• ;
  • ;

Keputusan Pertandingan Bergambar Jom Baca 10 Minit Anjuran Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

 BACA BINA INSAN

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BERGAMBAR JOM BACA 10 MINIT ANJURAN PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH.




Dengan penuh kegembiraan, kami ingin mengumumkan hasil pertandingan bergambar 'Jom Baca 10 Minit' yang dianjurkan oleh Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Tahniah kepada pemenang-pemenang yang Berjaya : 


📚 Cik Maizatul Awra binti Abd Wahab – Kaunter Khidmat Pelanggan


📚 Pn. Norbiha binti Jahya – Kaunter Khidmat Pelanggan


Kami amat menghargai usaha semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan semangat membaca. Gambar-gambar yang dihantar memperlihatkan betapa pentingnya aktiviti membaca dalam pembelajaran dan perkembangan diri. Teruskan semangat membaca anda dan sertai acara-acara akan datang.


Terima kasih atas penyertaan anda dalam pertandingan ini."


🎁Hadiah bagi pemenang yang diumumkan boleh dituntut di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh🎁


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


#perpustakaanipgki 

#jombacaipgki2023

#jombacabersama2023

#BacaBinaInsan

#malaysiamembaca

Kongsi:

Keputusan Pertandingan Selfie dan Bergambar Sempena Hari Raya Aidil Fitri Anjuran Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

 SERONOKNYA RAYA !!!

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SELFIE DAN BERGAMBAR SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH.





"Dengan sukacitanya kami mengumumkan keputusan pertandingan selfie dan bergambar sempena Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Tahniah kepada pemenang-pemenang pertandingan ini:


📸 En. Zainal Azhar bin Jamaludin - Unit Pembangunan


📸 Dr. Suliana binti Wan Chik – Unit Pengajian Inggeris


📸 Pn. Mazida binti Zaidan – Unit Khidmat Pengurusan


Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah menghantar gambar-gambar kreatif mereka. Semua gambar memperlihatkan semangat kegembiraan dan keindahan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. 


Teruskan menunjukkan bakat kreatif anda dalam acara-acara akan datang.


Terima kasih atas penyertaan anda dalam pertandingan ini.


🎁Hadiah bagi pemenang yang diumumkan boleh dituntut di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh🎁


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


#kenanganberayadiipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#raya2023

#libraryipgki2023

Kongsi:

Majlis Perasmian Pesta Buku Perak 2023


4 Ogos 2023 – En. Hasri bin Abu, Ketua Unit Perpustakaan bersama Encik Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh telah berkesempatan untuk memenuhi undangan Perpustakaan PPANPk dalam Majlis Perasmian Pesta Buku Perak di AEON Mall Ipoh, Klebang, Perak Darul Ridzuan. Majlis Perasmian Pesta Buku Perak 2023 dengan tema “Lestarikan Budaya, Martabatkan Warisan” telah disempurnakan oleh YB Tuan Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak mewakili YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. 

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"




#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#PerpustakaanPPANPk


Jom ikuti kemeriahan Pesta Buku Perak 2023 di pautan media sosial PPANPk:

Facebook: https://www.facebook.com/PPANPK 

Instagram: https://www.instagram.com/peraklibrary 

Tiktok: https://www.tiktok.com/@perakstatelibrary 

Portal: https://www.ppanpk.gov.my


MOH KITE WEH!!!

“Lestarikan Budaya, Martabatkan Warisan”

Kongsi:

Bual Bicara Bersama Penulis : Bonda Nur

 


4 Ogos 2023 - En. Hasri bin Abu, Ketua Unit Perpustakaan, bersama staf perpustakaan dan pensyarah IPG Kampus Ipoh telah berkesempatan untuk memenuhi undangan Perpustakaan PPANPk dalam Pesta Buku Perak 2023 dalam slot Bual Bicara Bersama Penulis : Bonda Nur. 


Slot Bual Bicara Bersama Penulis ini turut dihadirkan bersama beberapa penulis terkenal bagi berkongsi karya penulisan masing-masing. Antaranya penulis Aziana Ar dan Bonda Nur sendiri bagi buku berjudul Penulis Urus Rezeki. Buku Penulis Mat Rider bersama penulisnya iaitu Bonda Nur, Nadhirah Arib, Khadijah Mohad Nor dan Faizah Ahmad. Manakala Rafiuddin Rohani, Hamka Idris, Rozilawati Mohamed dan Zulkifli Che Noh mengulas buku terakhir berjudul Penulis Ikon X. 


Perkongsian penulis menerusi bual bicara sebegini telah memberi peluang kepada peserta untuk bersama-sama menyelami jerit perih dan suka duka dunia kreatif yang sebenar selain menarik minat peserta untuk menghasilkan karya berkualiti serta memberi mesej positif kepada masyarakat.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#PerpustakaanPPANPk


Jom ikuti kemeriahan Pesta Buku Perak 2023 di pautan media sosial PPANPk:

Facebook: https://www.facebook.com/PPANPK 

Instagram: https://www.instagram.com/peraklibrary 

Tiktok: https://www.tiktok.com/@perakstatelibrary 

Portal: https://www.ppanpk.gov.my


MOH KITE WEH!!!

“Lestarikan Budaya, Martabatkan Warisan”

Kongsi:

Bengkel Kerja Penyediaan dan Pemurnian Buku Laporan Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 2022



17 hingga 19 Julai 2023 – En. Hasri bin Abu, Ketua Unit Perpustakaan di IPGK Ipoh, telah menghadiri Bengkel Kerja Penyediaan dan Pemurnian Buku Laporan Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 2022 di Hotel Prescott, Kuala Lumpur sebagai Naib Pengerusi buku laporan tahunan 2022. 


Tujuan dari bengkel ini adalah untuk membantu jawatankuasa buku laporan tahunan 2022 IPG Kampus Ipoh dalam menyusun dan memperbaiki laporan tahunan di jabatan/unit masing-masing.


Semoga melalui bengkel ini, laporan tahunan yang disusun akan menjadi sumber maklumat yang bermanfaat dan membantu dalam pembangunan dan kemajuan Unit Perpustakaan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh di masa hadapan. 


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#story

#laporantahunan2022

Kongsi:

Salam Maal Hijrah



SALAM MAAL HIJRAH 1445 H.


Doa Awal Tahun: Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya. Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.


Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan. Amin ya Rabbal 'alamin.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#1445H

#salammaalhijrah

Kongsi:

Bicara Bedah Buku 'Man Are From Mars, Woman Are From Venus' @Library



13 Julai 2023 - bertempat di ruang bacaan, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah diadakan bicara bedah buku yang menarik bertajuk "Man Are from Mars, Woman Are from Venus". Bicara bedah buku ini dijalankan dengan tujuan untuk mendalami kandungan ringkasan maklumat kursus (RMK) FKIK3013 kekeluargaan Islam dan berjaya menarik perhatian pengunjung yang berminat untuk mendalami topik hubungan antara lelaki dan perempuan yang diungkapkan dalam buku terkenal karya John Gray. Bicara bedah buku ini merupakan salah satu syarat untuk melengkapkan kursus pengajian pelajar PISMP Ambilan Jun 2020. 


Secara keseluruhan, bicara bedah buku "Man Are from Mars, Woman Are from Venus" memberikan pemahaman mendalam tentang perbezaan jantina dalam hubungan, meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara pasangan, serta memberikan tips rumahtangga dalam menciptakan hubungan yang lebih harmoni dan bahagia kepada peserta. 


Diharapkan pengetahuan yang diperoleh dari bicara bedah buku ini akan bermanfaat bagi para peserta dalam kehidupan peribadi dan profesional mereka.


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#bedahbuku

#kolaborasi

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference






Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung