• ;
  • ;

Pameran Bertema Jabatan/Unit 2022 : Bersama Unit Pengajian Cina (UPC)


28 Januari 2022 - Tahniah kepada Unit Pengajian Cina, IPG Kampus Ipoh telah merealisasikan Pameran Bertema Jabatan/Unit yang pertama bagi tahun 2022. Pameran ini menyerikan sudut Seri Refflesia dalam Unit Perpustakaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang tidak lama lagi menjelang tiba.

Pameran ini menyerlahkan keunikan kaligrafi Cina yang membawa maksud semoga tahun Harimau yang disambut memberikan harapan yang baik dan kebahagiaan kepada semua. Pameran ini juga  memberi informasi  berkaitan budaya masyarakat Cina semasa sambutan Tahun Baharu Cina.

Semua warga kampus dialu-alukan berkunjung ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk merasai kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina dan memahami budaya masyarakat Cina di Malaysia melalui artikel-artikel yang dipamerkan.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
Kongsi:

Bengkel Audit Pematuhan MQA-04 Siri 1

 


26 Januari 2022 - Syabas Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) dan Pn. Nasimah binti Abdul Jal telah menghadiri Bengkel Audit Pematuhan MQA-04 Siri 1 dengan jayanya. Bengkel tersebut di adakan di Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh anjuran Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi, Jawatankuasa Pelaksana Akreditasi dan Validitasi dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPG Kampus Ipoh. Seramai 30 orang Pensyarah menghadiri bengkel tersebut.
Kongsi:

Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil. 1/2022

 


24 Januari 2022 - Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil. 1/2022 telah diadakan di Perpustakaan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin dan dihadiri seramai 15 orang pensyarah. Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Semoga apa yang yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
Kongsi:

Hebahan : Taman Berkarya Menjadi Platform Untuk Berkarya

 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera ðŸŒ·ðŸŒ·

Berita baik kepada semua rakyat Malaysia ðŸ”ŠðŸ”ŠðŸ”ŠðŸ”ŠðŸ”Š

Anda berminat dan berjinak-jinak dalam bidang penulisan?
Anda dah menulis tapi belum diterbitkan?
Jangan risau dan jangan perap karya anda.. kami di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menyediakan Taman Berkarya ini menjadi platform untuk anda mengembangkan bakat berkarya anda ðŸ¥°ðŸ¥°ðŸ¥°

Jom imbas QR code untuk maklumat lanjut ðŸ˜‰ 

Panduan Untuk Menghantar Karya Kreatif Taman Berkarya 2022

Hantarkan karya anda ke email library@ipgmipoh.edu.my
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#tamanberkarya 

Kongsi:

Sumbangan Limau Simbolik Perayaan Tahun Baharu Cina

24 Januari 2022 - Terima kasih Unit Pengajian Cina diatas sumbangan limau sebagai simbolik perayaan Tahun Baharu Cina yang tidak lama lagi menjelang tiba. 

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference 
#ipgkithefirst 
#GongXiFaCai2022 
#perpustakaanipgki
Kongsi:

Program 'One Fun Day With Kids'

20 Januari 2022 - Tahniah kepada semua kakitangan di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, Pelajar Latihan Industri UiTM Merbuk, Kedah dan Prasekolah Seri Mawar di Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh diatas penganjuran program ini.

Tujuan program ini sejajar dengan Pelan Strategik iaitu dalam aspek perkongsian pintar. Ia selaras dengan inisiatif keenam iaitu mewujudkan penglibatan dengan pelbagai agensi media cetak dan digital bagi menyebarluaskan informasi atau maklumat. Justeru, karya-karya yang dihasilkan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan memberi impak yang besar kepada para pembaca.

Terima kasih kepada Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh, En. Zulkufli bin Mahayudin kerana sudi merasmikan Program One Fun Day with Kids seterusnya melancarkan buku cerita kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris yang ditulis sendiri oleh Guru Prasekolah Seri Mawar, Cik Zety Aziz.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
Kongsi:

Hebahan : Program 'One Fun Day With Kids'

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Ayuh mengembara bersama kami di dasar lautan

Nantikan aktiviti kami secara langsung yang akan diadakan pada:

Tarikh    : 20 Januari 2022 (Khamis)
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Tanjung IPG KI

Semua warga institut dijemput hadir. Warga maya boleh menonton di pautan yang akan disediakan esok. 

Jangan lupa ya temujanji kita.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung