• ;
  • ;

Anugerah Khidmat Terpuji : Tahniah Pn. Nazariah bt Mat Mizar

21 Ogos 2024 (Rabu) - IPGM Kampus Ipoh telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023, bertempat di Dewan Seri Tanjung.


Unit Pusat Sumber berasa gembira dan bangga atas pencapaian  Pn. Nazariah bt Mat Mizar sebagai penerima Anugerah Khidmat Terpuji.

Semoga moment indah ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada semua pegawai dan kakitangan khususnya di Unit Pusat Sumber.


Tahniah Naja Nazariah Mizar  🥳🎉🎊

We proud of you girl 🥳🎉..


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'"


#majlisanugerahperkhidmatancemerlang

#ipgmkampusipoh

#apc2023




 

Kongsi:

Bengkel Penghasilan Karya Kreatif Anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perak Cawangan Kuala Kangsar

 

Gambar: 10 orang pelajar dapat menghasilkan karya yang baik

10 Ogos 2024 (Sabtu) - Unit Pusat Sumber berasa gembira dan bangga dengan penglibatan Pn. Ros Anita Kartini binti Mohamed (Pensyarah Akademik) dalam Bengkel Penghasilan Karya Kreatif anjuran Perpustakaan Negeri Perak Cawangan Kuala Kangsar. Beliau sebagai fasilitator dalan bengkel tersebut telah memberi bimbingan menulis karya anekdot kepada seramai 30 orang pelajar dari SMK Raja Perempuan Kalsom dan SM Agama Sultan Idrisiah. Karya yang cemerlang akan dibukukan oleh Perpustakaan Awam Negeri Perak Cawangan Kuala Kangsar.


Tahniah Pn. Ros Anita Kartini 🎉🎊🥳


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa''


#pusatsumberipgmki

#ipgmkampusipoh

#perpustakaanawamnegeriperakcawangankualakangsar











Kongsi:

Bazar Buku Perak

02 Ogos 2024 (Jumaat ) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah mengunjungi Bazar Buku Perak di Ipoh Convention Center (ICC). Kunjungan ini sebagai sokongan padu kepada penganjuran Bazar Buku Perak. Terdapat pelbagai aktiviti menarik  yang kita boleh sertai. Peserta juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku bacaan dengan kadar harga yang berpatutan. Selain itu, peserta juga dapat merapatkan ukhwah yang baik .


Kepada warga Ipoh dan sekitarnya...moh kiter gi Bazar Buku Perak 🥳🎊🎉


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki

#bazarbukuperak






Kongsi:

Hebahan : Penerbitan Jurnal Berimpak Tinggi

 

Penerbitan jurnal berimpak tinggi dalam kategori Scopus Q1 dan Q2 oleh pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Ipoh adalah seperti berikut:

Dr Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi:

1. "Prosedur ATLAS.ti Bersistematik; Pembinaan Kata Kunci Utama" - Q2 

2. "Model of Teaching Malay Language to Non-Native and Foreign Speaker" - Q1


Mohd Sufian bin Ismail:

1. "Prosedur ATLAS.ti Bersistematik; Pembinaan Kata Kunci Utama" - Q2


Untuk maklumat lanjut mengenai penerbitan ini, sila berhubung dengan Pegawai Pusat Sumber  IPGM Kampus Ipoh.


Tahniah atas pencapaian ini! 

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"

Kongsi:

Lawatan Delegasi Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Ma'soem, Indonesia

31 Julai 2024 ( Selasa) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh berasa gembira dan bangga kerana menjadi salah satu tempat yang di kunjungi oleh Bapak Rangga Radita Prihandana dan Bapak Andre Julius sempena Lawatan Delegasi Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Ma'soem (UM) Sumedang, Jawa Barat, Indonesia ke Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh. Kami mengalu-alukan kehadiran Bapak Rangga Radita Prihandana dan Bapak Andre Julius ke Pusat  Sumber. 


Semoga apa yang di kongsikan dapat memberi manfaat bersama.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki

#ipgmkampusipoh

#universitasmasoem













Kongsi:

Sumbangan Tesis: Terima Kasih Dr. Harizon

 

Sumbangan Tesis : Terima Kasih Dr. Harizon


31 Julai 2024 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh berbesar hati menerima sumbangan tesis  daripada Dr.Harizon bt Suffian, Penolong Ketua Jabatan STEM, IPGM Kampus Ipoh. Semoga sumbangan beliau ini dapat memberi manfaat kepada semua pengguna Pusat Sumber.


Terima kasih Dr.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa' 


#pusatsumberipgmki

#ipgmkampusipoh 

#sumbangantesis

Kongsi:

Bengkel Literasi Media dan Maklumat

22 Julai 2024 - Unit Pusat Sumber telah mengadakan Bengkel Literasi Media dan Maklumat, bertempat di Dewan Seri Melati. IPGM Kampus Ipoh. Bengkel ini telah disampaikan oleh En. Muhammad Hisyamuddin bin Mohammed Noor, Pustakawan IPGM Kampus Ipoh. Seramai 43 orang pensyarah dan 160 orang pelajar siswa/siswi guru telah menghadiri bengkel ini. 


Semoga semua peserta diharap dapat memanafaatkan perkongsian ilmu pengetahuan sepanjang bengkel ini.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki

#bengkelliterasimediadanmaklumat

#ipgmkampusipoh










Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung