• ;
  • ;

Kunjungan IPGM Kampus Kent ke Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh

 

24 Oktober 2024 (Khamis) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh berasa gembira atas kunjungan IPGM Kampus Kent, Sabah sempena Lawatan Penanda Aras Untuk KIK . Lawatan tersebut disertai seramai 18 orang terdiri daripada pensyarah, pegawai dan kakitangan IPGM Kampus Kent. Unit Pusat Sumber menjadi tempat pameran pencapaian KIK IPGM Kampus Ipoh.


Semoga ukhwah yang baik ini dapat dikekalkan sepanjang masa.🥰🥰🥰


"Membaca Sentiasa,

Intelektual Diperkasa"


#unitpusatsumber

#ipgmkampusipoh

#ipgmkampuskent

#kikipgm






Kongsi:

Sumbangan Buku: Terima Kasih En. Faizul


 11 Oktober 2024 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada En. Mohd Faizul Hafiz bin A.Razak di atas penerbitan buku berjudul Kamus Istilah Kata Kunci Soalan KBAT : Sejarah SPM Edisi 1. Terima kasih kerana telah memberi sumbangan buku ini kepada Unit Pusat Sumber sebagai bahan rujukan dan bacaan.


Tahniah 🥳 


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgki

#penerbitanjabatan

Kongsi:

Juri Sayembara Deklamasi Puisi (Sajak dan Syair) Kemerdekaan Peringkat Sekolah Menengah Daerah Kuala Kangsar : Tahniah Pn. Ros Anita Kartini

 



03  September 2024 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat Pn. Ros Anita Kartini binti Mohamed kerana telah dilantik sebagai juri bagi menghakimi Sayembara Deklamasi Puisi (Sajak dan Syair) Kemerdekaan Peringkat Sekolah Menengah Daerah Kuala Kangsar , bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris (2) Kuala Kangsar Perak. Program ini adalah anjuran PPD Kuala Kangsar dengan kerjasama Lembaga Pembangun Sastera Perak selama dua hari iaitu pada 02 - 03 hb September 2024.

Syabas Pn. Ros 🎉🎊

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"

#pusatsumberipgmki
#ipgmkampusipoh
#kualakangsar









Kongsi:

Taklimat Perkhidmatan Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh


 28 Ogos 2024 (Rabu) -   Tahniah kepada Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh kerana telah menjayakan Taklimat Perkhidmatan Pusat Sumber kepada Pelajar Baharu PISMP Ambilan Ogos 2024. Seramai 330 orang pelajar baharu menghadiri taklimat tersebut.


Taklimat ini juga telah disampaikan oleh Ketua Unit Pusat Sumber En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar dan En. Muhammad Hisyamuddin bin Mohammed Noor, selaku Pustakawan.


Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa' 


#pusatsumberipgmki

#IPGMKampusIpoh






Kongsi:

Lawatan SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan ke IPGM Kampus Ipoh.



28 Ogos 2024 (Rabu) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh berasa gembira kerana menjadi salah satu tempat yang dikunjungi sempena Lawatan SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan ke IPGM Kampus Ipoh.

Diharapkan lawatan ini menjadi pemangkin semangat kepada peserta untuk mencapai cita-cita di masa akan datang.

Buat semua peserta lawatan SMK Raja Muda Musa... Good luck 🥳 Semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.


'Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa' 


#pusatsumberipgmki

#ipgmkampusipoh










Kongsi:

Hebahan : Explorace Kemerdekaan dan Kesejahteraan Hidup

 

Anjuran: Kursus GHSS3013(1) & Unit Kokurikulum

Dengan Kerjasama: Unit Pusat Sumber


Kami menjemput semua warga kampus untuk menyertai Explorace Kemerdekaan Kesejahteraan Hidup sempena sambutan Hari Kemerdekaan.


📅 Tarikh: 28 Ogos 2024

🕒 Masa: 2.00 - 5.00 petang

📍 Tempat: Foyer Seri Budiman


🎖️ Sijil Penyertaan Disediakan


Imbas QR Code untuk Pendaftaran:




Jom sertai dan raikan kemerdekaan bersama-sama!


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa' 


#pusatsumberipgmki

#unitkokurikulum

#ipgmkampusipoh

#merdeka

Kongsi:

Anugerah Khidmat Terpuji : Tahniah Pn. Nazariah bt Mat Mizar

21 Ogos 2024 (Rabu) - IPGM Kampus Ipoh telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023, bertempat di Dewan Seri Tanjung.


Unit Pusat Sumber berasa gembira dan bangga atas pencapaian  Pn. Nazariah bt Mat Mizar sebagai penerima Anugerah Khidmat Terpuji.

Semoga moment indah ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada semua pegawai dan kakitangan khususnya di Unit Pusat Sumber.


Tahniah Naja Nazariah Mizar  🥳🎉🎊

We proud of you girl 🥳🎉..


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'"


#majlisanugerahperkhidmatancemerlang

#ipgmkampusipoh

#apc2023




 

Kongsi:

Taman Berkarya (eISSN : 2710-6683)

eBuletin UPIPGKI

Berita Terkini

Jumlah Pengunjung