Program ini dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya, Ybhg. Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat. Antara pengisian program tersebut adalah Demonstrasi Penggunaan Modul Perkhidmatan kepada Penerbit, Modul Serahan Bahan Digital, Keselamatan Hak Cipta Penerbitan terhadap Bahan Born Digital dan Amalan dan Praktis Pemuliharaan Bahan Born Digital yang disampaikan oleh ahli panel daripada Perpustakaan Negara Malaysia, Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan Universiti Teknologi MARA.
Program Bicara Penerbit Malaysia 2021 kali ini bertemakan “Sistem Depositori : Lambang Pengukuhan Khazanah Intelek Negara” dan diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan peraturan dalam Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331).
#perpustakaanipgki
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#sistemdepositoripnm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan