PAMERAN BERTEMA : JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK IPG KAMPUS IPOH
21 Februari 2022 - Tahniah kepada Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Ipoh telah menghasilkan pameran bertema Jabatan /Unit di sudut Seri Refflesia dalam Unit Perpustakaan.
Pameran yang disediakan adalah bertemakan “AKADEMIK TUNJANG KECEMERLANGAN BAKAL GURU”. Tema ini bersesuaian dengan penurunan tiga fungsi Pusat Kecemerlangan Akademik (PKA) IPGM menjadikan IPG kampus sebagai Pemberi Pendidikan Tinggi yang berautonomi dan bertanggungjawab memastikan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan akademik berjalan lancar dan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan. Peranan Jabatan Kecemerlangan Akademik di IPG Kampus Ipoh berfungsi untuk mengurus, merancang dan menyelaras pelaksanaan program akademik dengan lebih berkesan selaras dengan hasrat melahirkan guru yang kompeten, berilmu dan kalis masa hadapan.
Antara bahan yang dipamerkan ialah bahan-bahan rujukan akademik berkaitan dengan Buku Panduan Akademik PPISMP, PISMP dan PDPM, Buku Panduan Praktikum dan Buku Panduan Pentaksiran. Selain itu, dipamerkan juga Buku Panduan Penyelidikan yang terdiri daripada 5 bentuk metodologi penyelidikan iaitu Penyelidikan Etnografi, Penyelidikan Eksp/Kuasi Eksp, Penyelidikan Kajian Kes, Penyelidikan Tindakan dan Penyelidikan Tinjauan.
Bahan-bahan rujukan penyelidikan ini amat penting kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 yang ketika ini sedang melaksanakan penyelidikan. Turut dipamerkan ialah bahan digital berkaitan dengan Unit Program Pengajian Akademik, Unit Program Pengurusan Akademik, Unit Pembelajaran Digital, Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik dan Unit Pengembangan Profesionalisme Akademik.
Semoga pameran ini dapat memberi panduan yang jelas kepada para pengunjung dalam penyediaan penyelidikan yang lengkap.
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
Tiada ulasan:
Catat Ulasan