• ;
  • ;

Penyerahan & Sumbangan Penerbitan IPG Kampus Ipoh 2025 : Timpohon Gate - Kokulambai Timpak Nulu Nabalu (Ku Sapa Puncak Gunung Kinabalu)



24 Februari 2025 (Isnin) - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada Pn. Nor Azimah binti Ariffin (Pensyarah IPGKI) dan semua penulis yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan buku dibawah penerbitan IPG Kampus Ipoh. Buku tersebut berjudul  "TIMPOHON GATE : Kokulambai Timpak Nulu Nabalu (Ku Sapa Puncak Kinabalu)"   

( ISBN 978-967-2863-90-8)


Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh juga mengucapkan terima kasih kerana sumbangan buku tersebut sebagai bahan bacaan dan 

rujukan di pusat sumber.  Serahan penerbitan dan sumbangan  telah disampaikan oleh beliau sendiri.


https://pustaka-ipgki.blogspot.com/p/koleksi-ebook-ipgki.html


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki

#penerbitanbuku2024

Kongsi:

Penyerahan & Sumbangan Penerbitan IPG Kampus Ipoh 2025 : Hati Ini Milik Allah



24 Februari 2025 (Isnin) - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada Pn. Ros Anita Kartini binti Mohamed (mantan Pensyarah IPGMKI) dan semua penulis yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan buku dibawah penerbitan IPG Kampus Ipoh. Buku tersebut berjudul  "Hati Ini Milik Allah : "Mudahnya Mengatasi Stress Cara Saya"   ( ISBN 978-967-2863-81-6)


Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh juga mengucapkan terima kasih kerana sumbangan buku tersebut sebagai bahan bacaan dan 

rujukan di pusat sumber.  Serahan penerbitan dan sumbangan  telah diwakili oleh Pn.Hajah Normiza binti Mohd.


https://pustaka-ipgki.blogspot.com/p/koleksi-ebook-ipgki.html


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki

#penerbitanbuku2024

Kongsi:

Menyertai Program Gotong Royong Keceriaan IPGM Kampus Ipoh




20 Februari 2025 (Khamis) - Tahniah kepada Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh di atas penyertaan dan kerjasama yang baik  dalam Program Gotong Royong Keceriaan IPGM Kampus Ipoh. Program ini adalah anjuran bersama Kelab KESUKEB dan Kelab PRIPEN.

Diharapkan program seperti ini dapat mengeratkan ukhwah dalam kalangan warga IPGM Kampus Ipoh.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki 

#gotongroyong










Kongsi:

Penyerahan dan Sumbangan Penerbitan IPGM Kampus Ipoh 2025 : CITRA INTELEK KOMPILASI ARTIKEL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH PISMP AMBILAN JUN 2021-2025" dan "Traversing Writing Paths: An Anthology of Short Stories"

 

17 Februari 2025 (Isnin) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada pensyarah dan siswa guru IPGM Kampus Ipoh yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan buku dibawah penerbitan IPGM Kampus Ipoh. 

Buku tersebut berjudul  "CITRA INTELEK KOMPILASI ARTIKEL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH PISMP AMBILAN JUN 2021-2025" ( ISBN 978-967-2863-87-8) dan "Traversing Writing Paths: An Anthology of Short Stories" ( ISBN 978-967-2863-54-0)

Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh juga mengucapkan terima kasih kerana sumbangan buku tersebut sebagai bahan bacaan dan rujukan di pusat sumber.  Serahan sumbangan  masing-masing telah diwakili oleh Dr. Fadilah dan En. Ahmad Masdil Fazli bin Mohamed.


ebook Pusat Sumber IPGM KI

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki

#penerbitanbuku2024

Kongsi:

Pelantikan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) : Tahniah Pn. Nazariah bt Mat Mizar

 

07 Februari 2025 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh turut berasa gembira dan bangga atas pelantikan Pn. Nazariah bt Mat Mizar sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dalam Perhimpunan Organisasi Bulan Februari 2025 IPGM Kampus Ipoh.


Sebagai informasi, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan pegawai yang dilantik bagi menjalankan peranan yang digariskan dalam program pengupayaan kendiri, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam  di bawah program pembimbing rakan sekerja.


Tahniah Pn. Nazariah Mizar  🥳🎊🎉🎉


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#akrabipgki

#rakanpembimbingperkhidmatanawam

#pusatsumberipgmki

Kongsi:

Selamat Hari Lahir Pn. Sharmila binti Siron

 

07 Februari 2025 - Selamat ulang tahun Pn. Sharmila bt Siron! 🎂🥳🎊🎉 Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik...
Semoga segala impian dan doa-doa baik buat Puan dimakbulkan, dan sentiasa diberkati dengan kasih sayang dan kebahagiaan...
Aaminn.....aaminnn....aaminnn...
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'



Kongsi:

Lawatan Penanda Aras Perpustakaan IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

 


23 Januari 2025 - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh berbesar hati menerima kunjungan daripada Unit Perpustakaan IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang sempena Lawatan Penanda Aras. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Hamizul bin Mahmud selaku Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Tuanku Bainun. Turut hadir Dr. Hj Mohd Taufik bin Hj Ahmed, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh mengalu-alukan kedatangan delegasi Lawatan Penanda Aras IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.
En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar , Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan penghargaan ucapan terima kasih kepada Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin, Ketua Unit Praktikum di atas kesudian berkongsi ilmu bagi membantu Unit Pusat Sumber menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Haji Nakhaie, En. Zack dan En. Megat serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kerjasama yang diberikan.
Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan pusat sumber dan sistem sirkulasi bahan bacaan.
"IPGMKI The Inspiration Of Positive and Objective Hearts"
"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung