• ;
  • ;

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 3/2022

8 Jun 2022 - Unit Perpustakaan telah mengadakan Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 3/2022 di Bilik Akses, Perpustakaan. Mesyuarat ini membincangkan strategi tugas semasa dalam kalangan staf dan pelajar latihan industri di Perpustakaan.  Diharapkan perbincangan ini dapat menambahbaik sistem pengurusan di Perpustakaan.

#perpustakaanipgki
#ipgkithefirst
#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference


Kongsi:

Selamat Hari Pustakawan Malaysia

6 Jun 2022 - Selamat Hari Pustakawan Malaysia buat semua Pegawai dan Kakitangan  Perpustakaan di seluruh negara.. Perpustakaan akademik, khusus, institusi, awam dan desa ..

Teruslah berkhidmat kepada masyarakat walau di mana anda bertugas. Bersama membina masyarakat yang rajin membaca 🥰
Mari terus berusaha menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. 💪💪💪

"Tiada Sesiapa Yang Tertinggal : Perpustakaan Sebagai Agen Perubahan"

Buat team di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin, Pn. Sabariah Khairuddin, Pn. Sharmila bt Siron, Pn. Nasimah Abdul Jal, Pn. Nazariah Mat Mizar dan En. Mustafa bin Isram, tidak lupa kepada pelajar industri Cik Nur Atikah Ishak serta Cik Nur Syahira bt Mohd. Ira Fesal  .. terima kasih sentiasa berkerjasama 🥰
Selamat Hari Pustakawan ..bukan hanya sebab tugas moga ukhwah sesama kita sentiasa baik dan mesra 🥰

#HariPustakawan
#Thrivingforthenation
#libraryinmyheart
#bangsamembacabangsaberjaya
#leadingfuturemodelteacher #ipgkithefirst #makeadifference #Perpustakaanipgikampusipoh #perpustakaanipgki #ipgkampusipoh #membacavaksinminda #perpustakaannegaramalaysia
#upustaka

Kongsi:

Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Perak

31 Mei 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah membuat lawatan penanda aras ke Jabatan Arkib Negara Malaysia (JANM) Cawangan Negeri Perak. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua kakitangan Perpustakaan dan pelajar latihan industri dalam proses pelupusan buku/dokumen dengan lebih jelas. Diharapkan perkongsian pihak JANM Cawangan Negeri Perak dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan di Perpustakaan. Terima kasih kepada JANM Cawangan Negeri Perak atas layanan baik yang diberikan.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
Kongsi:

Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang Peringkat IPG Kampus Ipoh Bagi Tahun 2021 : Tahniah Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsudin


24 Mei 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin atas Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang peringkat IPG Kampus Ipoh bagi tahun 2021. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Dato' Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 & Jalinan Mesra Aidilfitri 2022 yang telah berlangsung di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.

Moga moment indah ini menjadi inspirasi dan penyuntik semangat dalam kalangan pegawai dan kakitangan di Perpustakaan untuk meningkatkan prestasi pada masa akan datang.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penerima anugerah.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst 
#makeadifference
#GoGlobal
Kongsi:

The Ultimate Ramadhan Quiz : Tahniah Cik Nur Atikah bt Ishak



20 Mei 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Nur Atikah bt Ishak (pelajar Latihan Industri) kerana mendapat tempat ketiga dalam The Ultimate Ramadhan Quiz  anjuran Highly Immersive Program IPG Kampus Ipoh. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh semasa Perhimpunan Pelajar Bagi Bulan Mei 2022 dan Majlis Santunan Budi bertempat di Dewan Seri Tanjung. Perhimpunan tersebut telah disiarkan secara langsung di platform youtube.


Tahniah kepada semua pemenang iaitu Pn. Besira Bibi , En. Mohamad Nurul Azmi Mat Nor , Tan Ai Lee, Ooi Soo Yuan, Cik Raguna Arumugam 🎊🎉👏👏👏

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki 

Kongsi:

Selamat Hari Guru

16 Mei 2022 - Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di Malaysia terutamanya kepada warga IPG Kampus Ipoh walau di mana pun berada. Teruskan usaha menjadi seorang guru yang cemerlang dalam mendidik anak bangsa. 

"Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA"

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#happyteachersday2022
Kongsi:

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1443H



Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat semua muslimin dan muslimat. Semoga  hari kemenangan ini mengeratkan ukhwah silaturrahim.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin 🥰

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung