Hebahan : JOM BACA BERSAMA 10 MINIT "Nikmati Saat Ini"
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Kuih dihidang aneka rasa,
Dinikmati bersama sanak saudara.
Buku dan ilmu tetap berharga,
Walau beraya jangan dilupa.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
Program World #QuranHour Peringkat IPGM Kampus Ipoh
25 Mac 2025 (Selasa) - Dengan kerjasama Jawatan kuasa Penghayatan Islam IPGMKI, Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah menganjurkan Program World #QuranHour Peringkat IPGM Kampus Ipoh dengan jayanya. Program tersebut juga di siarkan secara langsung menerusi YouTube rasmi IPGM Kampus Ipoh.
Sesi tadabbur Surah Al-Saff telah disampaikan oleh Dr.Rizalman bin Muhammad dan Dr. Nornajwa binti Ghazali manakala Tuan Haji Mohd Nizam bin Mohd Tejeri selaku moderator.
Seramai 67 orang pensyarah dan pelajar yang hadir.
Moga program ini dapat memberi manfaat dunia dan akhirat kepada semua yang hadir serta yang mengikuti siaran langsung menerusi YouTube. Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar dan kakitangan yang terlibat sepanjang program ini berlangsung.
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
#quranhour2025
#jkpenghayatanislamipgmki
#pusatsumberipgmki
Hebahan : PROGRAM WORLD #QURANHOUR PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH - TADABBUR SURAH AL-SAFF
Hebahan : WORLD #QuranHour PERINGKAT IPGK IPOH
Penyerahan Penerbitan Bahan Digital IPG Kampus Ipoh : Perkembangan Ilmu Pengetahuan dan Persuratan Budaya Melayu Selepas Kedatangan Islam
10 Mac 2025 (Isnin) - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar Azim Afif bin Dzulfikri, Goh Chen Xi, Kiirthika a/p Jaya dan Siti Aisyah binti Mohd Salleh kerana berjaya menerbitkan ebook yang berjudul Perkembangan Ilmu Pengetahuan dan Persuratan Budaya Melayu Selepas Kedatangan Islam, eISBN 978-967-2863-83-0 di bawah penerbitan institusi ini.
Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh juga mengucapkan terima kasih kerana sumbangan buku tersebut sebagai bahan bacaan dan
rujukan di pusat sumber melalui pautan 👇
https://pustaka-ipgki.blogspot.com/p/koleksi-ebook-ipgki.html
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
#pusatsumberipgmki
#penerbitanbuku2024
Penyerahan & Sumbangan Penerbitan IPG Kampus Ipoh : Antologi Anekdot Ngosek
Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan 1446H
1 Mac 2025 - Marhaban ya Ramadan! Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua. Mari kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam 🥰
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
#Ramadanyakareen
#pusatsumberipgki
























_20250301_213145_0000.jpg)
.png)