• ;
  • ;

Bengkel Pembangunan Aplikasi AppSheet

 


26-27 Jun 2024 - Ketua Unit Praktikum bersama Perpustakaan IPGMK Ipoh sebagai fasilitator bengkal bimbingan pembangunan aplikasi appsheet kepada perpustakaan Perpustakaan Sultanah Hamimah, IPGMK Sultan Abdul Halim.


Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada Ketua Unit Pusat Sumber, Pustakawan dan Pembantu Pustakawan IPGMKSAH mengenai pembangunan aplikasi appsheet bagi tujuan pegurusan koleksi bahan perpustakaan dan perkhidmatan sirkulasi di IPGMKSAH.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'


#pusatsumberipgmki 

#ipgmkampusipoh

Kongsi:

Hebahan : Pemakaian Kad Matrik Bagi Pelajar IPGM Kampus Ipoh



Perhatian kepada semua pelajar IPGM Kampus Ipoh 🔊🔊📡📡

Penggunaan kad matrik di Pusat Sumber telah dikuatkuasakan. 

Kerjasama anda amatlah dihargai 🥰


#perpustakaanipgki

Kongsi:

Selamat Hari Pustakawan Malaysia 2024

 


SELAMAT HARI PUSTAKAWAN MALAYSIA 2024!! 🥳🎉🎉

6 Jun 2024 - Selamat menyambut Hari Pustakawan Malaysia kepada semua pustakawan dan juga warga kerja perpustakaan di seluruh Malaysia.

"Mengkalis Masa Hadapan Perpustakaan"

Berinovasi, Beradaptasi, Cemerlang

Terima kasih kepada warga kerja Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang setia dan terus bersama-sama menjadi tulang belakang Perpustakaan. Tidak lupa juga buat semua warga IPG Kampus Ipoh yang selalu memberi bantuan dan menyokong kami di Perpustakaan. 


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa" 


#perpustakaanipgki 

#perpustakaanipgkampusipoh 

#HariPustakawanMalaysia

Kongsi:

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024

 


29 Mei 2024 - Seramai 10 orang warga IPGM Kampus Ipoh telah menyertai Lawatan Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2024 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Pensyarah dan Kakitangan IPGM Kampus Ipoh yang sudi meluangkan masa menyertai lawatan ini. 

Diharapkan lawatan ini dapat memberi semangat kepada warga IPGM Kampus Ipoh untuk terus  membaca dan  berminat dalam penerbitan buku-buku yang berilmiah disamping mendidik siswa siswi guru yang menjadi tulang belakang negara.


Jumpa lagi PBAKL Tahun Depan.😊


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"

 

#PerpustakaanIPGKampusIpoh

#IPGM

#perpustakaannegaramalaysia 

#MalaysiaMembaca 

#PenjawatAwamMembaca 

#MalaysiaMadani 

#pbakl2024 

#pbakl 

#pestabukuantarabangsakualalumpur





Kongsi:

Penerbitan Buku : Tahniah Jabatan Pengajian Melayu

23 Mei 2024 - Unit Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Ipoh atas penerbitan buku yang berjudul Kompilasi Teks Ucapan Majlis Rasmi dan Antologi Anekdot Kain Pelikat.


Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dalam penerbitan buku ini. 🥳🥳🥳


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#ipgmkithefirst

#makeadifference

#leadingfuturemodelteacher

#penerbitanbuku2024

Kongsi:

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 1/2024

21 Mei 2024 - Unit Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 1/2024. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan serta membuat perancangan aktiviti Unit Perpustakaan bagi memantapkan lagi pengurusan serta perkhidmatan Perpustakaan. 

Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#leadingfuturemodelteacher

#ipgmkithefirst

#makeadifference

#perpustakaanipgmkampusipoh



Kongsi:

Hebahan : Selamat Datang En. Muhammad Hisyamuddin bin Mohammed Noor



Assalamualaikum w.b.t,.

Salam Sejahtera,

Salam IPGMKI Membaca.


Unit Perpustakaan mengucapkan selamat datang kepada En. Muhammad Hisyamuddin bin Mohammed Noor , Pustakawan ke Unit Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh. 


Semoga kehadiran beliau di sini dapat memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. 


Selamat Menjalankan Tugas dengan penuh dedikasi.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki 

#selamatdatang

#libraryipgki2024 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung