• ;
  • ;

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN

 









πŸ’Assalammualaikum dan Salam PerpaduanπŸ’
πŸ’žMajlis Jamuan PerpisahanπŸ’ž
πŸ—“️11 Februari 2026
Seluruh warga Pusat Sumber IPGKI ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Nazariah binti Mat Mizar (Pembantu Khidmat Am) dan Cik Nur Adilah binti Abdul Aziz (Pelajar Praktikum UiTM Merbok) selama tempoh mereka menabur bakti di sini.
Besar harapan kami agar kalian berdua terus sukses dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing.
Akhir kata, selamat maju jaya kami ucapkan dan semoga kita bersua lagi di masa akan datang.
Ribuan penghargaan setulus hati buat kedua-duanya dan terima kasih sekali lagi kami titipkan.


Kongsi:

HEBAHAN : KURSUS LITERASI MAKLUMAT SIRI 1/2026 (PISP AMBILAN OGOS 2025 - JULAI 2027)

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Kepada semua pelajar PISP ambilan Ogos 2025 - Julai 2027

KURSUS LITERASI MAKLUMAT BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA PERGURUAN (PISP) IPG KAMPUS IPOH

Tarikh : 7 Februari 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 hingga 10.00 pagi
Tempat : Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh
Penceramah : Puan Sharmila binti Siron dan Cik Nur Adilah binti Abdul Aziz
Kehadiran adalah diwajibkan.

Terima kasih.





Kongsi:

Hebahan : Jom Sertai Rakan Pusat Sumber

 

πŸ“’ JOM SERTAI RAKAN PUSAT SUMBER! πŸ“š✨

Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh membuka peluang kepada semua pelajar IPG Kampus Ipoh untuk menyertai Rakan Pusat Sumber — satu platform penglibatan pelajar dalam menyokong aktiviti Pusat Sumber serta memupuk budaya membaca di kampus.

✨ Kelebihan menyertai:
✔ Menimba pengalaman dan kemahiran insaniah
✔ Meningkatkan keyakinan diri dan kepimpinan
✔ Penglibatan aktif dalam program Pusat Sumber
✔ Peluang menerima sijil penghargaan

⏳ Pendaftaran terhad kepada 30 orang sahaja!
πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran segera.

Jangan lepaskan peluang ini — bersama kita perkasa budaya membaca!


πŸ“– “Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa”


#pusatsumberipgkipoh
#institutpendidikangurukampusipoh
#perpustakaannegaramalaysia

Kongsi:

Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Bulan September 2025

 



πŸŽ‰ TAHNIAH! πŸŽ‰

Anugerah Peminjam Buku Terbanyak – Bulan September 2025

Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima anugerah bagi bulan September 2025:

πŸ‘¨‍🏫 Kategori Pensyarah
En. Khairil Izuan
Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi

πŸ‘©‍πŸŽ“ Kategori Pelajar
Tee Jing Yi
Unit X13

Anugerah ini dianugerahkan bagi menggalakkan budaya membaca serta memupuk amalan penggunaan perpustakaan secara konsisten dalam kalangan warga IPG Kampus Ipoh. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada yang lain untuk terus memanfaatkan kemudahan dan koleksi yang disediakan.

πŸ“–π‘΄π’†π’Žπ’ƒπ’‚π’„π’‚ π‘Ίπ’†π’π’•π’Šπ’‚π’”π’‚, π‘°π’π’•π’†π’π’†π’Œπ’•π’–π’‚π’ π‘«π’Šπ’‘π’†π’“π’Œπ’‚π’”π’‚πŸ“–
Kongsi:

Koleksi Buku Baru November 2025

 





πŸ“š✨ BUKU BAHARU DI PUSAT SUMBER IPG KAMPUS IPOH ✨πŸ“š

Koleksi bacaan terkini kini berada di rak kami!
✔ Menarik & pelbagai genre
✔ Sesuai untuk rujukan & bacaan santai
✔ Sedia untuk dipinjam oleh semua warga kampus
Jom jadi yang terawal mendapatkan pengalaman membaca daripada koleksi terbaharu ini 🌟

πŸ“ Kunjungi Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh hari ini!

πŸ“–π‘΄π’†π’Žπ’ƒπ’‚π’„π’‚ π‘Ίπ’†π’π’•π’Šπ’‚π’”π’‚, π‘°π’π’•π’†π’π’†π’Œπ’•π’–π’‚π’ π‘«π’Šπ’‘π’†π’“π’Œπ’‚π’”π’‚πŸ“–


Kongsi:

Taklimat Permohonan ISBN & ISSN Bil. 1/2025

 







   


 



πŸ“†4 November 2025πŸ“†

Unit Pusat Sumber telah mengadakan sesi taklimat permohonan ISBN & ISSN pada 4 November 2025 (Selasa) di ruang membaca pusat sumber. Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Pusat Sumber IPGKI iaitu, En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar ini dihadiri seramai 30 pelajar baru di bawah didikan Encik Adib bin Jusoh, pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Semoga taklimat ini memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang perkhidmatan dan panduan dalam mendapatkan nombor ISBN dan ISSN dari Unit Pusat Sumber.

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'



Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung