Perpustakaan IPG Kampus Ipoh Sebagai Lokasi Strategik
30 Mac 2021 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berasa amat bertuah kerana En. Muhamad Firdaus bin Mohamad memilih ruang bacaan Perpustaaan IPG Kampus Ipoh sebagai lokasi strategik untuk merakam gambar buku terbitan IPGM berjudul “My Doctoral Journey 3”.
Beliau turut berkongsi idea dan teknik untuk merakam gambar buku yang berkualiti bersama kakitangan perpustakaan.
Sama-samalah kita nantikan hasil kualiti gambar beliau dan buku terbaharu terbitan IPGM yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Tahniah semua.
Program Bicara Motivasi dan Inspirasi : Saya Semangat Bekerja
30 Mac 2021 - Tahniah kepada kakitangan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana telah menyertai Program Bicara Motivasi dan Inspirasi : Saya Semangat Bekerja. Program ini di anjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak) secara langsung dalam talian melalui medium media sosial Facebook rasmi SUK Perak. Program tersebut disampaikan oleh Tuan Mohd Elyas bin Ismail.
Semoga program ini memberi aura yang positif kepada semua peserta dan sekaligus dapat memantapkan lagi semangat kerja berpasukan
1 Hari 1 Buku : Jurnal Praktikum IPG Kampus Ipoh Jilid 1/2021
23 Mac 2021 - Koleksi buku di rak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh .
Info menarik : Buku ini adalah penulisan siswa guru selama 12 minggu yang berkait rapat dengan apa sahaja bidang dan permasalahan yang berlaku di sekolah. Penyelesaian masalah dan idea-idea baharu dicetuskan oleh mereka dan dikongsikan bersama dalam buku ini sebagai inspirasi kepada rakan-rakan praktikum yang lain.
Dapatkan buku ini Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.. Jom baca.. 
Anda ada buku menarik dari rak perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk dikongsi bersama? Hubungi kami 
Larian Maya IPG KPM 2021 : Syabas Berjaya Menyahut Cabaran
22 Mac 2021 - Tahniah kepada semua Pegawai di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana telah berjaya menamatkan cabaran Larian Maya IPG KPM 2021.
Semoga menjadi inspirasi kepada semua warga institut untuk menamatkan larian masing-masing. #ipgkithefirst #ipgkekalaktif
Kami sudah, anda bila lagi? 
Pelaksanaan Aktiviti EKSA Zon Ebony
18 Mac 2021 - Tahniah kepada semua kakitangan Unit Perpustakaan kerana berjaya melaksanakan aktiviti EKSA minggu ini dengan mereka bentuk, mencetak dan melekatkan label-label di seluruh Zon Ebony iaitu di bangunan Perpustakaan, di Dewan Seri Tanjung, Pondok Pengawal dan Surau Pusat Islam Al-Hidayah (PIAH). Label-label ini telah diselaraskan oleh Jawantankuasa Induk EKSA IPG Kampus Ipoh.
Kursus Pengurusan Rekod
17 Mac 2021 : Ketua Unit Perpustakaan dan Pustakawan telah menghadiri Kursus Pengurusan Rekod di Dewan Seri Melati. Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini di sampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad Sukri bin Abdul Kadir, Ketua Seksyen (S52), Seksyen Konsultansi dan Latihan dari Arkib Negara Malaysia. Kursus ini turut dihadiri Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh.
Tahniah dah terima kasih kepada Unit Khidmat Pengurusan kerana menganjurkan kursus yang bermanfaat ini .
















.png)