• ;
  • ;

Penghargaan Kepada Pelajar : Bengkel Literasi Maklumat dan Media

 


25 November 2021 : Tahniah Saudari Nur Zatul Qistina binti Zawawi dan Nur Farah Batrisyia binti Yusof pelajar dari Unit X7 yang telah berjaya menjadi rakan sosial media kami di tempat pertama dan kedua terpantas semasa sesi Bengkel Literasi Maklumat dan Media bagi Unit X yang lalu.
Kongsi:

Ujian Secara Dalam Talian di Perpustakaan



25 November 2021 - Seramai 24 pelajar dari Unit T telah menjalankan ujian secara dalam talian di dalam perpustakaan.

Alhamdulillah sepanjang sesi ini berlangsung jaringan internet tidak mengalami sebarang gangguan, kerana perpustakaan dilengkapi jaringan unifi yang pantas.
Tahniah kepada Unit ICT kerana menyediakan perkhidmatan ini. Semoga dapat membantu pengguna perpustakaan dalam mencari bahan dalam talian dengan mudah.
Kongsi:

Penghargaan Kepada Pelajar : Bengkel Literasi Maklumat dan Media Bagi Unit X

 



24 November 2021 - Tahniah Saudari Ayreen Sofea, Farah Adilah, Airin dan Zila pelajar dari Unit X5 yang telah berjaya menjadi ahli u-Pustaka : u-Library di tempat pertama hingga ke empat dalam Bengkel Literasi Maklumat dan Media bagi Unit X yang telah dilaksanakan.


Terima kasih juga kepada saudari Hidayah, Azrysha, Fatin, Hazwany, Nurin dan Ain kerana sudi datang berkunjung ke perpustakaan selepas bengkel diadakan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pangkalan data yang ada. 


Diharap dapat membantu semua pelajar. 


#membacavaksinminda

#upustaka

Kongsi:

Lawatan Singkat Pengarah IPGKTHO, YBrs. Dr. Mashitah bt Mohammad Yusof A.M.N

 


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT JOHOR (IPGKTHO)


23 November 2021 - YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof A.M.N, Pengarah IPGKTHO telah mengadakan lawatan singkat ke Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dan telah membuat penyerahan beberapa buah buku hasil tulisan beliau kepada YBrs. Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPGK Ipoh.

Turut serta dalam sesi penyerahan buku tersebut ialah Encik Mohd Nurul Azmi bin Ahmad Nor@Matnor, Ketua Perpustakaan IPGK Ipoh

Sumber berita : Fb Rasmi KPM

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference


Kongsi:

Penerbitan Karya : Tahniah Pn. Sabariah bt Khairuddin

 


Tahniah Pn. Sabariah Khairuddin Saba Khairuddin 👏👏👏 karya beliau berjudul "Insan Berjasa" telah dimuatkan didalam penerbitan buku Antologi Sajak Laksara Jiwa Kasih/editor Hamdan Haji Yaakub. Buku ini diterbitkan pada tahun 2021.
Buku ini turut memuatkan karya Dr. Saidah Harith , Pn. Norhani Bebe Hani Altamiah Dr. Rafizah, Pn. Rozita Omar dan En. Zaini Abd. Ghani
Tahniah 👏👏🥳🎉🎊



Kongsi:

Pameran Maya : Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak

Kongsi:

Bengkel Literasi Maklumat dan Media 2021 : Unit X13, X14, X15 dan X16


17 November 2021 - Tahniah kepada guru pelatih dan mentor bagi Unit X13, X14, X15 dan X16 seramai 59 orang kerana telah berjaya menyertai Bengkel Literasi Maklumat anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh secara dalam talian.

Semoga perkongsian maklumat berkaitan pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan IPGM dapat membantu dalam menyediakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Terima kasih kepada semua kakitangan Unit Perpustakaan yang sangat komited menjayakan bengkel ini. Tahniah semua!
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung