• ;
  • ;

Selamat Hari Pustakawan Malaysia 2025

 


06 Jun 2025 - Pustakawan dan Pembantu Pustakawan bukan sekadar penjaga buku, tetapi mereka ialah penjaga ilmu, pemudah cara pembelajaran, dan penggerak utama dalam membentuk masyarakat berpengetahuan. Di sebalik rak-rak buku dan sistem pengkatalogan, tersembunyi semangat dedikasi dan usaha gigih dalam memastikan maklumat yang betul sampai kepada pengguna pada masa yang tepat.

Dalam era digital ini, peranan pustakawan semakin berkembang — dari pengurusan sumber fizikal kepada maklumat elektronik, literasi maklumat, dan bimbingan pengguna dalam meneroka dunia ilmu yang luas.

Justeru, marilah kita sama-sama menghargai jasa dan peranan pustakawan dan pembantu pustakawan yang menjadi tulang belakang kepada perkembangan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.

Selamat Hari Pustakawan. Teruskan menyinari dunia dengan cahaya ilmu.

khususnya kepada en. Hisyamuddin  serta Pn. Sharmila & Pn. Nasimah 

Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa

#selamatharipustakawan

#pusatsumberipgmki

Kongsi:

Sumbangan Buku : Terima Kasih PPANPk

 

04 Jun 2025 - Unit Pusat Sumber Ipgm Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak atas sumbangan buku yang diberikan.

Sumbangan ini amat besar maknanya kepada Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh, khususnya dalam usaha memperkasa budaya membaca serta menyediakan sumber rujukan yang lebih meluas kepada pengguna Pusat Sumber.

“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa”

#sumbanganbuku

#PPANPk

#pusatsumberipgmki

Kongsi:

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

 


27 Mei 2025 - Alhamdulillah, Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah menganjurkan Lawatan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 dengan jayanya. Seramai 28 orang peserta mengikuti lawatan ini. Peserta berpeluang membeli buku dengan diskaun istimewa yang ditawarkan sepanjang pameran.  Peserta juga melawat reruai pempamer tempatan dan antarabangsa, termasuk Edukids, Karangkraf, Galeri Ilmu, Hijjaz Resources ,PTS dan banyak lagi.

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 telah memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada semua peserta. Ia bukan sahaja membuka minda terhadap kepelbagaian penerbitan buku tempatan dan antarabangsa, malah telah menyemai semangat cintakan ilmu dan budaya membaca dalam kalangan peserta.

Melalui lawatan ini para peserta berpeluang memperluas pengetahuan serta m


















enghargai kepentingan ilmu dalam membentuk masyarakat yang berdaya saing.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif pembudayaan ilmu dan galakan literasi dalam kalangan warga IPGM Kampus Ipoh.


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “


#ipgmkampusipoh

#pusatsumber

#pbakl2025


Kongsi:

Selamat Hari Ulang Tahun Pn. Nazariah binti Mat Mizar

 


16 Mei 2025 - Happy Birthday  Pn. Nazariah binti Mat Mizar🎂🥳🥳

Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat…aaminnn


Terima kasih ya Allah hadirkan insan baik dan berbakat ini dalam team kami 🥰🥰🥰


#happybirthday

#raikanharijadi

#TeamLibrary

Kongsi:

Sumbangan Buku 2025 : Terima Kasih Dr. Arul


 8 Mei 2025 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Arulnathan a/l Visurasam kerana telah menyumbangkan dua buah buku bahasa Tamil yang berjudul “Maanbumigu Naadkal”. 


Sumbangan buku ini bukan sekadar pemberian fizikal tetapi satu perlaburan ilmu yang amat besar nilainya. Semoga sumbangan buku ini dimanafaatkan sepenuhnya oleh para pengunjung.


Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa 


#sumbanganbuku

#pusatsumberipgmki

Kongsi:

Bengkel Aplikasi Maklumat Digital (Google dan Canva)


 05-06 Mei 2025 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Aplikasi Maklumat Digital ( Google dan Canva) dengan jayanya. Bengkel tersebut telah diadakan di Makmal Bestari, IPGM Kampus Ipoh. Bengkel ini disampaikan oleh En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar (Ketua Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh).

Bengkel bertujuan untuk memberi pemahaman mendalam dan kemahiran praktikal mengenai penggunaan aplikasi digital Google dan Canva.

Seramai 26 orang peserta dalam kalangan pensyarah dan staf yang menghadiri bengkel ini.


Diharapkan semua peserta bukan sahaja memperoleh ilmu baharu,malah dapat mengaplikasikannya dalam projek atau tugasan sebenar selepas ini.


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa”


#canva

#pusatsumberipgmki








Kongsi:

Bengkel Penerbitan Video Kamera Berbilang dan Live Streaming

 

29-30 April 2025 : Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Penerbitan Video Kamera Berbilang dan Live Streming. Bengkel ini telah diadakan di Seksyen Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.  Bengkel tersebut disampaikan oleh En. Badrul Hisham bin Ahmad  Sukar (Ketua Unit Pusat Sumber) dan En. Hasri bin Abu (Penolong Pengarah, Seksyen Sumber Teknologi Pendidikan). Seramai 25 orang peserta yang telah hadir.

Semoga perkongsian sepanjang bengkel ini dapat dimanafaatkan pada masa akan datang.


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “


#pusatsumberipgmki

#bengkellivestreming














Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung