• ;
  • ;

Bengkel Literasi Media dan Maklumat

22 Julai 2024 - Unit Pusat Sumber telah mengadakan Bengkel Literasi Media dan Maklumat, bertempat di Dewan Seri Melati. IPGM Kampus Ipoh. Bengkel ini telah disampaikan oleh En. Muhammad Hisyamuddin bin Mohammed Noor, Pustakawan IPGM Kampus Ipoh. Seramai 43 orang pensyarah dan 160 orang pelajar siswa/siswi guru telah menghadiri bengkel ini. 


Semoga semua peserta diharap dapat memanafaatkan perkongsian ilmu pengetahuan sepanjang bengkel ini.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki

#bengkelliterasimediadanmaklumat

#ipgmkampusipoh










Kongsi:

Hebahan : Bengkel Literasi Media dan Maklumat

 


*Bengkel Literasi Media dan Maklumat*


Assalamualaikum WBT, 

Salam sejahtera,

Salam Malaysia MADANI dan

Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.


Unit Pusat Sumber IPGMKI akan menganjurkan Bengkel Literasi Media dan Maklumat seperti ketetapan berikut :


*🗓️Tarikh/Hari:* 22 Julai 2024 /Isnin

*⏰Masa:* 8.00 pagi

*⛳️Tempat:*  Dewan Seri Melati, IPGMKI


📝*Fasilitator*

En. Muhammad Hisyamuddin bin Mohammed Noor 

Pustakawan, IPGM Kampus Ipoh 


Sekian, terima kasih.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


#pusatsumberipgmki

#bengkelliterasimaklumat

Kongsi:

Majlis Peluncuran Buku : Antologi Anekdot Makanan Tradisional

 

18 hb Julai 2024 - Pusat Sumber telah mengadakan Majlis Peluncuran Buku yang di adakan di Dewan Seri Melati, IPGM Kampus Ipoh. Acara ini telah dirasmikan oleh Dr. Yusminah binti Mohd Yusof, Pengarah IPGM Kampus Ipoh. Turut hadir Dr. Hj. Mohd Taufik bin Hj. Ahmed, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ipoh, Puan Fimaris binti  Mohammad Ariff Pengarah Perpustakaan Universiti Petronas dan 30 orang pelajar Tingkatan 6 Atas berserta 3 orang  guru iringan dari SMK Dato Haji Mohd Taib Chemor.

Sebagai pengisian dalam majlis ini,  Pn. Ros Anita Kartini bt Mohamed Pensyarah Akedemik IPGM Kampus Ipoh telah memberi ulasan dan promosi buku yang berjudul Antologi Anekdot Makanan Tradisional yang baharu sahaja diterbitkan. Manakala sesi  Bicara Ilmiah "Masakan Sastera : Simbolisme dan Kepentingan Makanan Dalam Kesusasteraan" telah disampaikan oleh Dr. Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia.

Turut diadakan sesi demo memasak pengat pisang yang dikendalikan oleh  Pn. Hajah Normiza dan Tn. Haji Zain.

Majlis berakhir dengan pameran makanan- makanan tradisional yang merangkumi dari perlbagai lapisan masyarakat. 

Semoga majlis seperti ini memberi impak yang berguna justeru menjadikan makanan tradisional ini tidak hilang diarus zaman kepada generasi muda serta warga IPGM Kampus Ipoh amnya.

Jumpa lagi pada program Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh yang akan datang  ☺️☺️.


'Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa '

 

#PerpustakaanIPGKampusIpoh

#IPGM

#perpustakaannegaramalaysia 

#MalaysiaMembaca 

#PenjawatAwamMembaca 

#MalaysiaMadani 

#pbakl2024 

#pbakl 

#peluncuranbukuipgmkampusipoh










Kongsi:

Hebahan : Majlis Peluncuran Buku


Assalamualaikum WBT, 

Salam sejahtera,

Salam Malaysia MADANI dan

Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.


Unit Perpustakaan IPGMKI akan mengadakan majlis seperti ketetapan berikut :


*🗓️Tarikh:* 18 Julai 2024

*⏰Masa:* 8.30 pagi

*⛳️Tempat:*  Dewan Seri Melati, IPGMKI


📝*Dirasmikan oleh:*

Dr. Yusminah binti Mohd Yusof

Pengarah IPGMKI


📝*Bicara Ilmu:*

Dr. Mohamed Nazreen Shahul Hamid

Pensyarah Kanan, Universiti Utara Malaysia

Masakan Sastera :Simbolisme dan Kepentingan Makanan Dalam Kesusasteraan


📝*Ulasan buku:*

Pn. Ros Anita Kartini Mohamed

Pensyarah Akademik, IPGMKI


🌹*SEMUA DIJEMPUT HADIR*🌹


Sekian, terima kasih.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

Kongsi:

Bengkel Pembangunan Aplikasi AppSheet

 


26-27 Jun 2024 - Ketua Unit Praktikum bersama Perpustakaan IPGMK Ipoh sebagai fasilitator bengkal bimbingan pembangunan aplikasi appsheet kepada perpustakaan Perpustakaan Sultanah Hamimah, IPGMK Sultan Abdul Halim.


Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada Ketua Unit Pusat Sumber, Pustakawan dan Pembantu Pustakawan IPGMKSAH mengenai pembangunan aplikasi appsheet bagi tujuan pegurusan koleksi bahan perpustakaan dan perkhidmatan sirkulasi di IPGMKSAH.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'


#pusatsumberipgmki 

#ipgmkampusipoh

Kongsi:

Hebahan : Pemakaian Kad Matrik Bagi Pelajar IPGM Kampus Ipoh



Perhatian kepada semua pelajar IPGM Kampus Ipoh 🔊🔊📡📡

Penggunaan kad matrik di Pusat Sumber telah dikuatkuasakan. 

Kerjasama anda amatlah dihargai 🥰


#perpustakaanipgki

Kongsi:

Selamat Hari Pustakawan Malaysia 2024

 


SELAMAT HARI PUSTAKAWAN MALAYSIA 2024!! 🥳🎉🎉

6 Jun 2024 - Selamat menyambut Hari Pustakawan Malaysia kepada semua pustakawan dan juga warga kerja perpustakaan di seluruh Malaysia.

"Mengkalis Masa Hadapan Perpustakaan"

Berinovasi, Beradaptasi, Cemerlang

Terima kasih kepada warga kerja Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang setia dan terus bersama-sama menjadi tulang belakang Perpustakaan. Tidak lupa juga buat semua warga IPG Kampus Ipoh yang selalu memberi bantuan dan menyokong kami di Perpustakaan. 


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa" 


#perpustakaanipgki 

#perpustakaanipgkampusipoh 

#HariPustakawanMalaysia

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung