Kami bawakan kembali Pertandingan Puisi Tulang Buku untuk anda sertai & menang!







Kami bawakan kembali Pertandingan Puisi Tulang Buku untuk anda sertai & menang!
Jemputan Menyertai Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2022
16 Februari 2022 - Tahniah Pn. Nasimah bt Abdul Jal kerana telah menghadiri Kursus Pengurusan Laman Web untuk Webmaster Jabatan/Unit dan JPP dengan jayanya. Kursus ini anjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Laman Web dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPG Kampus Ipoh. Kursus ini juga di adakan di Makmal Bestari, IPG Kampus Ipoh dan disampaikan oleh En. Mohd Zaki bin Jamaluddin serta dihadiri seramai 16 orang pensyarah dan kakitangan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi pengurusan laman web di setiap jabatan dan unit.
Layari portal Perpustakaan di pautan ini http://pustaka.ipgki.my/?m=1
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
Tahniah dan terima kasih kepada Cik Nurul Izzaty Izlyn bt Kamaruddin, Cik Insyirah Ahmad Zulkhairi, Cik Muhainie bt Abdul Kadir dan Cik Nur Syafiqah Mohd Sabri. Moga maju jaya dalam pengajian dan seterusnya di alam pekerjaan kelak.
9 Februari 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin, (Ketua Unit, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh) berbesar hati menerima sumbangan penerbitan Jurnal Pendidikan Bahasa 2021 daripada Unit Pengajian Tamil (UPT), Jabatan Bahasa IPG Kampus Ipoh. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Dr. Palani a/l Krishnasamy dan Dr. Arulnathan a/l Visurasam.
Terima kasih UPT diatas sumbangan jurnal yang bermanafaat kepada pengguna Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki
Oleh ; Nasimah bt Abdul Jal
8 Februari 2022 - Pameran Bertema Jabatan/Unit bagi tahun 2022 diserikan lagi oleh pameran daripada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) IPG Kampus Ipoh. Pameran ini bertemakan 'Penyelidikan dan Inovasi Mencetuskan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan".
Alhamdulillah Januari telah berlabuh. Aktiviti Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh pada bulan Januari telah dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung 🎉🎊👏👏
Semoga Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dapat melaksanakan dengan lancar aktiviti yang telah dirancang pada bulan akan datang.
Teruskan sokongan anda 🥰🥰
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki