertema Jabatan/Unit 2022 : Bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)

9 Mac 2022 - Pameran Bertema Jabatan/Unit 2022 minggu ini diserikan oleh pameran dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) yang bertemakan 'Memori Konvokesyen '.

Sebagai info; sehingga tahun 2019, Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia dijalankan secara berpusat di IPGM dan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Unit Peperiksaan dan Penilaian kampus masing-masing. Bermula tahun 2020, Majlis Konvokesyen telah diuruskan hampir sepenuhnya oleh IPGM dengan kerjasama Unit Peperiksaan dan Penilaian setiap kampus. Oleh kerana pandemik Covid-19 yang melanda dunia, kini Majlis Konvokesyen IPGM juga telah berubah 'wajah'. Suatu ketika dahulu, Majlis Konvokesyen juga pernah dijalankan di Kampus Ipoh sendiri. Pameran ini membawa para pengunjung untuk merasai suasana Majlis Konvokesyen IPGM yang pernah dijalankan di beberapa lokasi terkemuka seperti PICC dan MAEPS termasuklah di Dewan IPG Kampus Ipoh yang tersergam indah. Jubah milik IPGKI, gambar-gambar dan cenderahati semasa majlis tersebut menggamit memori yang indah dan diharapkan dapat menjadi pembakar semangat kepada semua bakal guru di IPGKI untuk menamatkan pengajian dengan jayanya dan melalui detik bersejarah masing-masing suatu hari nanti.

Kredit : Pn. Nisya Aqeela bt Mazlan, JHEP

Tahniah JHEP, pameran ini berjaya menerbitkan rasa bangga dengan kejayaan Majlis Konvokesyen IPGM yang pernah diuruskan oleh IPG Kampus Ipoh.

Jom ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#pameranbertema

Kongsi:

Hebahan : Sisipan Akhbar Tempatan Bertarikh 8 Mac 2022

8 Mac 2022 - Sisipan Akhbar Tempatan hari ini. Dapatkan akhbar penuh hari ini di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh ataupun dalam  U-Pustaka

Layari :




#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#kitajagakita
#perpustakaanipgki
#sisipanakhbarperpustakaanipgki2021
#makeadifference
#papercutting
Kongsi:

Hebahan : Penggunaan Sistem Daftar Masuk Ke Perpustakaan


7 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah membuat penambahbaikan Sistem Daftar Masuk Ke Perpustakaan. Oleh itu, semua warga IPG Kampus Ipoh  hendaklah diwajibkan mematuhi  Sistem Daftar Masuk yang telah disediakan setiap kali memasuki Perpustakaan.

⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩
Langkah 1 : ⏩ Pengunjung hendaklah mengisi  maklumat dengan lengkap dalam Sistem Daftar Masuk Ke Perpustakaan terlebih dahulu.

Langkah 2 : ⏩ Pengunjung hendaklah mengambil 1 tag nombor bilangan pengunjung. Pengunjung TIDAK DIBENARKAN berkongsi tag nombor.

Langkah 3 : ⏩ Pengunjung hendaklah meletakkan tag nombor di tempat yang sediakan (berhampiran kaunter ) sebelum meninggalkan Perpustakaan.

⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩

Diharapkan, semua pengunjung memberi kerjasama sepenuhnya demi kesejahteraan bersama.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
Kongsi:

Sumbangan Buku /Terbitan Bersiri 2022 : Terima Kasih En. Muhamad Firdaus bin Mohamad


7 Mac 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh) berbesar hati menerima sumbangan buku daripada En. Muhamad Firdaus bin Mohamad, Pensyarah IPG Kampus Ipoh. Beliau menyumbangkan buku berjudul Computer Networking : A Top-Down Approach. Terima kasih En. Firdaus diatas sumbangan buku ini.

Kongsi:

Anugerah Webmaster Aktif 2021 : Tahniah Pn. Nasimah bt Abdul Jal

4 Mac 2022 - Tahniah diucapkan kepada Pn. Nasimah bt Abdul Jal kerana telah menerima Anugerah Webmaster Aktif 2021. Anugerah tersebut disampaikan oleh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh semasa Perhimpunan Organisasi Bulan Mac 2022 dan Majlis Santunan Budi yang telah diadakan di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berasa bangga dan gembira diatas pencapaian ini. Semoga anugerah ini menjadi inspirasi untuk pencapaian yang lebih baik.


#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki
Kongsi:

Top Borrower Februari 2022 : Cik Catherine Lau Xiao Ying

2 Mac 2022 - Tahniah diucapkan kepada Cik Catherine  Lau Xiao Ying, pelajar Unit T10 IPG Kampus Ipoh kerana terpilih menjadi Top Borrower bagi bulan Februari 2022 👏👏👏

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#topborrower
Kongsi:

Selamat Datang : Cik Nur Atikah bt Ishak, Pelajar Latihan Industri (LI)

2 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengalu-alukan kedatangan Cik Nur Atikah bt Ishak, pelajar latihan industri  dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau. Pihak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Kepustakawanan. Semoga kedua-dua pihak mendapat manafaat bersama.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#pelajarlatihanindustri
#uitm
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung