• ;
  • ;

Penyerahan Keputusan Pertandingan Video Pendek Buku Pelan Strategi IPG Kampus Ipoh 2021 - 2025

 



30 April 2021 - Penyerahan keputusan Pertandingan Video Pendek Buku Pelan Strategi IPG Kampus Ipoh 2021 - 2025 oleh Ketua Unit Perpustakaan, En. Mohammad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor kepada En. Mubin bin Md Nor penganjur bersama dari Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Ipoh.
Tunggukan keputusan rasmi dari kami tidak lama lagi. Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang sangat berbakat dalam menghasilkan video bertemakan buku ini.
Nantikan pertandingan seterusnya tidak lama lagi.
Kongsi:

Tahniah Pn. Norhani Bebe bt Alta Miah dan Terima Kasih En. Chew Chin Chong

 



28 April 2021 - Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) berbesar hati menyampaikan hadiah Pertandingan Mencipta Puisi Tulang Buku kepada Pn. Norhani Bebe bt. Alta Miah (pensyarah). Tahniah Pn. Norhani Bebe 👏👏🎊🎊

Selain itu, Pn. Sabariah juga menerima sumbangan 2 naskhah Majalah Minyuan penerbitan Unit Pengajian Cina, IPG Kampus Ipoh. Terima kasih En. Chew Chin Chong.

Kongsi:

Sumbangan Buku 2021 : Terima Kasih Ayu Mawaddah bt Abdul Waled @Suhaimi

 


27 April 2021 - Terima kasih kepada Ayu Mawaddah binti Abdul Waled@Suhaimi dari Unit R8 diatas sumbangan buku-buku beliau. Di harapkan buku-buku ini akan memberi manafaat kepada pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.


Kongsi:

Keputusan Pertandingan Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Anjuran Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

 


22 April 2021 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan, para pensyarah, staf sokongan, guru pelatih dan warga maya yang menyertai Program Jom Baca 10 Minit. Pertandingan diadakan dalam pemilihan gambar-gambar berdasarkan kategori yang ditetapkan. Di bawah ini disertakan keputusan pertandingan tersebut. Keputusan adalah muktamad. Tahniah kepada semua yang menyertai program yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
🎁 Kategori Pensyarah :
1. Dr.
Saidah Harith
🎁 Kategori Staf IPG KI
🎁 Kategori Pelajar IPG KI
1. Nareshistic (IG)
2. Sha_Indran_ari (IG)
3. Min Min (FB)
🎁 Kategori Rakan Maya FB Perpustakaan
2. Pn.
Murni Kuai
🎁Kategori Guru Cakna Jom Baca 2021
🎁Kategori Paling Kreatif Jom Baca 2021
🎁Kategori Jabatan Holistic Jom Baca 2021
Jabatan Bahasa - Pn.
Suraya Harun

Pemenang Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2021

Pautan Gambar Peserta  Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Perpustakaan IPGKI


Kongsi:

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Semua warga IPG Kampus Ipoh dan warga Maya Perpustakaan IPGKI seluruh Malaysia.. 🇲🇾

Walau apa pun yang anda lakukan berhenti sejenak dan Jom Baca Bersama secara serentak iaitu:

1⃣ Pada *22 April 2021* tepat pukul 11.00 pagi (Khamis)
2⃣Di mana-mana anda berada. 
3️⃣Klik like / tanda suka pada paparan poster Jom Baca 10 Minit di media sosial Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh 
4️⃣Muat naik gambar anda membaca bersama buku/e-buku/bahan bacaan yang lain di FB/IG/TWITTER/FLICK/TIKTOK ke media sosial sendiri. 
5️⃣Tagged media sosial Perpustakaan Ipg Kampus ipoh bersama kapsyen yang menarik. 
6️⃣Letakan tanda pagar 
#jombacaipgki2021
#libraryipgki

📸 Tarikh tutup : 22 April 2021 *Jam 4.00petang* 📸

Adakah gambar anda yang kami cari? 

Gambar & *kapsyen menarik* melalui undian *Like terbanyak* akan menerima hadiah misteri daripada Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. 

4 kategori hadiah :
🎁 Pensyarah IPGKI
🎁 Pelajar IPGKI
🎁 Staf IPGKI
🎁 Pelayar Maya FB Perpustakaan Ipgki

Jom sertai kami!! 

#malaysiamembaca
#bangsamembacabangsaberjaya
#jombacabersama10minit2021
#bacafikiramal
#libraryipgki
#jombacaipgki2021
Kongsi:

Mesyuarat Jawatankuasa EKSA Zon Ebony Bil. 1/2021



16 April 2021 : Tahniah kepada Unit Perpustakaan terutama kepada Ketua Pusat Sumber kerana telah melaksanakan mesyuarat pertama bagi Zon Ebony.

Zon ini merupakan zon terbesar meliputi Unit Latihan dan Perkhidmatan, Dewan Seri Tanjung, Pondok Jaga dan Surau PIAH. Semoga semua ahli dapat bersatu untuk menjayakan EKSA.
Kongsi:

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1442H




13 April 2021 / 1 Ramadan 1442H

Silap tinta menjadi noda

Salah sedikit pun jadi dosa

Bulan berkat kini tiba

Rebutlah masa jadikan pahala yang berganda


Marhaban ya Ramadan ..selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat.


#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#Perpustakaanipgikampusipoh

#perpustakaanipgki

#ipgkampusipoh

#membacavaksinminda

#ramadan1442h 

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung