• ;
  • ;

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1443H



Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat semua muslimin dan muslimat. Semoga  hari kemenangan ini mengeratkan ukhwah silaturrahim.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin 🥰

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
Kongsi:

Program WORLD #QuranHour 1443 H

26 April 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh  dengan kerjasama JAPIM telah menganjurkan Program WORLD #QuranHour dengan jayanya. Program ini bertemakan Bangsa Berbudi dan penyayang. Dengan membawa misi Surah Al-Sajdah, sesi tadabur disampaikan oleh Dr. Saidah bt Haris @Harith dan Ustazah Noracyhan bt Mohamad Bakri. Alunan ayat suci Al-Qur'an dibacakan oleh saudara Mohd Farhan bin Mohd Fuzi, Unit V12. Peserta terdiri daripada kalangan kakitangan IPG Kampus Ipoh dan pelajar Unit V12, V13 dan V14. 
Program ini diadakan di Ruang Bacaan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan disiarkan secara langsung melalui platform Facebook Perpustakaan. Program ini sangat bermaafaat kepada semua peserta.

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#world #quranhour
Kongsi:

Hebahan : Program WORLD #QuranHour

Kita imarahkan bulan Ramadan tahun ini dengan Program WORLD #QuranHour. Di peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, program tersebut akan di adakan pada ketetapan berikut :

Tarikh:  26 April 2022 / 24 Ramadan 1443H  (Selasa) 
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Apa perlu anda lakukan.?
Duduk di rumah atau ruang kerja anda atau di mana sahaja anda berada bersama Al-Quran / Al - Quran Terjemahan. (Surah Al-Sajdah, m.s 415 - 417)

#quranhouripgki2022
#WorldQuranHour2022
Kongsi:

Pertandingan Mewarna Sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

21 April 2022 - Sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit , Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Prasekolah Seri Mawar telah menganjurkan Pertandingan Mewarna dalam kalangan anak-anak didik di Prasekolah Seri Mawar.

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan tahniah kepada adik Siti Areej Balqis (Tempat Pertama), adik Muhd Aish Ibrahim (Tempat Kedua) dan adik Haura Dayana (Tempat Ketiga).
Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh En. Ahmad Jalalulail bin Abd Manab, selaku Ketua Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Norzety bt Abdul Aziz, Pn. Shamsiaton bt Ilyas, Pn. Sabariah bt Khairuddin dan Pn. Nazariah bt Mat Mizar  atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang pertandingan ini berlangsung.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#prasekolahserimawar
#jombaca2022
#bangkitbersama #bersyukur



Kongsi:

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit



21 April 2022 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan dapat melaksanakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dengan jayanya.  

Di peringkat Institusi Pendidikan Guru Kampus Ipoh, program ini telah dilaksanakan pada jam 10.30 pagi - 10.40 pagi di Dewan Seri Tanjung atas faktor kesesuaian masa dan tempat  siswa/siswi iaitu selepas berlangsungnya Program Bicara Warkah Cinta Tuhan.  Pada masa yang sama, Program Jom Baca juga dilaksanakan dalam kalangan peserta Bengkel Vaksin Diri Melalui Terapi Kreatif  di Mini Teater dan anak-anak didik Prasekolah Seri Mawar serta pengunjung di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. 

Unit Perpustakaan merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih diatas kerjasama Jabatan Pengajian Agama Islam dan Moral (JAPIM) , Unit Psikologi dan Kaunseling , Jabatan Ilmu Pendidikan  dan seterusnya semua warga kampus yang menyertai dan menyokong pelaksanaan program ini walau di mana pun berada.

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah disiarkan secara langsung di platform Youtube pada minit ke 1:58:32



#leadingfuturemodelteacher

#ipgkibethefirst

#makeadifference

#jombaca2022

#pnm

#perpustakaanipgki

Kongsi:

Hebahan : Program Bicara Warkah Cinta Tuhan

 


21 April 2022 - Program Bicara Warkah Cinta Tuhan anjuran JAPIM dengan kerjasama Bank Islam Cawangan Ipoh.

Bagi yang tidak dapat hadir, program ini juga disiarkan secara langsung di platform Youtube
😉



Kongsi:

Hebahan : Pertandingan Gambar Menarik Jom Baca Bersama 10 Minit Bagi Tahun 2022


 

Jom Baca Bersama-sama Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Semua warga IPG Kampus Ipoh dan warga Maya Perpustakaan IPGKI seluruh Malaysia.

Walau apa pun yang anda lakukan berhenti sejenak dan Jom Baca Bersama secara serentak iaitu:

1⃣ Pada 21 April 2022 tepat pukul 11.00 pagi (Khamis)
2⃣Di mana-mana anda berada.
3️⃣Klik like / tanda suka pada paparan poster Jom Baca 10 Minit di media sosial Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
4️⃣Muat naik gambar anda membaca bersama buku/e-buku/bahan bacaan yang lain di FB/IG/TWITTER/TIKTOK ke media sosial sendiri.
5️⃣Tagged media sosial Perpustakaan IPG Kampus Ipoh bersama kapsyen yang menarik.
6️⃣Letakan tanda pagar

#jombacaipgki2022
#malaysiamembaca
#bangsamembacabangsaberjaya
#jombacabersama10minit2022
#bangkitbaca #bersyukur

📸 Tarikh tutup : 21 April 2022 Jam 4.00petang📸

Adakah gambar anda yang kami cari?

Gambar & kapsyen menarik melalui undian Like terbanyak akan menerima hadiah misteri daripada Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

Jom sertai kami!!

#jombacaipgki2022
#malaysiamembaca
#bangsamembacabangsaberjaya
#jombacabersama10minit2022
#bangkitbaca #bersyukur 

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung