• ;
  • ;

Lawatan Penanda Aras Perpustakaan IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

 


23 Januari 2025 - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh berbesar hati menerima kunjungan daripada Unit Perpustakaan IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang sempena Lawatan Penanda Aras. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Hamizul bin Mahmud selaku Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Tuanku Bainun. Turut hadir Dr. Hj Mohd Taufik bin Hj Ahmed, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh mengalu-alukan kedatangan delegasi Lawatan Penanda Aras IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.
En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar , Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan penghargaan ucapan terima kasih kepada Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin, Ketua Unit Praktikum di atas kesudian berkongsi ilmu bagi membantu Unit Pusat Sumber menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Haji Nakhaie, En. Zack dan En. Megat serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kerjasama yang diberikan.
Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan pusat sumber dan sistem sirkulasi bahan bacaan.
"IPGMKI The Inspiration Of Positive and Objective Hearts"
"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"
Kongsi:

Penerbitan Buku IPGMKI : Tahniah Pn. Rozita dan Pn. Ros Anita Kartini

 

14 Januari 2025 (Selasa) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada Pn. Rozita bt Haji Omar  (Majlis Profesional Pengurusan dan Pentadbiran IPGM Kampus Ipoh) dan Pn. Ros Anita Kartini bt Mohamed (mantan Pensyarah IPGMKI) kerana telah menghasilkan buku dibawah penerbitan IPGM Kampus Ipoh. Masing-masing yang  berjudul  "Penulisan Refleksi Sandwich in Coaching : Bukan Amalan Yang Baik" ( ISBN 978-967-2863-73-1) dan "Antologi Anekdot Cinta" ( ISBN 978-967-2863-75-5)

Tahniah juga diucapkan kepada semua penulis yang terlibat secara langsung dalam menjayakan penerbitan buku tersebut 🥳🥳🥳


Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh juga mengucapkan terima kasih kerana sumbangan buku tersebut sebagai bahan bacaan dan rujukan di Pusat Sumber.  Serahan sumbangan  masing-masing telah diwakili oleh Pn. Nor Azimah bt Ariffin dan Pn. Kastina bt Mat Kassim.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki

#penerbitanbuku2024

Kongsi:

Penerbitan 2024 : Tahniah En. Faizul & Dr. Nor Anita

 


22 November 2024 (Jumaat) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak dan Dr. Nor Anita bt Mat Isa di kerana telah menghasilkan buku dibawah penerbitan IPGM Kampus Ipoh.  Buku tersebut berjudul masing-masing ialah "Antologi Anekdot : Kanvas Kehidupan" dan "Antologi Puisi : Gaza Bumi Terluka".


Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh juga mengucapkan terima kasih kerana sumbangan buku tersebut sebagai bahan bacaan dan rujukan di pusat sumber.


Tahniah kepada semua penulis karya yang terlibat secara langsung dalam penerbitan buku-buku tersebut 🥳🥳🥳


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki

#penerbitanbuku2024

Kongsi:

Perbincangan Bantuan Pemasangan Sistem Pengurusan Perpustakaan Bersama Bahagian Teknologi Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia

 




20 November 2024 - Unit Pusat Sumber telah menghadiri Perbincangan Bantuan Pemasangan Sistem Pengurusan Perpustakaan bersama Bahagian Teknologi Maklumat, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).  Diharap, perbincangan tersebut dapat memberi input yang positif dalam menambahbaik perkhidmatan Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh di masa akan datang. 

Ketua Unit Pusat Sumber, En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar merakamkan ucapan setinggi -tinggi terima kasih kepada pihak PNM di atas perkongsian ilmu, khidmat nasihat yang diberikan dan lawatan ke bahagian-bahagian yang lain. Semoga ukhwah yang baik ini dapat dikekalkan dan menjadi penyuntik semangat untuk terus memberi perkhidmatan yang baik kepada pengunjung pusat sumber.


"Membaca Sentiasa,  Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgki

#perpustakaannegaramalaysia









Kongsi:

Tahniah : Ketua Pengarah PNM YBhg. Dato' Salasiah binti Abdul Wahab

Seluruh warga Pusat Sumber, IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada 

YBhg. Dato' Salasiah binti Abdul Wahab, 

Ketua Pengarah 

Perpustakaan Negara Malaysia 

atas pengurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak.


Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan ini adalah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Kongsi:

Kunjungan IPGM Kampus Kent ke Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh

 

24 Oktober 2024 (Khamis) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh berasa gembira atas kunjungan IPGM Kampus Kent, Sabah sempena Lawatan Penanda Aras Untuk KIK . Lawatan tersebut disertai seramai 18 orang terdiri daripada pensyarah, pegawai dan kakitangan IPGM Kampus Kent. Unit Pusat Sumber menjadi tempat pameran pencapaian KIK IPGM Kampus Ipoh.


Semoga ukhwah yang baik ini dapat dikekalkan sepanjang masa.🥰🥰🥰


"Membaca Sentiasa,

Intelektual Diperkasa"


#unitpusatsumber

#ipgmkampusipoh

#ipgmkampuskent

#kikipgm






Kongsi:

Sumbangan Buku: Terima Kasih En. Faizul


 11 Oktober 2024 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada En. Mohd Faizul Hafiz bin A.Razak di atas penerbitan buku berjudul Kamus Istilah Kata Kunci Soalan KBAT : Sejarah SPM Edisi 1. Terima kasih kerana telah memberi sumbangan buku ini kepada Unit Pusat Sumber sebagai bahan rujukan dan bacaan.


Tahniah 🥳 


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgki

#penerbitanjabatan

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung