• ;
  • ;

Ucapan Ulangtahun u-Pustaka yang Ke-11


31 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berasa bangga apabila terpilih untuk memberi ucapan sempena hari ulangtahun u-Pustaka yang ke-11. 
Unit Perpustakaan mendedikasikan ucapan tersebut dalam pautan ini 

Selamat Ulangtahun u-Pustaka yang ke-11. ❤️❤️


#upustaka
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#perpustakaannegaramalaysia
Kongsi:

Pelaksanaan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IPG Kampus Ipoh di Unit Perpustakaan

31 Mac 2022 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan telah di audit berikutan pelaksanaan audit dalaman keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh  Jawatankuasa Kecil Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IPG Kampus Ipoh. Terima kasih Pn. Rafizah bt Mohamed Salleh diatas pandangan positif yang diberikan sebagai panduan penambahbaikan untuk akan datang.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
Kongsi:

Bengkel Turnitin

BENGKEL TURNITIN

30 Mac 2022 -  Kursus anjuran Unit Peperiksaan & Penilaian, Unit Perpustakaan dan Jabatan Kecemerlangan Akademik telah diadakan secara Google Meet. Peserta seramai 95 orang terdiri daripada pensyarah & staf dari semua Jabatan dan Unit di IPGKI.

Penceramah terdiri daripada Pn. Saidatul Nadiah Binti Shamsuddin(Ketua Unit Perpustakaan) dan Cik. Jami’ah bt Ismail (Pegawai Unit Peperiksaan dan Penilaian) 

Objektif kursus ini adalah :  
1. Memberi panduan kepada pensyarah IPG supaya dapat mengenal pasti isu berkaitan dengan plagiarisme dan salah laku akademik yang mungkin timbul sekalipun mereka telah ditempatkan di sekolah. Selain itu, mengurus dan mencegah perbuatan plagiarisme dengan merujuk kepada prosedur dan dokumen semasa yang sedang berkuat kuasa.
2. Mengurus dan mencegah perbuatan plagiarisme dengan merujuk kepada prosedur dan dokumen semasa yang sedang berkuat kuasa.

Kredit : Cik Jami'ah bt Ismail

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

Kongsi:

Sumbangan Kurma Sempena Ramadan 1443H

 


28 Mac 2022 - Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan kurma daripada Unit Pengajian Cina yang diwakili oleh En. Ng Swee Huat dan Cik Lam Seiw Tai sempena meraikan kedatangan bulan Ramadan.

Terima kasih En. Ng dan Cik Lam ðŸ¥°

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#unitpengajiancinaipgki

Kongsi:

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil.2/2022

25 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil.2/2022 dan dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan). Mesyuarat tersebut diadakan di Bilik Diskusi, Unit Perpustakaan. Dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan. Semoga semua yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

'Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
Kongsi:

Sumbangan Tesis 2022: Terima Kasih Dr. Mohd Hafidz bin Osman



 

25 Mac 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Mohd Hafidz Bin Osman diatas sumbangan tesis kepada Unit Perpustakaan untuk dijadikan bahan rujukan. Tesis beliau berjudul 'Kesan Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian Terhadap Tekanan, Kebimbngan dan Daya Tindak Kerohanian Dalam Kalangan Guru Pelatih'.

Terima kasih Dr. Hafidz.

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


Kongsi:

Sumbangan Buku Terbitan Bersiri 2022: Tahniah dan Terima Kasih Kepada Pelajar Unit V10 dan V11


24 Mac 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar TESL Unit V10 dan V11 kerana berjaya menerbitkan sebuah buku yang berjudul 'A REENACTMENT OF PLAYS'  di bawah bimbingan Dr. Kanakambal a/p Velusamy dan Dr. Kee Li Li . Terima kasih diatas sumbangan buku tersebut kepada Unit Perpustakaan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki
Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung