• ;
  • ;

Sumbangan Buku 2023 : Terima Kasih Pn . Radha a/p T. Gandi

12 Januari 2023 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku daripada Pn. Radha a/p T.Gandi, Pensyarah Akademik Jabatan sains Sosial yang bertajuk Selusuri Ceritera Bernokhtah.

Buku ini memuatkan karya pertama Pn. Radha dalam bidang penulisan. Tahniah Pn. Radha..

Buku ini menjadi koleksi tambahan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh sebagai bahan bacaan di perpustakaan. Semoga buku sumbangan ini memberikan inspirasi kepada kita.

#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#sumbanganbuku2023  

#2023libipgki

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

#membacavaksinminda

Kongsi:

Hebahan : Read & Share @ LIBIPGKI: Book Review




Assalamualaikum w.b.t, danS alam Sejahtera,

Salam IPGKI Membaca.


Read & Share @ LIBIPGKI: Book Review


Perhatian kepada semua warga IPG Kampus Ipoh, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati akan mengadakan sebuah pertandingan berkonsepkan “Book Review”. Terdapat 2 kategori dipertandingkan iaitu penciptaan poster/infografik dan video pendek. Ulasan yang menarik, dan gaya penghasilan yang kreativiti bakal menampilkan hadiah yang menarik. 


Berikut adalah ketetapan program tersebut:

Tarikh tutup pertandingan: 26 Januari 2023

Link Pautan penyertaan: 

https://forms.gle/tss9Hfwf2GLkTgmv6 


Setiap peserta perlu mengisi pautan Google Form untuk pendaftaran dan sertakan link untuk bahan pertandingan.


Tunggu apa lagi? Berkemungkin anda adalah pemenang yang kami cari. Jadi ayuh sertai pertandingan READ & SHARE 2 LIBIPGKI: BOOK REVIEW. 


Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi:

Putri: 014-9475212


"MEMBACA SENTIASA INTELEKTUAL DIPERKASA"


Anjuran,

Unit Perpustakaan

IPG Kampus Ipoh.


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#readshareLIBIPGKI 

#2023bookreviewipgki

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

Kongsi:

Program Kolaboratif Tandang Citra Sastera Universiti Sains Malaysia Dengan Kerjasama Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh dan Perpustakaan


6 Januari 2023 -  Unit Pengajian Melayu bersama Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah berjaya mengadakan Program Kolaboratif Tandang Citra Sastera bersama mahasiswa Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia. Program ini berlangsung dari 5-7 Januari 2023 di Dewan Seri Tanjung dan Dewan Seri Melati.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh. Turut hadir Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa PPIP, Universiti Sains Malaysia, Dr. Fadzilah Amzah, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, En. Shamsudin bin Abu bakar, Ketua Unit Perpustakaan, En. Hasri bin Abu dan Para Pensyarah IPG Kampus Ipoh.

Program bertujuan memperkasa pengetahuan pedagogi dalam pengajaran sastera. Semoga program ini dapat memberi impak positif kepada peserta yang terlibat dan mengukuhkan lagi hubungan di antara USM dan IPG Kampus Ipoh khususnya dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu.

" Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa "

#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#programbersama2023  

#2023perpustakaanipgki

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference




Kongsi:

Hebahan : Program Kolaboratif Tandang Citra Sastera

 


Kerjasama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia dengan Jabatan Pengajian Melayu & Unit Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh .


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

Kongsi:

Pameran Bertema : Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, IPG Kampus Ipoh

Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, IPG Kampus Ipoh telah menghasilkan pameran bertema Jabatan di sudut Seri Refflesia dalam Unit Perpustakaan. 


Pameran yang disediakan adalah bertemakan “PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN MEMACU KESEJAHTERAAN HIDUP”. Tema ini adalah bertepatan dengan amalan dan budaya yang sentiasa dilazimi oleh para pensyarah dan penuntut program Jabatan PJPK IPG Kampus Ipoh. Ianya diserlahkan dalam pelbagai bentuk amalan; antaranya amalan pemakanan sihat, beriadah sekitar kampus, bertanding dalam acara sukan seperti KAGUM serta menghayati nilai estetika dalam pergerakan manusia tatkala memberi sokongan kepada pasukan Malaysia dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah.


Peranan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di IPG Kampus Ipoh berfungsi untuk membekalkan siswa guru dengan ilmu yang membolehkan mereka mendorong lahirnya masyarakat yang aktif, cergas dan sihat selaras dengan hasrat melahirkan guru yang kompeten, berilmu dan kalis masa hadapan. Bak kata pepatah Latin yang kekal relevan selama-lamanya “Mens sana en corpore sano”, minda yang waras letaknya di dalam tubuh yang sihat.


Antara bahan yang dipamerkan ialah bahan-bahan rujukan akademik berkaitan dengan Pendidikan Jasmani, Kesihatan, Pemakanan, Kaedah Latihan serta Fisiologi senam.


Selain itu, dipamerkan juga model tubuh manusia dengan organ-organ dalaman yang boleh dicerai dan dipasangkan semula. Tidak ketinggalan, model beberapa sendi utama tubuh juga dipertontonkan.


Semoga pameran ini dapat memberi panduan yang jelas kepada para pengunjung agar proses pembelajaran mahupun amalan sebarang aktiviti fizikal menjadi lebih bermakna sepertimana yang disarankan dalam konsep KPPB, bukannya sekadar omongan dan persembahan canggih di dunia maya.

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#perpustakaanipgki

#perpustakaanipgikampusipoh 

#pameranbertema

#sudutserirafflesia




Kongsi:

Top Borrower Bulan Oktober 2022 : Shalena Kaur a/p Harvinder Singh

Tahniah diucapkan kepada Shalena Kaur a/p Harvinder Singh, pelajar Unit Y4 IPG Kampus Ipoh kerana terpilih menjadi Top Borrower bagi bulan Oktober 2022    

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#topborrower
Kongsi:

Sumbangan Buku : Tahniah Dan Terima Kasih Unit T10 Dan X13

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan tahniah kepada Unit T10 dan X13 kerana telah berjaya menerbitkan buku. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati menerima sumbangan buku ini dan menjadi bahan bacaan serta rujukan di Perpustakaan.

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung