6 Mei 2021 - Program WORLD #QuranHour diadakan secara serentak di seluruh dunia pada jam 12 tengah hari - 1.00 petang. Di peringkat IPG Kampus Ipoh, program ini diadakan pada jam 8.30 pagi - 9.30 pagi bertempat di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Program ini anjuran bersama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Ipoh. Program ini juga disiarkan secara langsung melalui facebook rasmi Perpustakaan IPG Kampus Ipoh Program WORLD #QuranHour 2021 dan Instagram Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
Selain daripada membaca Surah Al-Mulk yang menjadi keutamaan program, Tausiyah Ramadan turut menjadi pengisian program. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Rizalman bin Muhammad sebagai panel dan En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor selaku moderator. Seramai 22 orang peserta yang hadir dan 138 orang yang mengikuti secara maya melalui Google Meet, live Facebook dan live Instagram. Dalam program ini, para peserta dapat menjana e-sijil melalui pautan yang dihebahkan semasa program ini berlangsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan