Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang Peringkat IPG Kampus Ipoh Bagi Tahun 2021 : Tahniah Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsudin
The Ultimate Ramadhan Quiz : Tahniah Cik Nur Atikah bt Ishak
20 Mei 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Nur Atikah bt Ishak (pelajar Latihan Industri) kerana mendapat tempat ketiga dalam The Ultimate Ramadhan Quiz anjuran Highly Immersive Program IPG Kampus Ipoh. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh semasa Perhimpunan Pelajar Bagi Bulan Mei 2022 dan Majlis Santunan Budi bertempat di Dewan Seri Tanjung. Perhimpunan tersebut telah disiarkan secara langsung di platform youtube.
Tahniah kepada semua pemenang iaitu Pn. Besira Bibi , En. Mohamad Nurul Azmi Mat Nor , Tan Ai Lee, Ooi Soo Yuan, Cik Raguna Arumugam ![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1443H
Program WORLD #QuranHour 1443 H
Hebahan : Program WORLD #QuranHour
Pertandingan Mewarna Sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit
21 April 2022 - Sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit , Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Prasekolah Seri Mawar telah menganjurkan Pertandingan Mewarna dalam kalangan anak-anak didik di Prasekolah Seri Mawar.
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan tahniah kepada adik Siti Areej Balqis (Tempat Pertama), adik Muhd Aish Ibrahim (Tempat Kedua) dan adik Haura Dayana (Tempat Ketiga).
Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh En. Ahmad Jalalulail bin Abd Manab, selaku Ketua Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Norzety bt Abdul Aziz, Pn. Shamsiaton bt Ilyas, Pn. Sabariah bt Khairuddin dan Pn. Nazariah bt Mat Mizar atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang pertandingan ini berlangsung.
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#prasekolahserimawar
#jombaca2022
#bangkitbersama #bersyukur









.png)