• ;
  • ;

Sumbangan Buku : Terima Kasih En. Mohd Faizul

 TERIMA KASIH : SUMBANGAN BUKU📚📚



5 Febuari 2024 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku daripada PPD Bagan Datuk yang telah disampaikan oleh En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, bertajuk "Jurnal Penyelidikan Tekad Bestari".


Sumbangan buku ini kini menjadi sebahagian daripada koleksi Jurnal di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh. Terima kasih atas sumbangan yang berharga ini.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki2024

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#membacavaksinminda

#sumbanganbuku2024

Kongsi:

Hebahan : Jom Sertai Video Resensi Buku @Perpustakaan IPGMKI

JOM SERTAI VIDEO RESENSI BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGMKI !


KAMI MAHUKAN VIDEO RESENSI BUKU ANDA😊


Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh dalam usaha menyokong pelaksanaan program resensi buku di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus (IPGMK) sebagai aktiviti tahunan bagi membudayakan amalan membaca sepanjang hayat.


📝Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua warga IPGM Kampus Ipoh.


📍Ayuh sertai kami di pautan : https://forms.gle/aYpED4tKJY8fYm2Y8 atau dengan mengimbas Kod QR pada poster.


Sila ikuti kami di laman FB dan Instagram Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh:

FB: Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh 

INSTAGRAM: @perpustakaanipgkampusipoh


🔴🔴🔴🔴

4 langkah mudah untuk sertai pertandingan ini:

1. Rakam video ulasan buku anda tidak melebihi durasi 3 minit.

2. Pilihan buku adalah daripada koleksi perpustakaan IPGMKI dan boleh dari pelbagai genre.

3. Tidak mengutarakan isu-isu sensitif.

4. muat naik video resensi buku di pautan :: https://forms.gle/aYpED4tKJY8fYm2Y8 atau dengan mengimbas Kod QR pada poster.

🔴🔴🔴🔴


Terus ikuti kami di laman FB dan Instagram perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk sebarang maklumat lanjut tentang pertandingan ini.


JOM PINJAM, BACA DAN RESENSI BERSAMA!


#ResensisIPGM #IPGMMembaca #MalaysiMembaca

#ResensiIPGMKI #IPGMKIMenbaca #PerpustakaanIPGMKI

Kongsi:

Program Kapsul Rohani dan Majlis Bacaan Yaasin Mingguan



2 Februari 2024 - Alhamdullilah.. semua muslimin dan muslimat IPGMK Ipoh berkumpul dalam satu program Kapsul Rohani Dan Majlis Bacaan Yasin Mingguan yang diadakan di Perpustakaan IPGMK Ipoh. Khalifah bacaan Yasin di ketuai oleh Dr. Yusoff bin Yaacob dan pengisian kapsul rohani disampaikan oleh Dr. Fhakhrurazi bin Abdul Halim. 


Dalam doa penutup, harapan dipersembahkan agar perjalanan dan pekerjaan sepanjang tahun 2024 diberkati oleh Allah. Semoga segala usaha dan amalan yang dilakukan para warga IPGMK Ipoh membuahkan hasil yang baik, dan Allah swt meletakkan kita dalam posisi terbaik sepanjang tahun ini. Aminn…


#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024 

#membacavaksinminda 

#bacaanyasin

Kongsi:

Sumbangan Buku 2024 : Terima Kasih En. Hasri

 

23 Januari 2024 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku daripada En. Hasri bin Abu, Penolong Pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, bertajuk "Jendela Ke Ruang Semesta".

Buku ini merangkumi pengalaman guru-guru perpustakaan dan media dari seluruh Perak.

Sumbangan buku ini kini menjadi sebahagian daripada koleksi Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, menambahkan variasi bahan bacaan di perpustakaan. Terima kasih kepada En. Hasri bin Abu atas sumbangan yang berharga ini.


📚📚📚📚📚📚📚📚📚📚


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki2024

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#membacavaksinminda

#sumbanganbuku2024

Kongsi:

Hebahan : Tahniah & Selamat Datang En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar



Tahniah dan Selamat Datang kepada En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar atas pelantikan sebagai Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh! Warga Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh turut berbesar hati menyambut kedatangan En. Badrul Hisham dalam peranan baru ini.


Kepakaran dan pengalaman En. Badrul Hisham diharapkan akan menjadi aset berharga dalam memimpin Unit Perpustakaan. Kami yakin dengan kepemimpinan yang cemerlang, Unit Perpustakaan akan terus mengukir kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti IPGM Kampus Ipoh.


Semoga perjalanan En. Badrul Hisham sebagai Ketua Pusat Sumber membawa kejayaan dan kemajuan kepada seluruh perkhidmatan perpustakaan. Warga Perpustakaan berharap agar kolaborasi yang erat antara beliau dan seluruh anggota perpustakaan dapat membawa Unit Perpustakaan ke aras yang lebih tinggi.


Tahniah sekali lagi kepada En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar. Semoga setiap langkah yang diambil membawa manfaat dan kecemerlangan kepada IPG Kampus Ipoh. Teruskan usaha dalam memajukan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan!


#perpustakaanipgmki 

#libraryipgmki2024 

#membacavaksinminda

Kongsi:

Tahniah & Selamat Maju Jaya : En. Hasri bin Abu



Kami, kakitangan Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh, ingin merakamkan ucapan terima kasih yang mendalam atas segala jasa dan bakti yang telah diberikan oleh En. Hasri sepanjang tahun 2023.


Kepakaran dan komitmen En. Hasri dalam memajukan Unit Perpustakaan sangat dihargai. Sumbangan yang tidak ternilai dalam mengembangkan dan meningkatkan perkhidmatan perpustakaan telah mencipta impak positif kepada komuniti IPGM Kampus Ipoh.


Tahniah kepada En. Hasri bin Abu atas pelantikan sebagai Penolong Pengarah, Sektor Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak! Semoga kejayaan sentiasa menyertai langkah-langkah anda yang cemerlang di tempat baru. 


Sekali lagi, terima kasih En.Hasri atas segala pengorbanan dan perkhidmatan yang telah diberikan!


#perpustakaanipgmki 

#libraryipgmki2024 

#membacavaksinminda

Kongsi:

Peminjam Buku Pertama Tahun 2024



Tahniah kepada ADRIANA MAHIRAH BT A. NIZAR dan NUR AMALIA HAZIRAH BINTI MOHD YUNUS – Pelajar Unit X8 sebagai 'Peminjam Buku Pertama 2024' di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh! 👏🏻👏🏻


Sebagai tanda penghargaan, pihak perpustakaan berbesar hati memberikan hadiah kepada kedua-dua pelajar. Semoga pemberian ini menjadi pembakar semangat untuk terus memupuk minat membaca.


Jangan lupa untuk terus menyokong program perpustakaan dan jom meminjam buku di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh. Terima kasih atas sokongan anda dalam menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga kampus.


📒JOM PINJAM BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGM KAMPUS IPOH📒


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki 

#libraryipgmki2024 

#membacavaksinminda

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung