• ;
  • ;

Sumbangan Buku : Terima Kasih En. Azhar

 TERIMA KASIH : SUMBANGAN BUKU ๐Ÿ“š๐Ÿ“š

18 Mac 2024 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku-buku daripada En. Azhar bin Osman, Ketua Jabatan, Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGMKI.


Untuk makluman, En Azhar akan menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awan pada 21 Mac 2024 dan beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh pada tahun 2014 hingga 2015.


Sumbangan buku ini kini menjadi sebahagian daripada koleksi di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh. Terima kasih atas sumbangan yang berharga ini.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki2024

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#membacavaksinminda

#sumbanganbuku2024

Kongsi:

Majlis Bacaan Yasin Mingguan dan Soal Jawab Fiqh Ramadan

 MAJLIS BACAAN YASIN BULAN MINGGUAN 2024 DAN SOAL JAWAB FIQH RAMADAN IPGM KAMPUS IPOH.


8 Mac 2024 - Majlis Bacaan Yasin Mingguan telah diadakan di Perpustakaan IPGMK Ipoh dengan penuh keberkatan. Bacaan Yasin telah diketuai oleh AF Ustaz Khairil Izuan bin Ibrahim, pensyarah akademik Jabatan JAPIM.


Sehubungan dengan bulan Ramadan yang semakin hampir, dalam Kapsul Rohani ini peserta berpeluang menimba ilmu Fiqh Puasa Ramadhan melalui sesi soal jawab yang disampaikan oleh S.S Dato' Hj. Asad bin Awang, pakar di Majlis Fatwa Negeri Perak.


Semoga majlis ini memberi manfaat yang besar kepada semua peserta dan mempersiapkan rohani mereka untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia.


#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024 

#membacavaksinminda 

#bacaanyasin





Kongsi:

Top Borrower Februari 2024 : Tahniah

 JOM PINJAM BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGM KAMPUS IPOH.๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š


'TOP BORROWER OF THE MONTH' BULAN FEBRUARI 2024! ๐Ÿ‘๐Ÿป๐ŸŽ‰๐Ÿ‘๐Ÿป๐ŸŽ‰๐Ÿ‘๐Ÿป๐ŸŽ‰๐Ÿ‘๐Ÿป๐ŸŽ‰


Setinggi-tinggi tahniah kerana anda adalah peminjam buku terbanyak pada bulan Februari 2024.


Terima kasih atas keaktifan anda dalam menyertai kempen 'Jom Pinjam Buku' @Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh secara tidak langsung dapat memberikan sumbangan yang penting kepada promosi budaya membaca.


Teruskanlah kesungguhan anda dalam membudayakan literasi dan teruskanlah menyemarakkan semangat membaca di kalangan warga IPGMK Ipoh. Selamat membaca dan teruslah menjadi sumber inspirasi untuk orang lain! ๐Ÿ“š๐ŸŽ‰


๐ŸŽHadiah misteri untuk nama 'Top Borrower Februari 2024' boleh dituntut di Perpustakaan IPGMKI๐ŸŽ


๐ŸŽ‰TAHNIAH๐ŸŽ‰


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#perpustakaanipgmki2024

#Topborrower2024

#mohpinjambuku

#membacavaksinminda

Kongsi:

Resensi Buku @ Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh: Dr. Siti Hayati

 RESENSI BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGMKI

Resensi Buku Dr Siti Hayati

✒️Judul: Impressionist Masterpieces At The Jeu De Paume, Paris.

๐Ÿ“ฝ️Disampaikan oleh: Dr. Siti Hayati binti Mohd Yusoff, Jabatan Sains Sosial IPGMKI.

  

#ResensiIPGM #IPGMMembaca #MalaysiaMembaca

#ResensiIPGMKI #IPGMKIMembaca #PerpustakaanIPGMKI

Kongsi:

Resensi Buku @ Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh : Dr. Munirah

 RESENSI BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGMKI


Resensi Buku Dr Munirah


✒️Judul: Leardership-Theory, Application, & Skill Development.

๐Ÿ“ฝ️Disampaikan oleh: Dr. Munirah binti Abd Hamid, Jabatan Perancangan Penyelidikan & Inovasi, IPGM KI.


#ResensiIPGM #IPGMMembaca #MalaysiaMembaca

#ResensiIPGMKI #IPGMKIMembaca #PerpustakaanIPGMKI #perpustakaanipgmki2024 #membacavaksinminda

Kongsi:

Sumbangan Buku : Terima Kasih Pn. Hajah Normiza

 TERIMA KASIH : SUMBANGAN BUKU



Februari 2024 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku bertajuk “Cabaran Sebuah Harapan” daripada Pn. Hjh. Normiza binti Mohd, Pensyarah Jabatan Perancangan Penyelidikan & Inovasi, IPGMKI. Buku ini terkandung hasil penulisan Pn. Hjh. Normiza pada mukasurat 108 dengan tajuk ‘Perjalanan PhD-ku.


Sumbangan buku ini kini menjadi sebahagian daripada koleksi di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan staf di IPGM Kampus Ipoh, serta menjadi sumber inspirasi dan ilmu yang berguna. Terima kasih atas sumbangan yang berharga ini.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki2024

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#membacavaksinminda

#sumbanganbuku2024

Kongsi:

Penerbitan Buku : Tahniah Pn Sumati Muniandy




Syabas dan tahniah kepada Pn Sumati Muniandy, pensyarah Jabatan Bahasa, Unit Bahasa Inggeris kerana telah Berjaya menulis dan menerbitkan buku yang bertajuk “Shakespeare Unveiled: The Playful Pen’s legacy” dan “A Symphony of Words - Poems for Every Mood”


Maklumat buku adalah seperti berikut:

๐Ÿ“šTajuk : Shakespeare Unveiled: The Playful Pen’s legacy

๐Ÿ“ISBN-13: 979-887197071-3

✏️Published by: CIRS PUBLICATIONS, INDIA

https://www.cirsp.com/store/shakespeare-unveiled-the-playful-pen-s-legacy


๐Ÿ“šTajuk : A Symphony of Words - Poems for Every Mood

๐Ÿ“ISBN: 9789393695949

✏️Publisher: Noel Lorenz House of Fiction

https://store.pothi.com/book/sumati-muniandy-symphony-words-poems-every-mood/ 


Semoga penulisan buku ini menjadi sumber inspirasi, pengetahuan, dan hiburan yang berharga bagi mereka yang membacanya serta dapat mencapai kejayaan yang besar dan memberikan manfaat kepada ramai pembaca. 


Syabas dan Tahniah.


๐ŸŒนMembaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa๐ŸŒน


#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024 

#membacavaksinminda 

#penerbitanbukuluar

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung