• ;
  • ;

KURSUS LITERASI MAKLUMAT SIRI 1/2026 (PISP AMBILAN OGOS 2025 - 2026)

 











📱💻KURSUS LITERASI MAKLUMAT📱💻

📋 0️⃣7️⃣0️⃣2️⃣2️⃣6️⃣

⏰ 9️⃣0️⃣0️⃣ HINGGA 1️⃣0️⃣3️⃣0️⃣

💐Assalammualaikum dan Salam Sejahtera💐

Kursus yang dianjurkan oleh Pusat Sumber IPGKI ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP) ambilan Ogos 2025 - Julai 2027.

Objektif kursus ini ialah untuk memperkenalkan pangkalan data percuma dari Perpustakaan Negara Malaysia iaitu U-Pustaka, di samping menggalakkan para pelajar yang terlibat untuk menggunakan perkhidmatan di Pusat Sumber.

Kursus diakhiri dengan pemberian cenderahati oleh Dr. Hamdiah, Ketua Jabatan Pengajian Siswazah (JPS) kepada Puan Sharmila, Pembantu Pustakawan Kanan dan Cik Nur Adilah, pelajar praktikum dari UiTM Merbok selaku penceramah pada hari tersebut.

Dr. Hamdiah turut menghadiahkan sekotak kek kepada Puan Sharmila sempena hari jadi beliau yang turut jatuh pada hari tersebut.

🎉🎂🥳Selamat Hari Jadi Puan Sharmila. Semoga Dipanjangkan Umur dan Dimurahkan Rezeki Selalu🎉🎂🥳

Kongsi:

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN

 









💐Assalammualaikum dan Salam Perpaduan💐
💞Majlis Jamuan Perpisahan💞
🗓️11 Februari 2026
Seluruh warga Pusat Sumber IPGKI ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Nazariah binti Mat Mizar (Pembantu Khidmat Am) dan Cik Nur Adilah binti Abdul Aziz (Pelajar Praktikum UiTM Merbok) selama tempoh mereka menabur bakti di sini.
Besar harapan kami agar kalian berdua terus sukses dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing.
Akhir kata, selamat maju jaya kami ucapkan dan semoga kita bersua lagi di masa akan datang.
Ribuan penghargaan setulus hati buat kedua-duanya dan terima kasih sekali lagi kami titipkan.


Kongsi:

HEBAHAN : KURSUS LITERASI MAKLUMAT SIRI 1/2026 (PISP AMBILAN OGOS 2025 - JULAI 2027)

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Kepada semua pelajar PISP ambilan Ogos 2025 - Julai 2027

KURSUS LITERASI MAKLUMAT BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA PERGURUAN (PISP) IPG KAMPUS IPOH

Tarikh : 7 Februari 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 hingga 10.00 pagi
Tempat : Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh
Penceramah : Puan Sharmila binti Siron dan Cik Nur Adilah binti Abdul Aziz
Kehadiran adalah diwajibkan.

Terima kasih.





Kongsi:

Hebahan : Jom Sertai Rakan Pusat Sumber

 

📢 JOM SERTAI RAKAN PUSAT SUMBER! 📚✨

Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh membuka peluang kepada semua pelajar IPG Kampus Ipoh untuk menyertai Rakan Pusat Sumber — satu platform penglibatan pelajar dalam menyokong aktiviti Pusat Sumber serta memupuk budaya membaca di kampus.

✨ Kelebihan menyertai:
✔ Menimba pengalaman dan kemahiran insaniah
✔ Meningkatkan keyakinan diri dan kepimpinan
✔ Penglibatan aktif dalam program Pusat Sumber
✔ Peluang menerima sijil penghargaan

⏳ Pendaftaran terhad kepada 30 orang sahaja!
📲 Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran segera.

Jangan lepaskan peluang ini — bersama kita perkasa budaya membaca!


📖 “Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa”


#pusatsumberipgkipoh
#institutpendidikangurukampusipoh
#perpustakaannegaramalaysia

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung