• ;
  • ;

Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Bulanan 2025

 

📚✨ANUGERAH PEMINJAM BUKU TERBANYAK BULANAN ✨📚
Berita baik untuk semua warga IPGMKI! 🎉
Nak dapat hadiah MISTERI setiap bulan? 🎁
Mudah saja ➡️ PINJAM buku di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh!
💡 Lagi banyak anda pinjam, lagi cerah peluang untuk jadi:
🏆 TOP BORROWER OF THE MONTH!🏆
📌 Syarat ringkas:
🔹 Pinjaman melalui kaunter sirkulasi sahaja
🔹 Pinjaman ulang (renew) tidak diambil kira
🔹 Tiada denda tertunggak
📌 Terbuka kepada:
👩‍🎓 Pelajar
👨‍🏫 Pensyarah / Pegawai Pengurusan
👩‍💼 Staf Sokongan
✨ Jangan lepaskan peluang ini!
🎉 *Hadiah misteri menanti anda setiap bulan!* 🎉

📖 Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa 📖
Kongsi:

Persona Merdeka @ Prasekolah Seri Mawar

 


🌺✨ PERSONA MERDEKA @ PRASEKOLAH SERI MAWAR ✨🌺
📅 28 Ogos 2025
⏰ 8.30 pagi
📍 Prasekolah Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh
Dalam semangat bulan kebangsaan, Unit Prasekolah Seri Mawar bersama Unit Pusat Sumber berganding bahu menjayakan Persona Merdeka, menyuburkan rasa cinta akan negara sejak dari usia kecil. 🇲🇾❤️
Jom semarakkan semangat cintakan negara bersama adik-adik prasekolah! 💖
Aktiviti menarik yang menceriakan suasana 👇
🎭 Peragaan Fesyen Merdeka
🎶 Nyanyian Lagu Patriotik
🚩 Perarakan Merdeka
👓 Rekaan Kacamata Merdeka
📣 Laungan Merdeka
Mari kita bersama-sama memupuk semangat patriotik sejak kecil lagi demi generasi pewaris bangsa. 🌺
📸 Nantikan perkongsian gambar-gambar penuh keletah adik-adik Prasekolah Seri Mawar yang akan dikongsikan nanti!

Kongsi:

Taklimat Perkhidmatan Unit Pusat Sumber Bil. 2/2025

 








26 Ogos 2025 - Sempena Minggu Pengurusan Pendaftaran Ambilan 2, Pelajar Tahun 1 Semester 1 (Ogos 2025 – Julai 2029), pihak Pusat Sumber telah mengadakan sesi taklimat khas buat semua pelajar baharu.

🎤Taklimat disampaikan oleh:
En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar
(Ketua Unit Pusat Sumber, IPGM Kampus Ipoh)

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Semoga taklimat ini memberi pendedahan awal tentang kemudahan, perkhidmatan dan peraturan asas penggunaan Pusat Sumber bagi menyokong perjalanan akademik anda di sini.

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

Kongsi:

Taklimat Perkhidmatan Unit Pusat Sumber Bil. 1/2025



13 Ogos 2025 - Dalam Minggu Haluan Siswa Guru Madani IPGM KPM, En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar  (Ketua Unit Pusat Sumber) telah menyampaikan Taklimat Perkhidmatan Pusat Sumber . Seramai 440 orang siswa guru yang hadir.

Semoga semua warga dapat memanfaatkan Pusat Sumber sepenuhnya untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kecemerlangan akademik. Pusat Sumber adalah rakan setia dalam perjalanan ilmu anda.

“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “

#pusatsumberipgmki

#taklimatpusatsumber

#mingguhaluansiswagurumadani






Kongsi:

Perkongsian Ilmu Bengkel Literasi Maklumat : Literasi @Guru

31 Julai 2025 - Unit Pusat Sumber IPGMKI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Sharmila bt Siron kerana menjadi Penceramah dalam Program NPQEL iaitu Perkongsian Ilmu Bengkel Literasi Maklumat : Literasi @ Guru. Program tersebut dianjurkan oleh PPD Kinta Utara dan telah di adakan di SK Tarcisian Convent.

Melalui bengkel ini,peserta bukan sahaja dilengkapj dengan kemahiran teknikal untuk mendapatkan maklumat tetapi juga diberi kesedaran untuk menjadi pengguna maklumat yang bijakh dan bertanggungjawab. Literasi maklumat adalah asas penting ke arah membina masyarakat celik maklumat dan berpengetahuan.

“Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa “

#pusatsumberipgmki

#literasimaklumat

#ppdkintautara



Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung